Followers

Hukum Pengguguran Kandungan Menurut Islam

Tuesday, July 12, 2011

Pertamanya mesti difahami bahawa pengguguran kandungan bukanlah semata-mata merupakan masalah perubatan atau kesihatan masyarakat, melainkan ianya juga adalah masalah kemasyarakatan yang berhubungkait dengan fahaman kebebasan (freedom/liberalisme) yang dianuti oleh sesebuah masyarakat.




Fahaman asing ini tidak diragui lagi telah menjadi pintu masuk bagi berleluasanya amalan pengguguran kandungan, dalam mana-mana masyarakat sekalipun. Perangkaan rasmi telah membuktikannya. Di luar negara, khasnya di Amerika Syarikat, dua pertubuhan utama, iaitu Federal Centers for Disease Control (FCDC) dan Alan Guttmacher Institute (AGI), telah mengumpulkan data pengguguran kandungan yang menunjukkan bahawa jumlah nyawa yang melayang dalam kes pengguguran kandungan di Amerika — iaitu hampir 2 juta — lebih banyak dari jumlah mangsa perang mana pun dalam sejarah negara itu. Sebagai gambaran, jumlah mangsa perang tentera AS dalam tiap-tiap peperangan adalah: Perang Vietnam 58 151orang, Perang Korea 54.246 orang, Perang Dunia II 407 316 orang, Perang Dunia I 116 708 orang, Civil War (Perang Sipil) 498 332 orang.


Secara keseluruhan, dalam sejarah dunia, jumlah kematian karena pengguguran kandungan jauh melebihi jumlah mangsa seluruh peperangan jika digabungkan keseluruhannya (www.genetik2000.com).
Data tersebut ternyata selari dengan perangkaan yang menunjukkan bahawa majoriti rakyat Amerika (62 %) berpendirian bahawa hubungan seksual dengan pasangan luar nikah lain, adalah boleh dilakukan.  Mereka beralasan ianya biasa diamalkan dan semua orang mesti melakukannya (James Patterson dan Peter Kim, 1991, The Day America Told The Thruth dalam Dr. Muhammad Bin Saud Al Basyr, Amerika di Ambang Keruntuhan, 1995, hal. 19).


Bahkan, kes kehamilan tidak dirancang ini di seluruh dunia mencecah 80 juta setahun dengan anggaran 58 peratus membabitkan pengguguran janin.  Data terkini juga menunjukkan kadar pengguguran paling tinggi di seluruh dunia membabitkan mereka yang berusia antara 20 hingga 24 tahun.


Oleh itu dapat disimpulkan bahawa pengguguran kandungan sememangnya adalah masalah sosial yang terkait dengan fahaman kebebasan (freedom/liberalisme) yang lahir dari fahaman sekularisme, iaitu pemisahan agama dari kehidupan (Abdul Qadim Zallum, 1998).


Walau bagaimanapun, hukum pengguguran kandungan itu sendiri memang wajib difahami dengan baik oleh kaum muslimin, sama ada dari kalangan pengamal perubatan mahupun masyarakat amnya.  Sebab bagi seorang muslim, syariat Islam merupakan kayu ukur bagi seluruh perbuatannya.  Selain itu mengikatkan diri dengan syariat Islam adalah kewajiban bagi seorang muslim sebagai bukti keimanannya terhadap Islam. Allah SWT berfirman:
“Maka demi Tuhanmu, mereka pada hakikatnya tidak beriman sehingga mereka menjadikan kamu (Muhammad) sebagai pemutus perkara yang mereka perselisihkan di antara mereka.” [Qs. an-Nisaa` (4): 65].
“Dan tidak patut bagi seorang mu`min laki-laki dan mu`min perempuan, jika Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, kemudian mereka mencari pilihan (yang lain) dalam urusan mereka.” [TQS. al-Ahzab (33): 36].


