Followers

Bank Rothschild Bertapak di Malaysia

Monday, April 11, 2011

goldman_sachs
Setelah sekian lama membiarkan Malaysia dikuasai penjajah-penjajah Freemason UK, kini pada tahun 2010 barulah bapa segala konspirasi Yahudi antarabangsa, House of Rotshchild membuka pejabatnya di Kuala Lumpur.
Ketibaan raksasa konspirasi di Malaysia ini adalah kesinambungan dari pengumuman Perdana Menteri Malaysia yang memberi kebenaran kepada agenRothschild iaitu Goldman Sachs Bank untuk membuka pejabatnya di Kuala Lumpur buat pertama kali.

Di dalam laporan yang dikeluarkan oleh FinanceAsia, ia menyebut Datuk Seri Najib tun Razak telah mengeluarkan lesen kepada bank Yahudi ini pada 8 Disember 2009 sebagai isyarat membenarkan pembukaan cawangannya di Malaysia.
Walaupun di dalam laporan tersebut menyebut bahawa Goldman Sachs hanya dibenarkan menguruskan institusi kewangan (yang berkaitan Malaysia) di luar negara tetapi pembukaan pejabatnya di sini sudah memberi spekulasi ekonomi yang kritikal dikalangan para pelabur tempatan.
Penjenayah Ekonomi Antarabangsa
Goldman Sachs adalah individu yang disyaki menaja perang Israel-Palestin pada 2008 lalu (kami namakan ia Perang Konspirasi Dajjal). Kesemua konspirasi-konspirasi teoris barat seperti Texe Marrs, Alex Jones, David Icke, Jeff Rinse dan lain-lain bersetuju sebulat suara bahawa perang tersebut didalangi oleh keluarga Rothschild melalui agennya Goldman Sachs Group.
Kini bank penjenayah utama antarabangsa dibawa masuk dengan mudahnya oleh kerajaan Malaysia melalui lesen yang dikeluarkan oleh Malaysia Security Commission (MSC).
Apa yang lebih menyakitkan ialah apabila Lye Thim Loong dari Avenue Investment Bhd. Mengatakan,
“It’s good for Malaysia, Goldman is a good premier name, so it will add some spice to the market.”
Goldman Sachs adalah Pembuat Keputusan Ekonomi Amerika
Apakah kerajaan Malaysia tidak sedar bahawa kejatuhan ekonomi Amerika pada September 2008 yang bermula dengan Lehman Brothers adalah perancangan Goldman Sachs di Amerika?
Apakah profesor-profesor ekonomi di IPT-IPT di Malaysia tidak meneliti laporan-laporan audit dan kenyataan-kenyataan billionaire-billionaire Yahudi dalam Bloomberg, CNN, CBS dan forum-forum ekonomi antarabangsa?
Apakah penganalisis-penganalisis yang dijemput berceramah dalam forum-forum ekonomi dalam televisyen tidak sedar bahawa Timothy Geithner (bekas Pengerusi Federal Reserve Bank) adalah orang suruhan Goldman Sachs?
Adakah mereka-mereka di atas tidak sedar bahawa bank paling kaya di dunia adalah Goldman Sachs bukannya bank-bank di China, Jepun dan Eropah seperti yang diwar-warkan oleh Majalah Forbes?
Adakah mereka-mereka di atas juga tidak sedar bahawa maksud ‘kekayaan’ yang sebenar bukannya dinilai pada carta top ten keluaran majalah Forbes tetapi ia bermaksud ‘Siapa Paling Berkuasa”?
obama_group
(Dari kiri) Lloyd C. Blankfein (Goldman Sachs), Kenneth Chenault (American Express Group), Kenneth Lewis (Bank of America) dan Ed Yingling (Presiden Persatuan Bank-Bank Amerika).
Keempat-empat orang di atas adalah individu yang bertanggungjawab melobi kemenangan Barrack Obama sehingga menjadi presiden dan akhirnya Obama akan mengikut plan ekonomi yang diputuskan oleh empat Yahudi ini dalam waktu-waktu yang dirancang.
Penganalisis Ekonomi di IPT Perlu Aktif
