Followers

Kurang ajar Al Quran dijadikan bungkusan nasi

Wednesday, July 20, 2011




Manusia kurang ajar dan tak beradab yang sanggup berbuat begini....

Read more...

Premis Maksiat Wajib Ditutup Terus, Bukan Hanya di Bulan Ramadhan

PAS akan mendapatkan penjelasan dari kerajaan negeri Kedah esok, berhubung keputusan melarang pusat-pusat hiburan beroperasi semasa Ramadhan sebelum memberi sebarang reaksi berhubung perkara itu.


Ketika dihubungi Harakahdaily, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata wakil kepada menteri besar Kedah akan memberi penjelasan berhubung perkara itu kepada jawatankuasa pusat pada mesyuarat esok. "Ya, esok kita akan mendapatkan penjelasan daripada Kedah. Menteri besar (Datuk Seri Azizan Abdul Razak) tidak dapat hadir, tetapi wakil beliau akan hadir," katanya. Rabu lalu, kerajaan negeri mengumumkan keputusannya menguatkuasakan larangan kepada pusat-pusat hiburan termasuk pusat karaoke dan disko beroperasi sepanjang Ramadan mengikut Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997.

Read more...

Gay dan Lesbian, Natijah Kebebasan Dalam Ideologi Kapitalisme

Tuesday, July 19, 2011

2,697 pasangan gay dan lesbian "berkahwin" di Argentina


BUENOS AIRES: Seramai 2,697 pasangan gay dan lesbian berkahwin di sini sejak Argentina menjadi negara Amerika Latin pertama membenarkan perkahwinan jantina yang sama. 


Persekutuan lesbian, gay dan biseksual berkata, 60 peratus daripada perkahwinan itu membabitkan lelaki dengan lelaki dan wilayah yang paling diminati bagi melangsungkan majlis berkenaan ialah di Buenos Aires.  Bagaimanapun, golongan gay berkata, keadaan tidak semanya indah sejak kongres Argentina meluluskan undang-undang itu kerana mreka berdepan masalah untuk memujuk pihak berkuasa awam untuk mendaftar anak mereka menggunakan kedua-dua nama. - AP

Read more...

MUHASABAH UNTUK UMAT ISLAM - Antara Bencana, Musibah dan Azab

 “Saya tidak pernah melihat kejadian seperti ini”. Itulah diantara kata-kata Kofi Annan, Setiausaha PBB semasa sidang akhbar selepas melihat sendiri kesan kemusnahan bencana Tsunami yang melanda beberapa negara Asia pada 26 Disember 2004 lepas, (sumber berita al-jazirah). Peristiwa ini menjadi episod sedih yang begitu menyayat hati mewarnai peristiwa sepanjang tahun 2004 dan melakar sejarah sebagai bencana gempa bumi dan tsunami terburuk yang pernah berlaku dalam sejarah. Diberitakan di Aceh sahaja telah mengorbankan hampir 100 ribu orang dan menurut Pengarah Operasi Persekutuan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit Merah, Peter Rees menjangkakan jumlah kematian akbit becana ini boleh mencecah lebih dari 100 ribu orang. Di Malaysia sahaja angka korban telah mencecah 67 orang dan memusnahkan harta benda bernilai jutaan ringgit.

Read more...

Dajjal - Part 3

Monday, July 18, 2011

Setelah puas kena seksa maka dia pun terpaksa mengaku dan membuat pengumunan di hadapan hakim dan penduduk negeri bahawa tiada tuhan selain hakim dan bahawa tidak ada yang dapat memberi pertolongan atau mendatangkan bencana selain hakim. Dengan pengakuan yang dia buat itu maka dia pun dikeluarkan dari penjara tetapi anaknya itu terpaksa dijaga di dalam istana dengan penuh perhatian dan tidak dibenarkan keluar dari istana hakim.

Read more...

