Followers

Perkasa khianat, sokong utusan hina islam

Monday, June 20, 2011


Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menganggap tindakan Perkasa mempertahankan Utusan Malaysia yang menghina hukum Islam dengan menyiarkan karikatur bertajuk “Kekeliruan Kes Rogol” sebagai tindakan khianat kepada Islam.

Sangat memalukan bila mana sebuah pertubuhan Melayu yang kononnya organisasi pejuang Melayu dan Islam kini menjadi seperti tikus yang sudah kehilangan gigi untuk mengigit.

Read more...

Siapa peduli orang Islam minum arak ??

Kalaulah tidak disebabkan acah-acah politik, isu arak di negeri Selangor sebenarnya mudah dan ringkas.

Sepatutnya tidak perlu pun dipanjangkan meleret-leret dalam media. Orang politik pun tidak payah berbalas pantun setiap hari.

Perkaranya mudah sahaja. Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) mengeluarkan pekeliling, melarang umat Islam bekerja di premis menjual arak. Menurut Pegawai Perhubungan Awam MPSJ, Azfarizal Abd Rashid, seperti yang dipetik oleh sebuah portal berita, premis perniagaan yang gagal mematuhi peraturan tersebut boleh dikenakan kompaun atau ditarik balik lesen.

Read more...

Gaya duduk rakyat Thai jadi kegilaan di Facebook



RATUSAN orang menghantar gambar yang menunjukkan mereka duduk bersimpuh di pelbagai lokasi di laman Facebook.

BANGKOK - Gaya duduk tradisional rakyat Thailand kini menjadi kegilaan terbaharu dalam kalangan penduduk negara itu di laman Facebook, lapor akhbar Bangkok Post semalam.
Lebih 65,000 orang sudah mendaftarkan diri di laman Facebook yang mempromosikan kempen gaya duduk itu yang dikenali sebagai pubpeab sejak ia dilancarkan pada Jumaat lalu.
Gaya duduk itu menunjukkan seseorang individu itu duduk bersimpuh di pelbagai lokasi dengan gambar mereka disiarkan di laman berkenaan.
Antara gambar itu menunjukkan anggota-anggota pasukan bola keranjang Pattani di selatan Thai duduk bersimpuh di tengah gelanggang sukan tersebut.
Terdapat juga gambar yang menunjukkan dua lelaki duduk bersimpuh di sebuah stesen tren.
Pengarah Jabatan Pemantauan Kebudayaan Thailand, Ladda Tangsupachai memuji kempen tersebut dengan menyatakan generasi muda perlu banyak mempelajari gaya duduk tradisional itu.

Read more...

Salah ibu bapa murid jadi samseng

Sekolah nampaknya bukan lagi tempat yang selamat untuk anak-anak kita. Kisah pelajar didera dan dibuli teman sekolah bukan lagi satu kes terpinggir. Dari semasa ke semasa kita mendengar dan membaca mengenai murid-murid diserang dan dibelasah dalam kawasan sekolah.

Terkini media melaporkan perihal samseng sekolah menunjuk belang secara terang-terangan di hadapan mata di Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Safi di Kangar Perlis. Mangsanya ialah Muhamad Shahfaly Anoar, 15.

Read more...

Apakah KPI pelacur kelas pertama?

SAYA tidak fikir ada isteri yang sanggup menjadikan dirinya sebagai ‘pelacur kelas pertama’. Sebodoh-bodoh ‘Mak Andeh’ pun tentu dia tidak tergamak menganggap dirinya pelacur kepada ‘Pak Pandir’.


Tetapi, itulah yang disyorkan oleh Dr Rohaya Mohamed. Beliau mahu para isteri sentiasa mentaati suami dan memberi layanan seks seperti pelacur kelas pertama. Ini cara terbaik mengelakkan suami ‘makan luar’.

Read more...

Kelab Taat Suami dilancar di Indonesia

Sebuah kelab baharu di Indonesia yang menggalakkan wanita untuk benar-benar taat kepada suami mereka dan memberi tumpuan terhadap kepuasan seksual telah mendapat bantahan dalam kalangan beberapa aktivis.
Kelab Taat Suami cawangan Indonesia mendakwa mempunyai 300 ahli di beberapa bandar raya di negara ini.
Ia merupakan cawangan Kelab Isteri Taat yang ditubuhan di Malaysia awal bulan ini.

Read more...

Jet hipersonik paling laju


GAMBAR yang tidak bertarikh menunjukkan lakaran artis pesawat hipersonik yang dirancang pembinaan oleh syarikat aeroangkasa, EADS.