Sepatutunya tugas menghujahkan isu ekonomi seperti ini perlu dipertanggungjawabkan kepada para pensyarah dan profesor-profesor ekonomi melalui blog-blog peribadi mereka. Mereka tidak boleh hanya menyebarkan nota-nota kuliah sahaja tanpa mempamerkan kehebatan sebenar dalam bidang mereka.
Para pensyarah-pensyarah sepatutnya lebih pro aktif di dalam bilik kuliah bagi menyebarkan permasalahan-permasalahan ekonomi di Malaysia dan antarabangsa. Penyebaran dan perbincangan isu-isu itu boleh menimbulkan mahasiswa yang berfikiran kritis dan analitik.
Isu kemasukan Goldman Sachs di Malaysia bermula awal tahun 2010 ini perlu dihebah dan dibahaskan di kelas masing-masing secara drastik. Mahasiswa-mahasiswa ekonomi perlu didedahkan ilmu cara membezakan pelabur ekonomi dan penjenayah ekonomi.
Kemasukan Goldman Sachs ke Malaysia juga sangat mengecewakan pelabur-pelabur tempatan kerana di dalam dunia saham dan ekonomi, Goldman Sachs dianggap sebagai Gengster Ekonomi yang boleh mengugut sesiapa sahaja bagi mengikut dasarnya hatta kerajaan sekali pun.
Kehadiran Goldman Sachs ke Malaysia dalam suasana ekonomi dunia yang tidak memberangsangkan kemungkinan berkaitan dengan keputusan agen-agen Yahudi Zionis yang terlibat dalam mesyuarat Bilderberg 2009 lepas.
Walaupun sebenarnya Goldman Sachs sudah menguasai saham-saham beberapa syarikat besar di Malaysia beberapa tahun dahulu namun pembukaan pejabat rasmi di Kuala Lumpur adalah titik tolak kepada permulaan empayar konspirasi yang sebenar.
Kesimpulan
Harus diketahui bahawa keluarga Rothschild sekarang tidak lagi menggunakan istilah ‘Rothschild’ dalam pembinaan penguasaan empayar ekonominya di peringkat dunia. Nama itu sudah menjadi klasik dan sejarah keluarganya dan ia sudah dikecam diperingkat antarabangsa melalui pendedahan pelbagai kes-kes konspirasi.
Kini keluarga Rothschild menjalankan aktiviti konspirasinya melalui bank-bank pelaburan yang mempunyai sejarah tersendiri yang walaupun pada dasarnya tidak kelihatan berkaitan dengan Rothschild tetapi hakikat yang sebenarnya ialah ia dikuasai sepenuhnya oleh keluarga Rothschild dalam kaedah yang sangat licik dan sistematik.
Cawangan pejabat organisasi Rothschild di Malaysia sudah lama di daftarkan di alamat berikut;
Tingkat 29, Menara UBN, Jalan P.Ramlee, 50250 Kuala Lumpur. (No. Tel: 03-2687 0966)
Tetapi apabila Goldman Sachs (cawangan Bank Rothschild) membuka pejabat barunya di Kuala Lumpur kelak, tidak dapat dipastikan adakah mereka akan menggunakan alamat yang sama seperti di atas atau sebaliknya. Kemungkinan juga Goldman akan menggunakan cara APCO Worldwide memasuki Malaysia iaitu dengan cara menggunakan alamat pejabat Mind Team Sdn Bhd di Midvalley, Kuala Lumpur serta beroperasi di pejabat yang sama.

0 comments:

©2009 .:: Makalah Ilmu ::.. Hakcipta Ada Yang Terpelihara.
Diterbitkan Oleh : Amirul Amin. | Pengurusan Oleh : Malaysia Terjah. | Pautan Luaran Oleh : Afiqah Network Link.
PENAFIAN : Ini adalah laman Web ATAU Blog sokongan untuk tujuan PROMOSI ATAU SUMBANGAN sahaja.
Tiada kaitan dengan : Laman Web ATAU Blog Syarikat ATAU Agensi ATAU Individu ATAU Organisasi yang disertai.
Tiada mana-mana bahagian portal ini boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diuruskan
bagi tujuan komersil dalam apa bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada
Malaysia Terjah.