Syor Malaysia Usul Pakatan Tentera Islam
Wednesday, February 9, 2011
KEKEJAMAN kerajaan Israel terhadap rakyat Gaza adalah sama saja seperti kekejaman kerajaan Nazi Jerman terhadap orang Yahudi semasa Perang Dunia Kedua pada 1940 sehingga tamatnya peperangan di Eropah pada Mei 1945.
Pada era itu semua orang Yahudi yang tinggal di seluruh pelosok Eropah dikumpul dan ditempatkan di kawasan khas yang dikawal rapi tentera Jerman yang dikenali sebagai Ghetto. Kawasan Ghetto adalah seperti kem penempatan pelarian, sesetengahnya adalah seperti di kawasan yang terdapat di Gaza sekarang ini. Penduduk di kawasan Ghetto dicatu bahan-bahan asas seperti makanan, air dan elektrik.