Bukti Dajjal Adalah Manusia (Bahagian 2)
Friday, April 15, 2011

Sebelum ini telah dibentangkan hujah pada bahagian 1 tentang mengapa tanggapan (Hipotesis) bahawa Dajjal sebagai suatu ‘konsep’ tidak boleh diterima. Pembetangan kali ini cuba melihat berkenaan mengapa kita perlu percaya bahawa Dajjal itu manusia.
Saya juga meyakini (sepanjang pembacaan dan penelitian) bahawa Dajjal itu manusia bukan sahaja atas faktor hadith, tetapi melalui pembuktian perkembangan yang berlaku dalam sejarah dunia khususnya benua Eropah. Perkembangan yang berlaku ini sejak ratusan tahun dahulu didapati selari dengan perkembangan agama Judais yang juga mengalami perkembangan sejak ratusan tahun dahulu juga.