Projek Nyamuk GM: Persoalan Kemanusiaan (Bahagian 2)
Monday, April 11, 2011
Apabila meneliti semula Projek Nyamuk GM ini, maka didapati beberapa isu boleh dipertikaikan terhadap tindakan-tindakan IMR. Antaranya ialah;Pertikaian 1 : Lokasi Ujian- Mengapa IMR menggunakan manusia sebenar dalam proses melaksanakan ujikaji yang belum diketahui keberhasilannya malah kabur dari segi kesan-kesan mutasi genetik bagi generasi nyamuk akan datang.Tujuan murni mengurangkan kesan denggi amat dialu-alukan tetapi menggunakan populasi pendudukan sihat sebagai bahan ujian seolah-olah menjadikan mereka tikus eksperimen.
- Mengapa eksperimen ini tidak dilakukan di Bangsar atau Petaling Jaya? Kerana disitulah kerja-kerja penyemburan nyamuk paling kerap dilakukan setiap bulan. Atau mengapa tidak di Putrajaya?
- Adakah IMR mempunyai ‘Green House’ yang khusus untuk menjalankan ujikaji ini di Malaysia seperti yang dilakukan oleh kerajaan Australia.
Ujian lapangan yang dilakukan di Australi adalah terbaik kerana dilakukan di dalam Green House yang besar dan mempunyai beberapa individu sukarela yang bersedia digigit oleh nyamuk ujian. Projek tersebut di ketuai oleh Prof. Scott O’Neil dari Universiti Quensland.Pertikaian 2 : Jangka Hayat Nyamuk GM- Di dalam 2000-3000 nyamuk GM yang dihasilkan itu, adakah IMR memeriksa seekor demi seekor kualiti jangka hayat umur mereka? Bagaimana jika 5 ekor dari 3000 ekor itu hidup lama?
- Bagaimana IMR boleh mengesahkan bahawa 3000 ekor yang dilepaskan itu telah mati kesemuanya?
- Bolehkah IMR mengesan semula 3000 ekor yang dikatakan ‘bakal mati’ itu.
Ricarda Steinbrecher, Pengerusi EcoNexus yang juga adhoc bagi Cartagena Biosafety Protocol (AHTEG) menegaskan seperti berikut.“With GM insects — and in particular GM mosquitoes — we are faced with a number of problems that we have very little or no experience or knowledge of how to assess or deal with.”
“We don’t even know, or have sufficient scientific data on, what the potential harm or negative impacts might be.”
Menurut Steinbrecher lagi, para penyelidik harus ingat bahawa nyamuk tidak akan bergerak setempat, mereka mampu berpindah dari satu habitat ke habitat lain secara rawak.Pertikaian 3 : Hebahan Maklumbalas Masyarakat- Proses hebahan dari Biosafety sangat mencurigakan. Sepatutnya perkara besar sebegini yang melibatkan populasi masyarakat perlu diwar-warkan dalam akhbar-akhbar utama atau setidak-tidaknya dihebahkan melalui risalah di kawasan Bentong dan Alor Gajah.
- Jangka masa tarikh tutup yang singkat iaitu 4 September 2010 adalah sangat mustahil bagi para pemerhati dan pembaca membuat sedikit kajian lapangan dalam menilai cadangan IMR.
“With GM insects — and in particular GM mosquitoes — we are faced with a number of problems that we have very little or no experience or knowledge of how to assess or deal with.”
“We don’t even know, or have sufficient scientific data on, what the potential harm or negative impacts might be.”
0 comments:
Post a Comment