Wanita Dan Teman Facebook Mereka

400 orang wanita diminta mengambil survey berkeanaan tabiat Facebook mereka oleh syarikat EVERSAVE. Hasil daripada survey itu menunjukkan kaum wanita mempunyai kegunaan yang lain untuk Facebook. Kalau orang lelaku gunakan FB untuk carik awek dan berinteraksi dengan brosnya. Kebanyakkan wanita menggunakannya untuk mencari bahan nak ngutuk. Dibawah ialah hasil survey

Seriously women..... use Facebook the right way. Ini bukan MakiBelakangBenciHidupKauBook.com ok!




Read more...

Bloggers Malaysia harus bertaubat dari terlibat secara terus dengan Ghibah!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Sahabat sahabatku para penulis blog seMalaysia yang diingati.


Izinkan daku memperingati tuan tuan dan puan puan sekelian termasuk diri saya ini untuk berhenti sejenak dan merenung akan maksud ayat suci Al-Quranul Karim yang saya petik dari Surah Al-Hujurat Ayat ke 12, Juzuk ke 49 yang menyentuh tentang bab 'Ghibah' atau didalam ertikata Bahasa Melayunya membawa kepada maksud 'menggunjingkan' diantara satu sama lain didalam kelompok masyarakat kita.

Read more...

UNDANG-UNDANG JENAYAH ISLAM

Jenayah dalam bahasa Arab disebut dengan perkataan al-Jinayah atau al-Jarimah. Perkataan al-Jinayah ditakrifkan sebagai segala bentuk tindakan yang dilarang dan merosakkan, samada tindakan itu ke atas badan, harta atau sebagainya. Al-Mawardi mentakrifkan jenayah sebagai segala bentuk kesalahan menurut Syariah yang boleh dihukum berdasarkan hukum Allah samada ia adalah qisas, hudud atau ta’zir.[1] Takrif ini cuba membezakan kesalahan yang boleh dihukum dengan kesalahan yang tidak boleh dihukum oleh pemerintah. Ini menjadikan skop jenayah adalah besar kerana semua kesalahan yang boleh dihukum oleh pemerintah menurut syara’ dianggap sebagai jenayah.

Read more...

7 RASA MALU

Read more...

Deret Fibonacci, Misteri Angka Ilahi Yang Sangat Menakjubkan

Angka Tuhan, Sebenarnya itu hanya istilah yang dicipta untuk menyebut suatu “angka misteri” yang banyak ditemukan pada kejadian-kejadian di alam ini. Angka ini sejatinya telah banyak diteliti oleh peneliti luar negeri, mereka umumnya menyebut angka ini adalah “golden ratio” atau “golden number”. Angka ini ada kaitannya dengan deret Fibonacci atau Fibonacci sequence.

Read more...

Kaum 'Aad dimusnahkan Allah

Allah SWT mengutus Nabi Hud a.s kepada kaum 'Aad yang menghuni daerah al-Ahqaf di sekitar Hadhramaut, Yaman. 'Aad, suatu kaum yang dianugerahkan kelebihan daripada segi kekuatan tubuh badan, keelokan paras rupa dan kekuasaan, namun mereka berbuat syirik dan melakukan kezaliman dan menjajah hamba-hamba Allah.


Kaum 'Aad berkata: Siapakah yang lebih besar kekuatannya daripada kami. (al- Fussilat: 15). Seperti halnya Nabi Hud, kaum 'Ad juga merupakan keturunan Nabi Nuh, namun mereka tidak mengakui keesaan Allah SWT meskipun Nabi Hud telah memperingatkan mereka.

Read more...

Apa Itu Zakat Fitrah ???

Apa maksud zakat fitrah?

Zakat fitrah adalah zakat yang diwajibkan bersempena dengan bulan Ramadhan dan juga hari raya Fitrah (aidil-Fitr). Dinamakan juga dengan zakat al-Abdan dan ar-Ru-us (zakat badan dan kepala) kerana ia diwajibkan ke atas setiap batang tubuh orang Islam tanpa kecuali sama ada kecil atau besar, tua atau muda, lelaki atau wanita, miskin atau kaya, merdeka atau hamba.


