Followers

Hikmah khatan @ Bersunat

Monday, April 11, 2011

KHATAN semakin menjadi amalan bagi masyarakat berbilang bangsa.Malah, pada kini dianggarkan sepertiga lelaki di seluruh duniaberkhatan sama ada disebabkan anjuran agama seperti Islam dan Yahudi,mahupun kerana faktor kesihatan.


Dalam Islam, khatan atau khitanadalah perkara khilafiyah dibincangkan dalam semua mazhab, namunmenurut pendapat sahih dalam Mazhab Syafie, ia wajib ke atas lelaki danperempuan. Demikian juga pendapat kebanyakan ulama silam.



Imam Ahmad bin Hambal mengatakan wajib manakala Imam Malik danImam Abu Hanifah berpendapat khatan itu hukumnya sunat bagi lelaki danperempuan.


Tetapi ada pula pendapat dalam Mazhab Abu Hanifah mengatakan wajib bagi lelaki dan sunat bagi perempuan.


Antaradalil yang dijadikan hujah dalam melaksanakan khatan ialah firman Allahyang bermaksud: "Ikutilah wahai Muhammad susunan agama Ibrahim."


Hadisdiriwayatkan Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "NabiIbrahim berkhatan ketika berusia 80 tahun di suatu tempat bernama'al-Qudum' (di Syam). (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim).


DiriwayatkanImam Ahmad daripada Syaddad bin Aus dengan terputus sanadnya dan jugaoleh Imam Baihaqi daripada Saidina Ali, beliau berkata berkhatan itusunat bagi lelaki dan suatu perkara yang terpuji bagi perempuan.


Selainitu Imam Abu Daud, Ibnu Sandah dan Ibnu 'Asakir meriwayatkan suatuhadis daripada ad-Dahak bin Tias, katanya di kota Madinah ada seorangwanita bernama Ummu 'Atiyyah kerjanya mengkhatankan anak gadis.


Rasulullahs.a.w berkata kepada wanita itu: "Apabila engkau mengkhatankan anakperempuan jangan engkau potong terlampau banyak kerana potongan itujika disederhanakan akan menambahkan seri muka dan menyebabkan suamilebih gembira."


Dalam amalan perubatan di Malaysia, khatanbagi perempuan hanya melukakan kulit atas faraj yang berbentuk segitiga. Bahagian itu adalah kulit lebihan di sebelah atas dan tidaksampai ke pangkalnya.


Bagi lelaki, ada dua kaedah iaitutradisional dan moden. Kaedah tradisional ialah memotong bahagian kulitberlebihan pada zakar menggunakan pisau. Zakar terlebih dulu dibiuspada bahagian atas, tepi dan hujung supaya kebas, kemudian dipotong,dilipat dan dijahit dengan benang larut sendiri.


Bagaimanapun,kaedah moden lebih mudah kerana hanya menggunakan plastik yang sudahberbentuk bulat untuk diletakkan pada bahagian hujung kulit zakar. Iabertujuan menghentikan perjalanan darah dalam tempoh seminggu dansecara tidak langsung akan gugur dengan sendiri.


Selain mengikut sunnah generasi terdahulu, khatan mempunyai banyak kelebihan, terutama dari sudut kesihatan.


Bagiperempuan, khatan dapat menundukkan naluri nafsu yang membuak-buak,walaupun sesetengah pihak menentang amalan itu kononnya menghilangkankenikmatan ketika bersama pasangan.


Khatan kepada lelakimempunyai banyak kebaikan dari sudut kesihatan, terutama menghindarkandiri daripada terkena virus berbahaya seperti HIV.


Hasil kajianpakar Eropah dan Afrika di empat bandar Afrika mendapati berkhatanmenghindarkan tiga kali ganda daripada dijangkiti virus HIV.


"Kamimempunyai bukti berkhatan boleh mencegah risiko dijangkiti HIV dikalangan lelaki yang sememangnya berita baik berikutan beberapa laporanmengecewakan sebelum ini," demikian menurut rencana ditulisMarie-Louise Newell dan Till Barnighausen daripada UniversitiKwaZulu-Natal di South Africa dan Fakulti Kesihatan Awam, UniversitiHarvard.


Di wilayah Kwazulu-Natal yang kes HIV sangat tinggi, penyelidik mendapati kadar penduduk berkhatan amat  rendah.


Sebanyak 35,000 jangkitan baru mungkin dapat dicegah pada 2007 jika 2.5 juta lelaki di sana berkhatan.


PenyelidikAmerika Syarikat, Richard Bailey, ketika berucap di persidanganmengenai Aids di Sydney, sebelum ini, menggesa pihak berkuasa setiapnegara mempromosi amalan berkhatan kerana bukti saintifik menunjukkania boleh mengurangkan jangkitan HIV sebanyak 60 peratus.


Menurutnya,tiga kajian yang dijalankan di Afrika mengesahkan kepercayaan sedia adamengenai keberkesanan khatan dalam mengurangkan jangkitan virus itu.


"Sudahtiba masanya untuk bertindak. Melengahkan amalan berkhatan bolehmendatangkan lebih banyak keburukan," kata pensyarah UniversitiIllinois itu.


Amalan berkhatan juga dapat mencegah lelakidaripada menghidap barah zakar. Media melaporkan, satu kajian mendapati87 daripada 89 kes barah zakar adalah di kalangan lelaki yang tidakberkhatan.


Di samping itu, ada beberapa faedah lain sepertimemberikan ruang kepada zakar memanjang dan mengembang selepas kulupatau kulit penghujung zakar dipotong, malah memberikan daya ereksilebih normal serta peningkatan daya kawalan daripada cepat ejakulasi.

0 comments:

©2009 .:: Makalah Ilmu ::.. Hakcipta Ada Yang Terpelihara.
Diterbitkan Oleh : Amirul Amin. | Pengurusan Oleh : Malaysia Terjah. | Pautan Luaran Oleh : Afiqah Network Link.
PENAFIAN : Ini adalah laman Web ATAU Blog sokongan untuk tujuan PROMOSI ATAU SUMBANGAN sahaja.
Tiada kaitan dengan : Laman Web ATAU Blog Syarikat ATAU Agensi ATAU Individu ATAU Organisasi yang disertai.
Tiada mana-mana bahagian portal ini boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diuruskan
bagi tujuan komersil dalam apa bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada
Malaysia Terjah.