Followers

Film 786(innocence of muslim) : Filem Menghina Nabi Muhammad SAW

Tuesday, September 18, 2012

Film 786(innocence of muslim) adalah sebuah film yg dibuat di Holland tentang lawak mengenai Nabi Muhammad SAW yang kita cintai. 60 juta masyarakat muslim dpt menghancurkan ekonomi Holland dengan waktu kurang dari 5 minit dgn cara mengirimkan pesan ini, Mudah2han kita dapat menjawab pertanyaan dari Allah SWT kepada kita, ketika Allah SWT menanyakan kepada kita nanti mengenai apa tindakan yang kita lakukan ketika Rasul yang dicintai Nya dijadikan bahan lawak? Denmark telah mengalami kerugian...tolong jangan biarkan pesan ini berhenti di hp atau PC anda. Seperti yg anda ketahui, semua surat kabar Denmark memuat lawak tentang Nabi Muhammad SAW dan sampai sekarang mereka juga tidak menyesal. Jom kita buat mereka menyesal dengan perbuatan mereka... The Danish Ambassador, Perdana Menteri dan Denmark Nasional Channel; sekarang sdg berusaha melakukan sesuatu utk menghentikan boikot yg dlakukan oleh umat muslim sejak 1 bulan lepas, dimana atas pemboikotan tersebut mereka mengalami kerugian sekitar £ 4 Miliar.

Jika kita terus melakukan boikot terhadap produk2 Denmark dalam 7 bulan atau lebih akan mengakibatkan mereka dpt kehilangan £ 80 milyar. Percayalah, jangan stop untuk meneruskan pesan ini sebanyak mungkin kpd saudara-saudara muslim.., yakinlah anda dapat melakukannya dlm waktu 15 minit utk menyebarkan kpd saudara2 muslim lainnya....

SECEPATNYA? INGAT RASULULLAH MUNGKIN AKAN MENANYAKAN KEPADA KAMU (MEMINTA JAWAPAN) DIHARI PEMBALASAN NANTI, APA YANG TELAH KAMU LAKUKAN KETIKA MEREKA MENJADIKANKU SEBAGAI BAHAN LAWAK? Adakah kita akan terus diam apabila Rasul tercinta yang akan memberi syafaat pada kita dipadang mahsyar nnti terus dihina? ALLAHUAKHBAR.

Film 786(innocence of muslim)
Filem Menghina Nabi Muhammad SAW

Read more...

Jejak Ulamak : Sheikh Daud Abdullah al Fathani

Sunday, September 16, 2012

Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Tok Syeikh Daud Patani adalah al-Alim Allamah al-Arif ar-Rabbani Syeikh Wan Daud bin Syeikh Wan Abdullah bin Syeikh Wan Idris (juga dikatakan Wan Senik) al-Fathani. Ibunya bernama Wan Fathimah anak Wan Salamah bin Tok Banda Wan Su bin Tok Kaya Rakna Diraja bin Andi (Faqih) Ali Datok Maharajalela bin Mustafa Datu Jambu (Sultan Abdul Hamid Syah) bin Sultan Muzaffar Waliullah bin Sultan Abu Abdullah Umdatuddin. Beliau mempunyai lima beradik iaitu Syeikh Wan Abdul Qadir, Syeikh Wan Abdul Rasyid, Syeikh Wan Idris dan seorang adik perempuan namanya Siti Khadijah bin Abdullah al-Fathani. Menurut catatan koleksi Allahyarham Tuan Guru Wan Mohd Shaghir Abdullah bahawa Syeikh Daud al-Fathani adalah keturunan Faqih Ali. Rujukan asal yang mengatakan Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani berketurunan Faqih Ali diperolehi tulisan Nik Mahmud Perdana Menteri Paduka Raja Kelantan iaitu: “Syahdan dan pada suatu masa bulan sedang mengambang di tepi langit, tersebutlah cerita anak raja Bugis lari daripada saudaranya menumpang sebuah bahtera sampai ke Johor dan tumpang duduk berkirim diri rumah Laksamana Kota Tinggi, dipanggil Andik Ali. “Tatkala Laksamana memandang kepadanya berasalah kasihan belas dan dipeliharanya sebagai anak angkatnya sendiri. Tidak berapa tahun kemudian diperjodohkan dengan anaknya Wan Tija. Tidak berapa lama selepas itu Andik Ali serta dengan isterinya pun beredar ke Patani menumpang di rumah Mekong Damit Kampung Bira pada tahun 1049 H. “Maka kerana lemah lembut tingkah lakunya dan berpelajaran orang di Patani memanggilnya Faqih Ali. Di situ ia beristeri kepada Ce' Dewi anak Sri Biji Diraja. Baginda sampai di Patani kira-kira tahun 1637 M”.

Read more...
©2009 .:: Makalah Ilmu ::.. Hakcipta Ada Yang Terpelihara.
Diterbitkan Oleh : Amirul Amin. | Pengurusan Oleh : Malaysia Terjah. | Pautan Luaran Oleh : Afiqah Network Link.
PENAFIAN : Ini adalah laman Web ATAU Blog sokongan untuk tujuan PROMOSI ATAU SUMBANGAN sahaja.
Tiada kaitan dengan : Laman Web ATAU Blog Syarikat ATAU Agensi ATAU Individu ATAU Organisasi yang disertai.
Tiada mana-mana bahagian portal ini boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diuruskan
bagi tujuan komersil dalam apa bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada
Malaysia Terjah.