Read more...

SOLAT SUNAT RAWATIB

Solat Sunat Rawatib mengiringi solat fardu sebelum ataupun selepas. Tujuannya ialah untuk mencari keredaan Allah, di samping menampung kekurangan-kekurangan dalam solat fardu.


FARDHU
SEBELUM
HUKUM
SELEPAS
HUKUM
Subuh2 rakaatMuakkatTiadaTiada
Zohor @ Jumaat4 rakaat
2 rakaat
Muakkat - 2 rakaat4 rakaat
2 rakaat
Muakkat - 2 rakaat
Asar4 rakaat Tidak MuakkatTiadasembahyang sunat diharamkan selepas fardu Asar hingga terbenam matahari)
Maghrib2 rakaatTidak Muakkat2 rakaatMuakkat
Isyak2 rakaattidak Muakkat2 rakaatMuakkat


عَنِ ابْنِ عُمَرَ أَنَّهُ قَالَ حَفِظْتُ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَشْرَ رَكَعَاتٍ رَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الصُّبْحِ


Read more...

Fakta Mengenai STARBUCK



Read more...

Peristiwa Syawal : Ghazwah al-Ahzab

Ghazwah al-Ahzab atau Ghazwah Khandak merupakan peristiwa besar dalam sirah nabawaiyah yang berlaku pada  Syawal, tahun ke-5 hijrah.


Kaum Yahudi yang ditimpakan kehinaan dan kerendahan jiwa berjumpa dengan kaum musyrikin bagi memastikan misi menggayang Rasulullah s.a.w, kaum muslimin dan dakwahnya terlaksana. Mereka telah mengajak dan mengapi-apikan Quraisy untuk memerangi Rasulullah s.a.w.

Read more...

MP PAS Titiwangsa Dr Lo' Lo' meninggal dunia'


Ahli parlimen PAS Titiwangsa, Dr Lo Lo' Mohd Ghazali meninggal dunia pada jam 10.13 malam ini di Hospital Selayang Hospital di Kuala Lumpur. Allahyarhamah berusia 54 tahun.


Berita kematian Allahyarhamah dimaklumkan dalam laman Facebook dan Twitter Allahyarhamah atas nama keluarga.


Siang tadi Dr Lo' Lo' berada dalam keadaan kritikal daripada penyakit barah yang dialaminya.

Read more...

Rahsia Simbol PEACE

Sunday, July 17, 2011


peace_sign01001
Simbol ini berasal dari simbol syaitan yang diamalkan semasa upacara keagamaan Yahudi. Simbol ini telah digunakan oleh Yasser Arafat (Bekas Presiden Palestin), Richard Nixon (Bekas Presiden amerika) dan Winston Churchil (Bekas Presiden Amerika).

Read more...

Adolf Hitler: Boneka @ Kambing Hitam ??

Friday, July 15, 2011

fuhrer_lying



Adolf Hitler merupakan individu yang paling terkenal dalam sebarang fakta kejam. Menyebut namanya sudah membuatkan seseorang itu merasa benci dengannya walaupun tidak pernah mengenalinya.
Namun begitu, tidak ramai orang mahu memperkatakan tentang individu-individu yang bergerak mengarah Hitler dari belakang. Individu-individu inilah yang memainkan peranan dalam mencetuskan revolusi di Eropah dan perang propaganda Perang Dunia ke-2.

Read more...

Misteri Topeng Darth Vader Di Dalam Starwars

nationalcath

Filem sains fiksyen Starwars arahan Steven Spilbearg adalah antara filem yang paling berjaya dalam sejarah perfileman Hollywood. Pengaruh sains fiksyen yang dibawa Starwars menjangkau seluruh planet bumi dan segenap lapisan agama, bangsa dan negara.

Read more...

Fakta Mengenai Friday The 13!

