Followers

Impak Makanan Halal Kepada Individu Muslim

Thursday, March 31, 2011

Prinsip halal dalam pemakanan merupakan perkara yang amat dititik beratkan mengikut syariat Islam. Prinsip halal ini secara umumnya melibatkan dua perkara. Pertama, bagaimana sesuatu benda itu diperolehi. Kedua, adakah zat atau barangan itu sendiri halal atau sebaliknya. Syariat Islam telah menetapkan supaya setiap penganutnya hanya memakan makanan yang halal. Firman Allah S.W.T. dalam surah al-Baqarah ayat 172 yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal ) yang telah Kami berikan lepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat lepada-Nya. ”

Read more...

Ahli Politik SWISS Anti-Islam Memeluk Islam

Daniel Streich, ahli politik Swiss, yang terkenal kerana kempen menentang pembinaan masjid di negaranya, tanpa disangka-sangka memeluk agama Islam.

Streich merupakan seorang politikus terkenal, dan dia adalah orang pertama yang mencetuskan perihal larangan kubah masjid, dan bahkan mempunyai idea untuk menutup masjid-masjid di Swiss. Dia berasal dari Parti Rakyat Swiss (SVP). Pengumuman kesaksian Streich ke agama Islam membuat heboh seluruh Switzerland.

Read more...

Allah Mudahkan Dakwah


SURAH al-Sharh (al-Inshirah) termasuk dalam Surah Makiyyah. Keseluruhan ayatnya berjumlah 8 ayat. Ia diturunkan selepas Surah al-Dhuha.
Surah ini mempunyai hubungan erat dengan surah sebelumnya dan kerana itulah Tawus dan Umar Ibn Abdul Aziz menyatakan bahawa kedua-dua surah ini sebenarnya satu.
Mereka berdua membaca kedua-dua surah itu dalam satu rakaat tanpa memisahkannya dengan Basmallah. Akan tetapi menurut riwayat yang mutawatir kedua-dua surah ini adalah dua surah yang berasingan sekalipun kedua-duanya mempunyai hubungan yang erat.Ini disebabkan dalam setiap surah terdapat pelbagai nikmat dan perintah mensyukuri nikmat-Nya.

Read more...
©2009 .:: Makalah Ilmu ::.. Hakcipta Ada Yang Terpelihara.
Diterbitkan Oleh : Amirul Amin. | Pengurusan Oleh : Malaysia Terjah. | Pautan Luaran Oleh : Afiqah Network Link.
PENAFIAN : Ini adalah laman Web ATAU Blog sokongan untuk tujuan PROMOSI ATAU SUMBANGAN sahaja.
Tiada kaitan dengan : Laman Web ATAU Blog Syarikat ATAU Agensi ATAU Individu ATAU Organisasi yang disertai.
Tiada mana-mana bahagian portal ini boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diuruskan
bagi tujuan komersil dalam apa bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada
Malaysia Terjah.