Followers

Dakwah dalam lagu

Wednesday, June 29, 2011

Assalamualaikum wbt.

Pertama sekali, marilah kita bersama mengkaji semula apakah yang dimaksudkan dengan dakwah itu sendiri sebelum kita mengupas lebih lanjut isu ini.

Dakwah bermaksud setiap kegiatan yang bersifat menyeru, mengajak dan memanggil orang untuk beriman dan taat kepada Allah s.w.t sesuai dengan garis akidah, syariat dan akhlak Islamiah. Secara kebahasaan, dakwah adalah kata dasar (masdar) dari kata kerja da’a-yad’u yang bererti panggilan, seruan atau ajakan. Kata dakwah sering dirangkaikan dengan kata “ilmu” dan kata “Islam”, sehingga menjadi “ilmu dakwah” dan “dakwah Islam” atau al-da’wah al-Islamiyah. Dari segi istilah syara’ pula membawa pengertian yang lebih khusus iaitu seruan atau panggilan ke jalan Allah s.w.t.

Seperti yang sudah sedia maklum, dakwah mempunyai pelbagai wasilah untuk disampaikan kepada orang ramai. Bukan sahaja menerusi suara-suara lantang yang menegakkan Islam di mata masyarakat. Cuba kita fikirkan, bagaimana pula situasinya jika seseorang itu tidak punya kekuasaan atau kekuatan untuk berdakwah dengan cara sebegitu? Apakah kita hanya mampu berdiam diri, menyaksikan pendakwah-pendakwah lain melakukan kerja mereka tanpa sedikitpun rasa ingin membantu memperjuangkan agama Islam?

Pada zaman millennium ini, golongan remaja sudah tidak  menggemari trend dakwah dahulu, yang mana mereka perlu ke masjid atau surau, mendengar pak imam ataupun mana-mana penceramah memberikan pengisian tertentu. Mereka turut mahukan kemodenan dalam dakwah. Bukan mereka menolak mentah-mentah apa yang disampaikan oleh orang-orang tadi, sebaliknya cara pendekatan yang digunakan membuatkan remaja mudah bosan. Hasilnya, apa yang ingin diterjemahkan akal tidak sampai kepada mad’unya.

Penulis sendiri percaya, remaja zaman millennium mahukan pembaharuan, baik dalam apa jua aspek kehidupan, termasuklah cara yang digunakan daie untuk menarik mereka ke jalan yang benar. Oleh sebab itu, muncullah beberapa kumpulan manusia yang menggelarkan diri sebagai munsyid, yang bangkit memperjuangkan dakwah menerusi lagu-lagu yang dinyanyikan mereka. Hasilnya cukup memberangsangkan. Pada awal tahun 1990-an, kumpulan seperti Nada Murni, Al-Mizan, dan sebagainya mula mendapat perhatian orang ramai. Lagu-lagu mereka menjadi siulan masyarakat. Liriknya cukup puitis, menggabungkan bait-bait perkataan yang mampu menarik minat orang ramai untuk menghayatinya.

Belakangan ini, penasyid-penasyid baru muncul dengan banyaknya bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Tidak terkecuali golongan penasyid senior yang masih utuh memegang takhta sebagai penasyid pilihan sepanjang zaman. Mereka memegang matlamat ingin menyebarkan dakwah sambil berhibur. Bahkan Rasulullah S.A.W sendiri tidak menghalang ummatnya untuk berhibur, asalkan jangan melampaui batas-batas agama. Baginda sendiri disambut dengan aluan nasyid dan marhaban sewaktu tiba di kota Madinah semasa berhijrah.

Memetik kata-kata Imam Besar Masjid Negara sekarang, elemen yang penting dalam sesebuah penciptaan lagu ialah sesebuah lagu itu haruslah membuatkan manusia yang mendengarnya mengingati Allah dan RasulNya. Bahkan, lirik-lirik nasyid harus diselitkan nilai-nilai positif termasuklah amalan murni sesama manusia dan sebagainya.
Barangkali ada segelintir pihak yang menyalah gunakan keterbukaan ini. Lagu-lagu nasyid diselitkan dengan elemen cinta dan hawa nafsu sesama manusia, padahal kita sendiri tahu hal inilah yang membuatkan manusia yang mendengarnya menjadi leka dan lalai.

Baru-baru ini, timbul isu seorang bekas penyanyi sebuah kumpulan rock sekitar tahun 90-an yang menyertai kumpulan tabligh sejak enam tahun lalu yang menyatakan tidak pernah ada dakwah menerusi lagu serta menambah lagu walaupun yang berkonsepkan ketuhanan tidak boleh disifatkan sebagai dakwah. Beliau menambah lagi, ada dua hak yang perlu dilakukan oleh seorang pendakwah iaitu berjumpa orang ramai dari rumah ke rumah mengajak melakukan ibadat dan kebaikan serta berdoa kebaikan pada sepertiga malam menerusi solat tahajud manakala ketentuan seseorang itu mendapat hidayah menjadi hak Allah. Bahkan beliau menambah, jika benarlah dakwah dapat dilakukan menerusi lagu, sudah tentu sejak zaman baginda Rasulullah S.A.W. dan para sahabat mereka berdakwah dengan cara ini.