Friday the 13 ialah hari yang dianggap sial oleh orang barat. Kenapakah ianya sial? Pertama sekali mari kita lihat dari sudut numerologi.




Dalam budaya barat nombor 12 dianggap sebagai nombor yang sempurna. 12 jam siang dan malam, 12 tribes of Israel dan 12 tuhan-tuhan Greek. Nombor 13 pula dilihat sebagai sial kerana ianya tidak sempurna dan ianya sebuah nombor ganjil

Read more...

Zina Hati

Selagi dinamakan manusia, kita mempunyai perasaan suka mengasihi dan dikasihi. Memang adat kehidupan bahawa kasih cinta didahului dengan berasa rindu, namun jangan pula rindu berlebihan. Kerinduan kepada kekasih, sering kali membekaskan duka, penyakit menyebabkan kelemahan hati. Kita sebenarnya berperang dengan perasaan. Namun, seorang Muslim akan terasa nikmat jika dapat menjauhi keluhan, kesedihan dan kerinduan ini. 

Ibnu Qayyim memberikan terapi mujarab mengenai masalah rindu. Sebelum itu beliau memberikan sebab mengapa rasa rindu berlebihan terjadi antaranya: Hati tidak terisi oleh rasa cinta, syukur, zikir dan ibadah kepada Allah sebaliknya membiarkan mata meliar. Pandangan dan renungan mata adalah jalan membawa kepada kesedihan dan keresahan. 

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Pandangan mata itu satu daripada sekian banyak anak panah iblis.” Setiap penyakit ada ubatnya. Ubat yang terbaik adalah meneguk daripada pengajaran al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud: “Demikianlah supaya kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba kami yang terpilih.” - (Surah Yusuf, ayat 24) 
Ikhlas kepada Allah. Ikhlas adalah ubat penyakit rindu. Ikhlas kepada Allah bermakna selalu berusaha berada di pintu ibadah dan memohon kesembuhan daripada Allah. Jika kita ikhlas kepada Allah, Allah akan menolong kita daripada penyakit kerinduan melalui cara tidak pernah terdetik di hati. Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan: “Sungguh jika hati telah berasakan manisnya ibadah kepada Allah dan ikhlas kepada-Nya, nescaya ia tidak akan menjumpai hal lain yang lebih manis, indah, nikmat dan baik daripada Allah. Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu dicintainya, melainkan selepas memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya.

 Doa mengundang sikap, rasa fakir dan rendah diri di hadapan Allah. Oleh itu doa adalah salah satu bentuk ibadah yang agung. Ketika kita berada dalam kesempitan, kita bersungguh-sungguh dalam berdoa, berasakan Allah amat dekat mendengarkan rayuan.
 
Mengurus mata dan pandangan. Pandangan yang berulang-ulang adalah suis penting menyalakan api rindu. Orang yang memandang dengan sepintas lalu jarang berasakan hati terusik dan jatuh. Ibnul Qayyim menyatakan: “Orang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati dan rindu, dia tidak tertimpa pelbagai kerosakan. Barang siapa yang terjun ke dalamnya maka ia termasuk orang yang menzalimi diri sendiri, tertipu dan akhirnya binasa. Jika dia tidak melakukan pandangan berkali-kali terhadap orang yang dikagumi dan usahanya itu meragut benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh mencengkam jiwanya.”



Bernikah dan membina rumah tangga adalah langkah paling baik. Inilah ubat rindu paling baik. Tidak semestinya bernikah dengan orang yang kita kagumi. Meskipun pernikahan itu dilangsungkan tidak dengan orang dicintai dan diidamkan. 

Read more...

Hati wanita terletak pada mulutnya

Celupar, cabul, cemburu, cincai, cerewet, comot, cuai, dan caci. Lapan perkataan ini memang boleh membuatkan ramai wanita menjadi gerun. Selain gerun, ada juga yang gelabah dan geram. Orang lelaki akan senyum tersengih saja.

