Followers

Perubatan Sufi

Saturday, June 4, 2011

Perubatan penyembuhan kaedah kesufian (At-Tibb Ar-Rauhi As-Sufi) adalah kaedah selain Thibbun Nabawi iaitu Petua Syeikh pada zaman dahulu. Antara huraiannya termasuklah kaedah pemakanan Rasulullah, puasa, solat, doa, zikir, roh bunga ros, nama-nama Allah dan Azimat (Ta’widh, azimat, wafaq dan wifiq). Perubatan sufi telah disalahfaham serta diselewengkan hingga kelihatan ianya sama atau ianya adalah seperti perubatan tenaga dalam, reiki, nasma, meditasi, hijab nur, ki, chi, prana, kudra dan aura. Penyelewengan ini berterusan hingga ramai orang islam keliru dan menganggap ESQ, perubatan tenaga dalam, reiki, nasma, meditasi, hijab nur, ki, chi, prana, kudra dan aura adalah islamik berpandukan dengan hujah palsu dari guru mereka yang mengatakan ianya adalah Penyembuhan Sufi (sufi healing). Mari kita tinjau apakah sufi healing yang sebenarnya.


Makanan Nabi

Makanan nabi telah membentuk peribadi dan kesihatan nabi-nabi Allah. Makanan ini boleh diaplikasikan sebagai ubatan. Antara makanan yang disebut ialah:

Jintan Manis, Epal, asparagus, pisang, basil manis (rayhan), roti, mentega, bunga kubis, chamomile (babunaj), lobak merah, biji kopi, biji ketumbar, ayam, kulit kayu manis, limau, timun, cumin (kammun), tamar, eggplant (badhinjan), telur, endive (hindiba), hubah, buah ara fig, ikan, bawang putih, minyak sapi, halia, inai, madu lebah, kacang, salad, marjoram manis, daging, tembikai, susu, pudina, myrtle (as), narcissus (narjis), zaitun, minyak zaitun, bawang, parsley, peach, pistachio, delima, rhubarb (rawabd), nasi, kunyit, zafaran, garam, sena, bayam, gula, thyme (sa’tar), vermicelli (itriyyah), cuka, walnut, air dan gandum, kambing, susu, talbinah (barli), habatus sauda dan ruthob.

Penyediaan ubat.

1. Dimakan terus atau
2. Ditumbuk hancur dan ditapis dengan kain atau
3. Dididihkan kemudian disejukkan. Syarat didih ialah lebih kurang separuh air itu menjadi wap.
4. Gula sebagai pemanis ialah gula asli atau madu.
5. Jika formula itu herba, rendamkan semalaman sebelum rebus.
6. Setiap herba hendaklah sama berat.

Cara makan Ubat

1. Dimakan ikut jadual berkala 2 kali sehari iaitu waktu sarapan dan waktu petang.
2. Dimakan ketika perut kosong

Solat

Dalam menarik masyarakat bersolat, para sufi telah mengkaji rahsia solat dan didapati kaedah solat itu sebenarnya membentuk senaman dan gaya hidup sihat. Tetapi awas, janganlah kerana solat sebab hendak sihat kerana solat itu sendiri merupakan tiang agama islam dalam penyembahan hamba terhadap penciptanya iaitu Allah. Jika kita anggap solat itu sebuah senaman (sebagaimana dakwaan ESQ dan yang seangkatannya), maka kita hanya bersenam dan bukanlah menyembah Allah.

Sabda Rasulullah.s.a.w. lagi; Daripada Abdullah bin Umar r.a, katanya: Sesungguhnya Rasulullah.s.a.w. telah bersabda: " Betulkan, penuhkan dan rapat-rapatkan saf-saf solat kamu, samakan kedudukan antara bahu-bahu kamu, penuhkan semua ruangan-ruangan kosong yang terdapat dalam saf, bersopan santunlah dengan saudara-saudara kamu ketika meluruskan dan merapatkan saf dan jangan sekali-kali membiarkan ruangan-ruangan kosong saf terdedah kepada syaitan. Sesiapa yang memenuhkan saf dan merapatkannya, nescaya Allah SWT menyambungkan rahmat-Nya bagi orang tersebut dan sesiapa yang memutuskan saf, nescaya Allah SWT akan memutuskan rahmat-Nya dan inayah-Nya daripada orang tersebut" (Riwayat Abu Daud)

Puasa

Begitu juga puasa di mana para syeikh, sufi dan doktor bersepakat membuat rumusan bahawa puasa itu dapat mencegah penyakit kronik kerana penyakit itu datang dari perut. Tapi awas juga, kalau puasa kerana hendak sihat dan sembuh penyakit (sebagaimana dakwaan ESQ dan yang seangkatannya), bermakna samalah juga puasa kita dengan puasa orang india musyrikin.

"Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan kepada kamu puasa sebagaimana telah diwajibkan atas orang-orang yang sebelum kamu,supaya kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa." (al-Baqarah:183)

Nabi s.a.w.juga bersabda:
"Kita ini adalah kaum yang makan bila lapar, dan makan tidak kenyang."

"Makan dan minumlah kamu dan janganlah berlebih-lebihan sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan." (al-A'raf:31)

Zikir

Zikir menurut bahasa bererti mengingati. Menurut istilah pula, zikir bermaksud mengingati Allah s.w.t. bilamana dan di mana sahaja berada dengan cara-cara yang dibolehkan oleh syarak seperti menerusi ucapan perbuatan atau dengan hati.

Manusia tidak terlepas daripada ujian dan dugaan hidup untuk menguji sejauh mana tahap kesabaran serta keimanan mereka. Dugaan yang datang juga peluang untuk bertanya diri adakah kita seorang yang sabar atau sebaliknya. Keupayaan manusia sebagai khalifah memerlukan beberapa kekuatan antaranya kuat emosi dan jiwa sebagai faktor penting meneruskan tanggungjawab memakmurkan alam. Kekuatan dalaman juga penting sebagai benteng pertahanan kukuh dalam menghadapi rintangan hidup. Zikrullah adalah penawar hati paling mujarab dalam memberi ketenangan jiwa bagi mengubat keresahan diri. Ini terbukti melalui firman Allah bermaksud: 

“Orang yang beriman itu tenang dan tenteram hati dengan zikrullah. Ketahuilah bahawa dengan zikrullah itu akan tenang tenteramlah hati-hati manusia.” (Surah al-Ra’d, ayat 28)

0 comments:

©2009 .:: Makalah Ilmu ::.. Hakcipta Ada Yang Terpelihara.
Diterbitkan Oleh : Amirul Amin. | Pengurusan Oleh : Malaysia Terjah. | Pautan Luaran Oleh : Afiqah Network Link.
PENAFIAN : Ini adalah laman Web ATAU Blog sokongan untuk tujuan PROMOSI ATAU SUMBANGAN sahaja.
Tiada kaitan dengan : Laman Web ATAU Blog Syarikat ATAU Agensi ATAU Individu ATAU Organisasi yang disertai.
Tiada mana-mana bahagian portal ini boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diuruskan
bagi tujuan komersil dalam apa bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada
Malaysia Terjah.