Kenyataan tersebut dibidas pula oleh seorang penyanyi nasyid, juga komposer untuk lagu-lagu berunsurkan ketuhanan yang menyatakan kaedah dakwah tidak boleh disempitkan dengan cara berjumpa orang ramai dari rumah ke rumah semata-mata sebaliknya ia boleh diperkembangkan terutamanya pada zaman teknologi. Rasulullah S.A.W pernah bersabda, “Sampaikanlah daripadaku walaupun hanya sepotong ayat.” Menerusi lagu, kita dapat mengetahui pelbagai perkara tentang Islam, umpamanya rukun Islam dan Iman juga perjalanan hidup Rasulullah yang selalu digarapkan menjadi lagu. Katanya lagi, dakwah melalui nasyid nampak kecil, tetapi sebenarnya boleh memberikan kesan yang besar kepada pendengar.

Jadi, mana satu kebenaran antara kedua-dua kenyataan ini? Bagi diri penulis, setiap benda akan ada elemen kebenaran dan kebatilan. Lagu-lagu boleh dijadikan dakwah jika benar cara penghayatannya, juga boleh menjadi salah jika salah guna dalam memahami maksud di sebalik apa yang ingin disampaikan oleh orang yang menulis lagu tersebut.

Jika ada yang mengadu, nasyid terlalu rancaklah, tidak kena gayalah, terlalu modenlah dan sebagainya, haruslah diingat bahawa selain mengikut peredaran zaman, lagu-lagu dakwah tidak mempunyai rentak dan irama yang spesifik. Jadi, para penulis lagu bebas berkarya asalkan masih lagi mengikut syarak.


Raihan

Hijjaz

Devotees


Wallahua’lam.

Read more...

SENARAI GAME MENGHINA ISLAM - SEBARKAN PADA SEMUA

1) Devil May Cry 3
Satu permainan komputer yang digilai remaja negara ini dikhuatiri boleh menjejaskan akidah pemainnya kerana ia mengandungi elemen menghina Islam apabila memaparkan kalimah Allah dan Kaabah.

Read more...

CAPTAIN JACK SPARROW : LANUN MELAYU?

Ketika mula-mula menonton filem terbitan Walt Disney Pictures ini, saya sedikit tertarik pada beberapa corak yang terdapat pada senjata dan juga ukiran pada dinding kapal dalam filem ini. Ada sesetengah darinya hampir menyamai ciri-ciri Melayu. Namun, semua perhatian saya ini hilang begitu sahaja tidak lama selepas itu, hinggalah saya terjumpa artikel dari sebuah forum.

Read more...

Pesan Soup Di Restoran Ada Tikus Rebus di Dalamnya

Pesan Soup Di Restoran Ada Tikus Rebus di Dalamnya,Rasanya pasti akan sangat menjijikan dan membuat shock luar biasa tak kala perut lapar sudah menantikan hidangan yang sedianya akan diharapkan mengisi perut saat makan malam tiba, tapi tiba tiba kita menemui benda asing aneh dalam menu yang kita pesan, lebih shock lagi benda asing tersebut adalah seekor tikus yang sudah mati terebus dalam makanan yang diolah. 


Read more...

Proses Hukuman Rejam Hingga Mati Bagi Pezina di Somalia, Mengerikan!!

"hukuman pancung"
Para militan yang berkuasa di daerah itu melempari pezina itu hingga tewas
Adegan barbar ini bukan dari Zaman Kegelapan tetapi dilakukan sebuah kelompok militan di Somalia, Minggu (13/12/2009). Kelompok itu memaksa warga desa menonton perajaman hingga tewas seorang pria yang dinyatakan melakukan perzinahan.

Read more...

Kumpulan Foto Menakjubkan Dari Album Guinness Book World of Records

Sampai hari ini begitu banyak rekor yang telah dipecahkan untuk di catat di Guinness World Of Record, rekor-rekor baru tidak datang tiap hari, namun akan selalu ada untuk dipecahkan, dan rekor-rekor lama akan ada yang tergusur dan digantikan oleh prestasi baru.

Berikut sebagian momen dari pemecahan rekor-rekor kelas dunia yang diabadikan oleh fotografer Guinness World of Record dari berbagai belahan bumi ini.


Read more...

Anjing Lahirkan Anak Manusia

Percaya atau tidak, keanehan semakin sering terjadi. Baru2 ini saya terima imel dengan kiriman foto2 tentang anjing yang melahirkan anak manusia. Entah tidak ada penjelasan lebih lanjut tentang lokasi kejadian dan nasib anak anjing-manusia ini selanjutnya. Silahkan anda semak dan pertimbangkan sendiri, apakah memang mirip manusia atau tidak.

Read more...

Seram wanita pemakan daging manusia dari filipina

Mungkin masih pernah dengar di media berita tentang wanita dari filipina yang suka makan daging manusia , kejadian ini memang sudah lama tahun 2009. Tapi kalau yang takut seram-seram sebaiknya jangan lihat




Read more...
©2009 .:: Makalah Ilmu ::.. Hakcipta Ada Yang Terpelihara.
Diterbitkan Oleh : Amirul Amin. | Pengurusan Oleh : Malaysia Terjah. | Pautan Luaran Oleh : Afiqah Network Link.
PENAFIAN : Ini adalah laman Web ATAU Blog sokongan untuk tujuan PROMOSI ATAU SUMBANGAN sahaja.
Tiada kaitan dengan : Laman Web ATAU Blog Syarikat ATAU Agensi ATAU Individu ATAU Organisasi yang disertai.
Tiada mana-mana bahagian portal ini boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diuruskan
bagi tujuan komersil dalam apa bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada
Malaysia Terjah.