Ternyata lapan pandangan negatif ini lambang keperibadian Muslimah yang lemah akhlaknya. Cubalah bayangkan kalau perkara-perkara ini ada dalam diri puan-puan. Memang betul, tidak guna berwajah cantik tapi peribadi comot, jika begitu biarlah rupa comot asalkan berperibadi mulia. Namun belum juga tentu yang comot itu juga mulia.

Read more...

Jurang politik yang berbeza

Dua pandangan yang amat berbeza muncul daripada peristiwa ‘hitam’ hujung minggu di Kuala Lumpur.

Bersih 2.0 telah jelas membuktikan kepada rakyat bahawa terdapat jurang pemisah yang dalam antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR).

Sudah tentu, landskap politik yang berbahagi ini merisaukan; namun, ia petunjuk bahawa wacana awam di Malaysia dinamik - berkembang maju.

Read more...

Matahari jam dua petang membakar ubun-ubun kepala, jalan raya sesak dengan lalu lintas waktu makan tengah hari. Asap kelabu yang tengit dengan bau diesel, menyanggah rongga pernafasan. Jalan yang satu ini tidak pernah mendapat tempat di hati saya – persis jalan-jalan di metropolis Jakarta sahaja sifatnya.

Cuma ada satu tarikan nafsu yang membikin saya sanggup meredah lautan manusia di Jalan Chow Kit dan Jalan Tuanku Abdul Rahman: Nasi Kandar Kudu bin Abdul. Walaupun barisan pelanggan mengalahkan pengagihan makanan percuma oleh kumpulan sukarelawan, Food Not Bomb, saya masih sanggup beratur panjang di bawah suluhan terik matahari.

Read more...

Kesan Bersih 2.0 di atas katil

Angka sebenar tidak dapat dipastikan. Ada yang kata 5,000. Ada pihak yang menganggarkan 10,000 hingga 20,000. Malah, ada mendakwa 100,000. Saya ingat 5,000 terlalu sedikit, tidak masuk akal. 100,000 terlalu berlebih-lebih, juga tidak munasabah. Tidak kira berapa bilangannya, perhimpunan Bersih 2.0 Sabtu lalu, sempat melumpuhkan Kuala Lumpur. Nasib baik ada kawalan polis, dan semua bersurai aman sebelah petang. Kalau tidak, ibu negara mungkin terus mati.

Read more...

Apa Terjadi Bila Anda Menjadi Informer Polis Di Mexico ( 8 Gambar )

Berikut ialag gambar ganas dua insiden yang berlaku di Juarez, Utara Mexico bulan lalu. Empat orang informer polis digantung ditempat awam setelah kartel dadah dimana mereka bekerja tahu mereka memberi maklumat kepada polis. Dalam insiden pertama dua orang pemberi maklumat ditempat sebelum digantung pada jambatan. Tangan mereka dibendung dengan masking tape dan walkie talkie. Ini ialah tanda mereka bersalah "bercakap dengan polis". Dalam kes ini seorang sahaja yang mati manakala seorang laki terselamat. Dunno how but the guy just survived. Dalam insiden kedua, dua orang lagi digantung kerana memberi maklumat. Dua-dua orang ini digantung dari leher dan mati dengan cukup ganas sekali. Salah seorang dari mereka dicantas kakinya sebelum dicampak jatuh kebawah. Crazy shit.



Read more...

Perang Konspirasi Dajjal : Tugasan Obama (Bahagian 2)




FASA PENYERAHAN TUGASAN PERANG

Kemenangan Barrack Obama pada 5 November 2008 lepas adalah suatu yang luar biasa. Ia bukanlah kerana Obama itu makhluk asing tetapi beliau ialah manusia kulit hitam pertama yang berjaya memegang tampuk pemerintahan Amerika Syarikat.

Read more...

