Followers

Premis Maksiat Wajib Ditutup Terus, Bukan Hanya di Bulan Ramadhan

Wednesday, July 20, 2011

PAS akan mendapatkan penjelasan dari kerajaan negeri Kedah esok, berhubung keputusan melarang pusat-pusat hiburan beroperasi semasa Ramadhan sebelum memberi sebarang reaksi berhubung perkara itu.


Ketika dihubungi Harakahdaily, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata wakil kepada menteri besar Kedah akan memberi penjelasan berhubung perkara itu kepada jawatankuasa pusat pada mesyuarat esok. "Ya, esok kita akan mendapatkan penjelasan daripada Kedah. Menteri besar (Datuk Seri Azizan Abdul Razak) tidak dapat hadir, tetapi wakil beliau akan hadir," katanya. Rabu lalu, kerajaan negeri mengumumkan keputusannya menguatkuasakan larangan kepada pusat-pusat hiburan termasuk pusat karaoke dan disko beroperasi sepanjang Ramadan mengikut Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997.



Keputusan itu turut disokong beberapa NGO islam yang melihat tindakan itu wajar demi menjaga kecusian bulan Ramadhan. Bagaimanapun, ia juga mendapat bantahan pelbagai pihak terutama parti politik seperti MCA dan Gerakan. Malah, rakan Pakatan Rakyat, DAP meminta kerajaan Kedah supaya membatalkan pelaksanaan larangan ke atas 13 jenis hiburan semasa bulan Ramadan. Dalam satu kenyataan, penasihatnya Lim Kit Siang berkata parti itu akan membangkitkan perkara itu pada mesyuarat pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat minggu hadapan. Pemuda Gerakan Kedah juga mengancam mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan negeri Kedah jika ia gagal menarik balik larangan ke atas pusat-pusat hiburan untuk beroperasi di negeri itu dalam tempoh seminggu.


Sumber : Harakahdaily.net, 17/07/2011

Premis Maksiat Wajib Ditutup Terus, Bukan Hanya di Bulan Ramadhan


Bulan Ramadhan bakal menjelma. Penghulu segala bulan ini selalunya akan dikaitkan dengan bulan memuhasabah diri serta untuk memperbaiki diri. Namun begitu, ramai umat Islam mempunyai  pemahaman yang salah terhadap kemuliaan bulan Ramadhan ini. Kita sering mendegar gesaan pelbagai pihak yang kononnya mendesak agar ditutup premis-premis hiburan (baca: maksiat) di sepanjang bulan Ramadhan, demi menjaga “kesucian” bulan ini. Adakah ini bermakna pada bulan-bulan yang lain, premis- premis ini dibenarkan (dihalalkan) untuk terus beroperasi? Apakah “kesucian” Islam itu hanya terletak pada satu bulan dalam setahun sahaja dan selebihnya mereka boleh beroperasi dengan sewenang-wenangnya? Sesungguhnya keharaman maksiat serta tempat-tempat yang menggalakkan sebarang aktiviti-aktiviti maksiat adalah haram untuk dibuka sama sekali, bukan sahaja pada bulan Ramadhan, malah pada bulan-bulan yang lain.  Keharaman ini tidak terbatas kepada premis-premis hiburan sahaja, malah operasi kilang-kilang arak, pusat-pusat judi “halal” (berlesen), urusan bank-bank yang bertunjangkan riba, penerapan undang-undang kufur serta pengkhianatan para pemimpin dalam urusan pemerintahan mereka, kesemuanya wajib ditutup dan dihentikan dengan segera. 


Dari sudut yang lain, lihatlah kesan yang diterima oleh pejuang-pejuang Islam sekiranya mereka mengambil kaum kuffar sebagai teman rapat atau pakatan dalam memerintah berdasarkan sistem demokrasi sekarang. Hatta untuk melaksanakan tuntutan hukum Islam sekalipun, mereka memerlukan restu daripada pakatan politik mereka. Dalam Islam, perlaksanaan syariah secara kaffah adalah satu kewajipan untuk diterapkan oleh negara, tidak kira sama ada ia disukai mahupun dibenci oleh kaum kuffar. Tugas negara adalah untuk melaksanakan segala titah perintah Yang Maha Esa tanpa menyoal mana-mana pihak untuk persetujuan mereka. Malah yang lebih menjelekkan lagi, sekiranya penguasa umat Islam itu masih mempunyai perasaan ragu-ragu dan teragak-agak untuk melaksanakan sesuatu  tuntutan Islam sekiranya ia bertentangan dengan aspirasi kaum kuffar. Walhal Allah telah pun memberitahu  tentang kebencian mereka terhadap Islam :


“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menjadikan teman orang-orang yang di luar kalanganmu (seagama) sebagai teman kepercayaanmu, (kerana) mereka tidak henti-henti menyusahkan kamu. Mereka mengharapkan kehancuranmu. Sesungguhnya telah nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka adalah lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami terangkan kepadamu ayat-ayat (Kami), jika kamu mengerti.” [TMQ Ali-Imran (3):118].


Ingatlah, adakah keredhaan Allah yang kalian cari ataupun restu kaum kuffar yang kalian pertimbangkan?  Fikir-fikirkanlah. 

0 comments:

©2009 .:: Makalah Ilmu ::.. Hakcipta Ada Yang Terpelihara.
Diterbitkan Oleh : Amirul Amin. | Pengurusan Oleh : Malaysia Terjah. | Pautan Luaran Oleh : Afiqah Network Link.
PENAFIAN : Ini adalah laman Web ATAU Blog sokongan untuk tujuan PROMOSI ATAU SUMBANGAN sahaja.
Tiada kaitan dengan : Laman Web ATAU Blog Syarikat ATAU Agensi ATAU Individu ATAU Organisasi yang disertai.
Tiada mana-mana bahagian portal ini boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diuruskan
bagi tujuan komersil dalam apa bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada
Malaysia Terjah.