LE BOURGET - Syarikat aeroangkasa, EADS yang membina pesawat Airbus semalam mendedahkan rancangan untuk membina pesawat penumpang hipersonik yang mengambil masa cuma dua setengah jam penerbangan dari Paris ke Tokyo.

Read more...

Asyik menari kena serbu


Keseronokan sekumpulan pengunjung sedang menari di sebuah kelab golf dekat sini, terbantut apabila Bahagian Penguatkuasa Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) menyerbu lokasi mereka, malam semalam. 

Serbuan secara mengejut dalam majlis tarian dan pertandingan dat itu turut disertai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) selepas menerima maklumat berhubung kegiatan terbabit. 

Read more...

Inilah Gambar Isteri Hitler Yang Hebohkan Dunia Maya

Adolf Hitler adalah salah satu figure penuh misteri dari abad ke-20. Tak banyak yang diketahui mengenai kehidupannya. Sebab itulah beredarnya foto perempuan yang diduga kekasih Hitler, menghebohkan internet.

Foto Eva Braun, kekasih yang akhirnya menjadi isteri Hitler, baru-baru ini beredar di internet oleh Life Magazine. Gambar perempuan yang kewujudannya dia sembunyikan dari Nazi itu dimiliki oleh seorang kolektor dan kurator, Reinhard Schulz.

Read more...

Alat Pemurtad Ada Di Setiap Rumah

murtad.jpgDikalangan bangsa melayu kita. Bangsa melayu yang pada awal sejarahnya bergelar muslim seawal abad ke 10, hari ini semakin hari peratus yang tinggal Islamnya menjadi semakin berkurangan, bagi yang masih mengaku Islam sekalipun, Islamnya pula hanya tinggal pada nama sahaja. Hanya untuk nikah kahwin, cerai berai dan juga menyambut raya, tak lupa juga apabila ada kematian. Alhamdulillah, dari pembacaan dan penelitian banyak buku ilmiah barat, sedikit sebanyak saya telah dapat membuat rumusan mengapa bangsa Melayu kita yang dahulunya megah dengan Islamnya, kini semakin hari semakin nipis imannya malah hingga ketahap murtad. Amatlah tidak menghairankan sebenarnya kerana sebab utamanya kejadian ini berlaku adalah kerana alat atau mekanisme pemurtad itu sendiri ada disetiap rumah, dan apakah alat permurtad yang saya maksudkan itu? 

Read more...

Bila Tenggelam Dengan Cinta Tuhan, Kesakitan Dunia Hilang

Semasa berperang dengan orang kafir musyrik, Sayidina Ali r.a. terkena panah di belakangnya. Ada sesetengah riwayat menyatakan di betisnya. Sahabat-Sahabat telah mencabut anak panah tersebut sewaktu Sayidina Ali sedang sembahyang kerana Sahabat-Sahabat sedar di waktu itu saja tidak menyakiti Sayidina Ali disebabkan dia tenggelam dalam lazatnya sembahyang. Kelazatan itu telah dapat mengalahkan kesakitan apabila panah itu dicabut.

Read more...

Ibrah dari bola sepak

(Dipetik dan diubah suai daripada sumber:Tazkirah Remaja/Harian Metro 16 Jun 2011)

Sebut sahaja tentang bola sepak, pasti peminat fanatik sukan ini akan cuba menyenaraikan beberapa pasukan pilihan hati. Tidak kiralah baik pasukan tempatan, mahupun pasukan yang sudah gah di mata dunia. Namun, jika hanya ditonton tanpa mengambil sebarang pengajaran, sukan bola sepak ini tidak akan memberikan apa-apa makna. Siapa kata kita sebagai peminat sukan nombor satu dunia tidak boleh mencari ibrah atau pengajaran setiap kali permainan bermula?

Read more...
©2009 .:: Makalah Ilmu ::.. Hakcipta Ada Yang Terpelihara.
Diterbitkan Oleh : Amirul Amin. | Pengurusan Oleh : Malaysia Terjah. | Pautan Luaran Oleh : Afiqah Network Link.
PENAFIAN : Ini adalah laman Web ATAU Blog sokongan untuk tujuan PROMOSI ATAU SUMBANGAN sahaja.
Tiada kaitan dengan : Laman Web ATAU Blog Syarikat ATAU Agensi ATAU Individu ATAU Organisasi yang disertai.
Tiada mana-mana bahagian portal ini boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diuruskan
bagi tujuan komersil dalam apa bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada
Malaysia Terjah.