Followers

Fakta Mengenai Friday The 13!

Friday, July 15, 2011

Friday the 13 ialah hari yang dianggap sial oleh orang barat. Kenapakah ianya sial? Pertama sekali mari kita lihat dari sudut numerologi.




Dalam budaya barat nombor 12 dianggap sebagai nombor yang sempurna. 12 jam siang dan malam, 12 tribes of Israel dan 12 tuhan-tuhan Greek. Nombor 13 pula dilihat sebagai sial kerana ianya tidak sempurna dan ianya sebuah nombor ganjil


Pengkaji sejarah juga nombor 13 dikaitkan dengan sial kerana ketika Jesus sedang makan malam terakhir (the last supper) terdapat 13 orang duduk semeja sekali dan Jesus kemudiannya mati disalib

Jumaat pula dianggap sial kerana ianya hari kematian Jesus diatas salib. Remember good friday a while back. Yep... now you know. Jadi bila ada kombinasi nombor dan hari yang sial, mitos kesialan Friday the 13 pun bermula.




Satu lagi teori ialah berkaitan dengan Dewi Frigga dari mitos Norse. Nama FRIDAY itu sendiri diambil bersempena Dewi Friga. Menurut cerita selepas kemasukan orang-orang Norse dan Germanic mula menganut Kristian, Frigga dihalau keluar dan terpaksa tinggal di kawasan pergunungan. Setiap hari jumaat Friga akan merancang melakukan kejahatan keatas manusia kerana tidak lagi menyembahnya. On a side note watak Dewi Frigga ada didalam filem Thor. Ianya dilakonkan oleh Rene Russo. Yang jadi mak Thor dan Loki ialah Frigga.




Dalam setahun terdapat sekurang-kurangnya satu Friday the 13. Sebagai contoh hari ini ialahSATU-SATUNYA Friday the 13 untuk tahun 2011. Jumlah maksimum FT13 boleh berlaku setahun ialah 3 kali sahaja. Kali terkahir ini berlaku ialah tahun 2009. Tahun depan ianya akan berlaku lagi dimana ianya akan jatuh pada bulan JANUARI. APRIL dan JULAI.

Bagaimana ingin tahu FT13 ada pada bulan itu? Mudah. Jika hari pertama bulan itu jatuh pada hari Ahad maka FT13 pasti ada didalam bulan itu! Badabing!

Ketakutan terhadap FT13 dipanggail Friggatriskaidekaphobia. Di Amerika Syarikat dianggarkan diantara 17-21 juta orang mempunyai phobia aneh ini. Ia juga menyebabkan kerugian sebanyak lebih USD 700 juta setahun terhadap ekonomi Amerika kerana mereka yang mempunyai Friggatriskaidekaphobia enggan pergi ke tempat kerja dan mengambil cuti emergency. LOL!

0 comments:

©2009 .:: Makalah Ilmu ::.. Hakcipta Ada Yang Terpelihara.
Diterbitkan Oleh : Amirul Amin. | Pengurusan Oleh : Malaysia Terjah. | Pautan Luaran Oleh : Afiqah Network Link.
PENAFIAN : Ini adalah laman Web ATAU Blog sokongan untuk tujuan PROMOSI ATAU SUMBANGAN sahaja.
Tiada kaitan dengan : Laman Web ATAU Blog Syarikat ATAU Agensi ATAU Individu ATAU Organisasi yang disertai.
Tiada mana-mana bahagian portal ini boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diuruskan
bagi tujuan komersil dalam apa bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada
Malaysia Terjah.