Followers

Bahaya puak MQTK (Pertubuhan Tok Kadok) dalam Malaysia

Saturday, June 4, 2011

Bahaya puak MQTK (Pertubuhan Tok Kadok) dalam Malaysia, tajdid cara syiah lebih teruk dari Mat Sabu. Pembongkaran khas, puak-puak pondok moden Kelantan menghina Ulama Fatani.

Ahlinya di http://www.facebook.com/home.php?sk=group_163809256976626

Mereka ini puak radikal ahlul bait (konon-kononnya dari silsilah Long Yunus) dan suka mengkafirkan, mendakwa orang lain munafik dan jahil kerana tidak pegang pada fahaman dan iktikod mereka.

Berikut adalah ayat yang ana copy dan paste, salinan asal juga telah di 'print screen' di blog ana http://muallij-islamiah.blogspot.com sebagai langkah 'back up data'.

Antara ahlinya yang terliubat dalam debat ini ialah Ahmad Junid Merak Kayangan,Mqtk Ym Niksaidinalumar, Ym Nikmohdkamal Tydpmqtk, Ym Tgmahmud Alkubra dan lain-lain lagi selain mereka-mereka yang di bawah ini iaitu:

Menghina Ulama 

iaitu dari ahlinya bernama Yusnaidi Yusoff
"Saya Ulama, carikan murid untuk saya mengajar dan buka Pondok..bla..bla" - Kata-kata Baba Ziz(Ketua Ulama Pattani) 2006 yang masih saya ingat hingga kini. Terima kasih kepada saudara Mustaqim Al-Husaini yang mengakui bahawa beliau tidak diajar hingga makrifatullah. Logiklah Pattani terus huru hara dan Allah tidak memakbulkan doa sekalian para muridnya yang kepeningan tersebut.

Hasna Isma
Guru kepada Mustaqim Al-Husaini adalah anak murid Baba Ziz Patani. Individu ini telah pun menemui YDP MQTK dan Bobspek Quraisy AlHasyimi ; pada 2007 di Kelantan. Mereka bukanlah ahli al-Quran Qadim dan muridnya mengakui merak tdk diajar kearah MAKRIFATULLAH... sesuatu yg jauh terpesong dari ISLAM YANG SEBENAR.. Harap rakyat Malaysia sedar... Maklumat lanjut sila rujuk kepada Bobspek

Kata-kata dari Yusnaidi Yusoff
Yang tiada makrifatullah adalah "Wali Syaitan" atau disebut "Wali Fasiq" dalam kitab fekah Ahli Sunnah Wal-Jamaah. Mereka lebih kuat ibadatnya, lebih kuat semangat syahidnya, lebih bersemangat untuk jadi Tok Guru dan alim ulama, namun mutlak tidak sah menjadi Wali Nikah, saksi nikah dan tertolak segala amalan ibadatnya, tidak boleh dikira sebagai ahli solat jumaat, haram menuntut ilmu fardhu kifayah dan sebagainya. Yang berjaya dipesongkan oleh ulama wali fasiq ini hanyalah golongan Islam pemalas, golongan gila harta/kekayaan, kaki gila seks dan seumpamanya yang akan menggunakan nama "ISLAM" dalam semua tindak tanduk dan perjuangan mereka. Malangnya mereka tidak akan mampu menipu/membohongi ahli-ahli kasyf/ahli-ahli makrifatullah yang menjadi penasihat MQTK ini. Golongan Wali Fasiq ini telah disumpah oleh semua 40 orang penasihat tertua Bani Hasyim MQTK dengan doa khas 4 bala dari langit, 4 bala dari bumi dan 20 bala dalam jasad berakhir dengan Su'ul khotimah.

Fitnah memfitnah

Ana tersenyum sahaja dengan fitnah yang dibuat-buat ini iaitu:

Hasna Isma
Anak Baba Ziz dikifaratkan oleh Allah dengan penyakit pelik dan dirawat di USM Kubang Kerian Kelantan. Beliau mengakui kepada YDP MQTK hanya mahu menjadi ulamak/tok guru. Lebih 2 ribu ulamak Patani terpengaruh dgn islam tanpa makrifatullah ajaran beliau. Beliau juga memohon Ahlul Bait Kelantan melakukan solat hajat menjatuhkan kerajaan Taksin Thailand. Solat Hajat tersebut telah pun dilaksanakan oleh Jemaah MQTK seterusnya memaksa General Sonthi Boonyaratglin (beragama islam) melakukan rampasan kuasa tenteran ke atas Thaksin.

Yusnaidi Yusoff
Namun pertelingkahan berlaku diantara Baba Ziz dan juga MQTK apabila beliau memaksa pihak MQTK agar jangan membaca Al-Quran dalam bahasa Melayu. Pertelingkahan itu berlaku di sebuah Hotel di Kubang Kerian dan turut disaksikan oleh TYDP MQTK, yang pada waktu itu merupakan AJK PKLGK dan saya sendiri. Saya sebagai seorang yang masih muda/budak berbanding usia beliau telah lebih separuh abad tidak tergamak untuk terus berkeras dengan orang yang lebih tua, dan meminta perdebatan itu dihentikan dan membiarkan sahaja beliau dengan fahaman songsangnya itu. Di situlah kami sedar kenapa Allah mengkifaratkan penyakit aneh anaknya itu dan beliau yang kononnya makbul doa terpaksa serah kepada pihak Doktor USM yang jauh lebih jahil dalam bidang Teologi untuk rawat anaknya dengan pelbagai ester/ubatan kimia buatan USA itu. Kata salah seorang sahabat, jika sama tua, sudah pasti paling minima pun sebiji penampar wajib hinggap di mukanya tersebut..!!