Perang Konspirasi Dajjal : Lehman Brothers (Bhgn 1)

Thursday, July 14, 2011





FASA PENGUMPULAN DANA PEPERANGAN

Seperti dijangka oleh ramai conspiracy theorist, kini bunga-bunga peperangan mula kelihatan. Dengan masih menjalankan kaedah klasik, golonganIlluminati nampaknya kali ini mengunakan pula konglomerat Lehman Brothers sebagai isu ekonomi dunia.

Read more...

Mengurat Dan Bercinta Menurut Islam

Adalah sesuatu yang amat perlu untuk seseorang itu memulakan mukadimah cinta dengan mengurat. Apakah hukum mengurat dan bercinta dalam Islam? Apakah dibenarkan seorang lelaki muslim berbual dengan perempuan muslim?. Semua persoalan ini mungkin bermain-main dibenak fikiran remaja muslim yang sangat menitikberatkan ajaran Islam. Bagi sahabat remaja muslim yang kurang mengambil berat persoalan ini, mungkin mereka akan mengunakan formula “pakai bedal sahaja”. Salah tanggapan dan silap fahaman terhadap persoalan ini boleh mewujudkan konflik dalam diri remaja muslim.
Secara kasarnya ada sesetengah ulama menganggap mengurat dan bercinta itu halal tetapi kebanyakkan ulama yang lain pula menganggap haram. Bagaimanapun dikalangan ulama Fekah terdapat beberapa orang ulama yang merupakan pencinta yang hebat seperti Daud az-Zahiri yang merupakan imam Mazhab az-zahiri. 
Sebenarnya mengurat dan bercinta sama-sama penting dalam kehidupan. Tiada siapa yang dapat lari daripada mengurat dan bercinta termasuk mereka yang bercinta selepas berkahwin. Hal ini kerana mereka yang bercinta selepas berkahwin akan melihat bakal isteri sebelum diijabkabulkan.
Selain itu jika cinta dianggap sebagai mukadimah kepada perkahwinan, maka mengurat pula dianggap sebagai mukadimah kepada bercinta. Kedua-dua ini berkait antara satu sama lain kecuali bagi mereka yang berkahwin atas pilihan keluarga.
Mengurat dan bercinta dianggap berguna jika ia membawa kepada kebaikan. Sebagai contoh mengurat dan bercinta yang disusuli dengan perkahwinan dan mendirikan rumah tangga adalah berguna kerana ia membawa kebaikan. Dari sini terbentuk pula keluarga dan daripada keluarga ini terbentuk pula masyarakat seterusnya negara.Tidakkah dalam konteks ini mengurat dan bercinta tepat dengan ajaran Islam? Jawabnya ia memang bertepatan dengan ajaran Islam kerana manusia yang diamanahkan Allah sebagai khalifah di muka bumi ini perlu meneruskan survival sehingga ke hari kiamat. Kemungkinan jika manusia tidak mengurat dan bercinta, kita akan pupus di dunia seperti pupusnya dinasour dan ini sudah tentu menyalahi amanah Allah itu.
Namun dari sudut lain, mengurat dan bercinta dianggap tidak berguna dan tidak membawa kepada kebaikan. Mengurat dan bercinta seperti ini tidak menjadi mukadimah kepada perkahwinan sebaliknya mukadimah kepada melahirkan anak luar nikah atau mencampakkan anak yang tidak berdosa ke dalam tong sampah dan longkang.
Mengurat dan bercinta seperti ini dilarang dan diharamkan dalam Islam. Selain itu perlu diingatkan juga bahawa tindakan seseorang itu mengurat dan bercinta itu biasanya bertitik tolak daripada perasaan dan emosi, maka dengan itu mudah sekali terjerumus dalam perkara-perkara yang tidak baik. Oleh itu sesiapa sahaja yang berhadapan dengan ajakan perasaan dan emosi untuk mengurat dan bercinta perlu berusaha sedaya upaya mengunakan kewarasan akal.
Malah sebagai seorang muslim kita juga perlu mengelak daripada konteks fizikal atau luaran yang boleh mencetuskan keghairahan seks yang seterusnya menyebabkan berlaku perlanggaran hukum Allah iaitu perzinaan. Dalam hal ini adalah amat perlu setiap individu muslim berpegang kepada tanggugjawab menjaga dan memelihara aurat kerana persoalan keghairahan seks mempunyai hubung kait yang amat besar untuk berlakunya perzinaan.
Bagi mengelak daripada perkara-perkara terkutuk ini berlaku, panduan rasulullah perlu dipatuhi. Baginda melarang orang Islam supaya jangan melampau dalam mengurat. Malah baginda menyuruh mereka bercinta kerana Allah iaitu mencintai orang yang dikasihi kerana Allah.
Terdapat beberapa riwayat menceritakan Nabi Muhammad s.a.w membenarkan hamba menyanyikan lagu mengurat dipanggil ghazl. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Majah, Rasulullah menyuruh Aisyah menghantar seorang hamba yang pandai menyanyi lagu ghazl kepada pengantin kaum Ansar yang menjadi kerabat Aisyah. Ini kerana menurut Nabi, kaum Ansar ada keramaian termasuk mendendangkan lagu-lagu ghazl. Baginda berkata : Sesungguhnya kaum Ansar adalah kaum yang ada pada mereka ghazl. (Ibnu Majah. Hadis No 1890) 
Ghazl bermaksud mengurat tetapi ghazl dalam beberapa hadis nabi bermaksud mendendangkan lagu-lagu cinta yang sunyi daripada kata-kata baik dan sebagainya. Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh al-Bukhari,muslim dan lain-lain, Rasulullah menginggatkan supaya seorang penyanyi keluarga baginda bernama Anjasyah supaya jangan terlalu melampau mendendangkan lagu-lagu yang memperkatakan tentang mengurat dan bercinta.
Dato Dr Mashitah Ibrahim, penolong profesor di Jabatan al-Quran dan Sunah, Kulliah Ilmu Wahyu dan Warisan Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) memberi penjelasan mengenai cinta. Cinta ujarnya sering dikaitkan dengan barat atau Bollywood tetapi sebenarnya orang terlupa bahawa pokok persoalan cinta merupakan matlamat asasi dalam Islam.

