Palestin Mula Diserang
Monday, April 11, 2011
Dalam kesibukan pihak Hamas dan Israel cuba mewujudkan usaha mengembalikan semula perbincangan perjanjian damai, Palestin telah diserang dengan dua roket jet pejuang Israel pagi ini.
Serangan itu dilihat cuba dihalakan kepada terowong penyeludupan barang yang dibina oleh Hamas yang berada di antara sempadan Mesir dan Palestin. Serangan yang dilakukan juga tidak mendatangkan sebarang kemalangan jiwa di kawasan tersebut.
Menurut juru cakap Israel Defense Force (IDF), mereka tidak akan bertoleransi dengan sebarang serangan balas yang diterima dari pihak Palestin. Israel juga mendakwa bahawa serangan dilakukan kerana mengambil kira serangan roket al-Qassam buatan Hamas yang dilakukan pada 8 May (Sabtu) lepas.
Terdapat beberapa kecurigaan tentang serangan balas Israel ini, sama ada untuk mempercayai ia benar-benar serangan balas atau serangan yang sengaja dirancang untuk mencetuskan kemarahan Hamas. Antara perkara yang menjadi persoalan ialah;
- Israel mendakwa pada 8 Mei roket Hamas telah dilancarkan di Askelon tetapi Israel tidak menyerang balas secara drastik dan hanya menunggu 10 Mei untuk mengambil tindakan.
- Serangan roket jet pejuang Israel pada hari ini hanyalah selepas beberapa jam Perdana Menteri Israel dan Pemimpin Palestin bersetuju sebulat suara membuka semula usaha rundingan damai.
- Pihak Hamas pula mengeluarkan kenyataan menafikan serangan pada 8 Mei ke atas Ashkelon adalah angkara mereka.
- Media-media Israel sendiri melaporkan bahawa serangan ke atas Ashkelon tidak dapat dikenal pasti dari mana arahnya dan siapa yang benar-benar melancarkannya.
0 comments:
Post a Comment