Tajdid cara syiah

Yusnaidi Yusoff
Rasulullah SAW bertaqiyyah hingga hampir turut menyolatkan jenazah ketua munafiq di padang mahsyar kelak iaitu Abdullah bin Ubai laknatullah. Namun Allah mentakdirkan ketegasan Syaidina Umar Ibnu Al-Khttab memegang tangan baginda(halang/sekat) di saat sahabat lain semuanya tidak tergamak. Lalu Rasulullah SAW menghadiahkan sehelai jubah yang paling disayangi baginda untuk kafanm jenazah ketua munafiq itu dan membatalkan hajatnya untuk ikut bersolat dan iring jenazah itu. Justeru harus difahami kelembutan ada dalam Islam, kekerasan ada dalam Islam...ianya telah diagihkan melalui sifat 4 sahabat baginda. maka ikutlah pada orang, tempat, masa dan keadaan yang sesuai. Sila fahami sejarah dari awal hingga akhir perjuangan nenek moyang kami. Janganlah anda ambil separuh-separuh, kemudian cuba menjadi pensyarah bagi pihak Allah & RasulNya...natijahnya 7 anggota jasad anda bakal binasa di dunia ini lagi dengan pelbagai penyakit yang anda hidapi itu...dan amat menyusahkan kami untuk merawat anda kelak...!!

Yusnaidi Yusoff
Ya, beliau telah mula memahami sedikit demi sedikit hakikat kudrati itrah Bani Hasyim dan Quraisy yang tertanam dalam darah keturunan seluruh Raja-Raja Melayu ini. Dan Mengakui bahawa hanya keturunan ini sahaja yang tidak akan terputus nasabnya di Padang Mahsyar kelak serta hanya Imam2 dari keturunan ini sahaja layak mensyafaati manusia di hadapan Allah kelak. Syarahan beliau dulu yang menentang keras perjuangan atas nama bangsa telahpun berubah sekarang...dan bakal menyokong kuat perjuangan Bani Hasyim ini, insyaallah.

Yusnaidi Yusoff
Dan bangsa "Bani Hasyim" ini telahpun ditukar oleh Allah dengan daftar nama bangsanya "MELAYU", dengan naungan Rajanya juga dah disebut "BANGSA MELAYU"...dalam mykad(walaupun masih bercampur-baur melayu bukan Bani Hasyim, tetapi kami para Bani Hasyim tidak akan keliru dan dapat mengenali dengan tepat dengan 40 tanda kelahiran yang diwasiatkan oleh nenek moyang kami tersebut).

Kesimpulan
1. Ana telah mencabar salah seorang kumpulan mereka yang fanatik ini untuk keluar berdebat bersemuka pada 2 Jun 2011 jam 6.45 petang dengan kata-kata

"Yusnaidi, fahaman awk tidak cantik. Saya tak dapat nk keluarkan hujah sy sebab kamu bersikap kebudak-budakan dalam berhujah. Saya cabar kamu, datang ke sini, kita berdebat tentang isu, raja kamu, imam kamu, pemberi syafaat di akhirat. Saya cabar!!"

2. dan meletakkan status di blog ana seperti berikut:

Pertubuhan Tok Kadok Hina Ulama, sedang menunggu hujah-hujahnya dan fitnahnya sementara itu tersenyum dengan gelagat dia orang yang buat-buat cerita ulama itu kafir, murtad, munafik dll. Kononnya pertubuhan Tok kadok mendapat perlindungan raja melayu dan imam-imam serta raja-raja mereka pemberi syafaat akhirat

3. atas isu akidah mereka iaitu:

"....Dan Mengakui bahawa hanya keturunan ini sahaja yang tidak akan terputus nasabnya di Padang Mahsyar kelak serta hanya Imam2 dari keturunan ini sahaja layak mensyafaati manusia di hadapan Allah kelak."

4. Ana juga telah mengadu hal ini pada pihak yang berkenaan dan akan ke Wakaf Che Yeh untuk bertemu dengan Baba Ziz sendiri, Insya Allah




SUMBER : Klinik Muallij

2 comments:

kichi abi eissar(fb) July 20, 2011 at 11:01 PM  

Penah berbicara dlm mereka dlm fb namun sgt2 tidak paham dgn ajaran ini.Jika igin bersemuka dgn mereka saya hrp dpt pergi bersama

YM Nik Azuri alHasyimi November 5, 2023 at 3:11 PM  

Sembahlah Allah dan jauhi Toghut'; sangkaan itu dosa

©2009 .:: Makalah Ilmu ::.. Hakcipta Ada Yang Terpelihara.
Diterbitkan Oleh : Amirul Amin. | Pengurusan Oleh : Malaysia Terjah. | Pautan Luaran Oleh : Afiqah Network Link.
PENAFIAN : Ini adalah laman Web ATAU Blog sokongan untuk tujuan PROMOSI ATAU SUMBANGAN sahaja.
Tiada kaitan dengan : Laman Web ATAU Blog Syarikat ATAU Agensi ATAU Individu ATAU Organisasi yang disertai.
Tiada mana-mana bahagian portal ini boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diuruskan
bagi tujuan komersil dalam apa bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada
Malaysia Terjah.