Islam adalah agama yang membawa matlamat cinta. Cinta kepada Allah, cinta pada rasul, cinta kepada negara dan cinta sesama manusia. Sebab itulah rasulullah menekankan dalam mendidik anak-anak daripada kecil lagi diterapkan soal cinta. Dalam sebuah hadis, Nabi bersabda: tanamkan dalam diri anak-anak kamu cintakan Allah, cintakan Rasul, cintakan ahli keluarga Rasulullah dan cintakan membaca Al-Quran.
Ini menunjukkan cinta itu suatu yang penting diterapkan dalam diri setiap muslim sehinggakan Nabi s.a.w bersabda bahawa tidak masuk syurga sehingga kamu belajar cinta-mencintai diantara satu sama lain. 
Remaja bercinta jelas beliau bukan suatu perkara yang melanggar fitrah. Ia satu fitrah tetapi perlu diaturkan bagaimana cara mereka bercinta. Cinta tidak boleh berdasarkan emosi semata-mata, REMAJA mesti ada rasa tanggungjawab.

Read more...

Majlis Ulama Yahudi Antarabangsa


crc1
Yahudi adalah bangsa bagi sesuatu kaum, dikalangan mereka juga ada yang beragama Islam, Kristian, Komunis dan sebagainya. Namun, agama rasmi bagi umat Yahudi ialah Judais sepertimana bangsa Melayu amat sinonim dengan agama Islam walaupun ada dikalangan orang Melayu bukan beragama Islam.

Read more...

11 Fatwa Yahudi Orthodoks




Bagi menjaga budaya agama Judais agar tidak dipengaruhi oleh arus sekular global, para Rabbi Yahudi Orthodoks memutuskan bermacam-macam peraturan yang ketat di daerah majoriti mereka di Mea Sharim. Sebahagian besar peraturan adalah yang sudah sedia terkandung dalam kitab Taurat.

Read more...

Teori Rupa Fizikal Dajjal Bila Ia Muncul

(Gambar) Sekiranya Dajjal muncul di tengah-tengah masyarakat dengan wajah di atas, sia-sialah pengembaraannya selama beribu-ribu tahun.

Read more...

Harun Yahya : Penyiasat Konspirasi Terkemuka


Beliau bukanlah baru dalam bidang siasatan konspirasi Yahudi. Harun Yahya atau nama sebenarnya Adnan Oktar merupakan antara Conspiracy Investigator (CI) muslim paling terkenal di dunia setakat pengetahuan saya.

Read more...

Senarai Nama Selebriti Yahudi

Rakyat Malaysia terutamanya artis-artis kita tidak mengetahui apa yang mereka buat. Dalam soal sembahyang usah ditanyalah apatah lagi perkara ibada lain. Namun yang menyedihkan ialah golongan inilah yang menjadi tukang promosi kelompok-kelompok Yahudi tanpa mereka sedari. Mudah-mudahan dengan melihat senarai di bawah ini artis-artis dan peminat-peminat dunia hiburan akan sedar siapa yang mereka sanjung itu.

Read more...

Kedalaman Jurang Laut Mariana Dalam Skala Sebenar!

Tuesday, July 12, 2011

Jurang Mariana ialah jurang laut paling dalam didunia. Kedalaman maksimumnya ialah 10,971 meter. Panjangnya pula ialah 2,550 kilometer dan lebar puratanya pula ialah 69 kilometer. Pada kedalaman hampir 11 kilometer, jika Gunung Everest ditenggelamkan didalammnya masih akan ada 2 kilometer air diatasnya. Dayyum! Dalam sejarah manusia hanya dua orang pernah turun kedasar jurang ini. Mereka ialah Lieutenant Don Walsh dan Jacques Piccard. Kedua-dua mereka melakukan selaman bersejarah ini pada 23 Januari 1960. Sejak dari itu hanya 2 lagi selaman kedasar jurang dilakukan tetapi menggunakan robot. Pernahkah korang terfikir bagaimana rupa kedalaman sebenar Jurang Mariannas ini? Mari lihat grafik kedalaman sebenarnya pada skala sebenar.

Read more...

Berhenti Berbohong, Boleh?


Banyak kali kau ulang ikrar kau kata tak nak buat lagi dah, konon-konon tak nak buat perkara yang sama selama-lamanya, tetapi kau masih buat juga.
Banyak kali kau cakap nak berubah, tapi tak berubah-ubah.
Banyak kali kau janji nak pegang kuat-kuat. Tapi, apa sudah jadi? Janji entah ke mana, engkau entah di mana!
Berhenti menipu boleh tak? Kau bijak berkata-kata bila orang tanya.
Engkau kata :"I hate liars!", tidak pula kau laungkan "Aku paling pantang dengan penipu!"
Takkan kau hanya pintar mengatur baris merungkap kata je? Hari-hari kau sebut ayat yang bermaksud ini:

Read more...
©2009 .:: Makalah Ilmu ::.. Hakcipta Ada Yang Terpelihara.
Diterbitkan Oleh : Amirul Amin. | Pengurusan Oleh : Malaysia Terjah. | Pautan Luaran Oleh : Afiqah Network Link.
PENAFIAN : Ini adalah laman Web ATAU Blog sokongan untuk tujuan PROMOSI ATAU SUMBANGAN sahaja.
Tiada kaitan dengan : Laman Web ATAU Blog Syarikat ATAU Agensi ATAU Individu ATAU Organisasi yang disertai.
Tiada mana-mana bahagian portal ini boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diuruskan
bagi tujuan komersil dalam apa bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada
Malaysia Terjah.