Sekilas Fakta Pengguguran Kandungan
Pengguguran di definisikan sebagai pembuangan embrio atau janin dari rahim disebabkan oleh kematiannya atau menyebabkan kematiannya. (www.infosihat.gov.my)


Pengguguran kandungan secara umum adalah berakhirnya suatu kehamilan (oleh sebab-sebab tertentu) sebelum bayi tersebut mampu hidup di luar kandungan. (JNPK-KR, 1999) (www.jender.or.id)


Ensiklopedia Bahasa Malaysia mengatakan pengguguran merupakan penyingkiran atau pengeluaran embrio atau fetus dari uterus(rahim) ibu , dan mengakibatkan kematian embrio atau fetus itu.


Dalam dunia perubatan terdapat tiga jenis pengguguran kandungan, iaitu:
1.Pengguguran kandungan spontan/semulajadi atau Abortus Spontaneus


2.Pengguguran kandungan buatan/sengaja atau Abortus Provocatus Criminalis


3.Pengguguran kandungan Therapeutik/ Perubatan atau Abortus Provocatus Therapeuticum


Pengguguran kandungan spontan/ Abortus spontaneous berlangsung tanpa tindakan apapun. Kebanyakannya disebabkan karena kualiti sel telur dan sel sperma yang kurang baik.


Pengguguran kandungan buatan/sengaja/ Abortus Provocatus Criminalis adalah usaha mengakhiri kehamilan sebelum usia kandungan 20 minggu atau berat janin kurang dari 500 gram sebagai suatu akibat tindakan yang disengajakan dan disedari sepenuhnya oleh calon ibu maupun si pembantu pengguguran kandungan (contohnya doktor, bidan atau bomoh).


Pengguguran kandungan therapeutik / Abortus Provocatus Therapeuticum adalah pengguguran kandungan buatan yang dilakukan atas pertimbangan perubatan.  Sebagai contoh, calon ibu yang sedang hamil tetapi mempunyai penyakit tekanan darah tinggi kronik atau penyakit jantung yang ktitikal yang dapat membahayakan kedua-dua ibu mahupun bayi yang dikandungnya.  Tetapi ini semua atas pertimbangan perubatan yang matang dan tidak tergesa-gesa (www.genetik2000.com).


Pelaksanaan pengguguran kandungan adalah seperti berikut.:
Untuk usia kehamilan yang lebih muda, lebih senang dilakukan.  Semakin dewasa bertambah  sukar untuk dilakukan dan risikonya juga bertambah besar bagi si ibu.


Terdapat berbagai cara pengguguran yang dilakukan di klinik-klinik pengguguran kandungan dan pada kebiasaanya bergantung kepada usia dan saiz bayi di dalam kandungan ibu.


1. Pengguguran untuk kehamilan sehingga usia kandungan 12 minggu biasanya dilakukan dengan MR/ Menstrual Regulator iaitu dengan penyedutan (di gambarkan seperti alat penyedut debu yang biasa, tetapi berkekuatan 2 kali ganda).


2. Pada janin yang lebih besar (sehingga usia 16 minggu) dengan cara Dilatasi & Curetage.


3. Janin berusia sehingga 24 minggu, pada peringkat ini janin sudah cukup besar, oleh itu biasanya mesti dibunuh terlebih dahulu dengan memasukkan racun. Misalnya dengan larutan garam yang pekat seperti saline(sejenis air garam).  Dengan jarum khusus, larutan itu disuntik secara terus ke dalam rahim, sehingga menimbulkan kesan keracunan pada bayi, kulitnya terbakar, kemudian ianya mati.


4.Usia kandungan melebihi 28 minggu biasanya dilakukan dengan suntikan prostaglandin (sejenis hormon) sehingga berlaku proses kelahiran buatan dan bayi dipaksa keluar dari rahim ibu.


5. Ada juga yang menggunakan kaedah operasi Caesarian seperti pada kehamilan yang biasa (www.genetik2000.com).


Dengan berbagai alasan seseorang melakukan pengguguran kandungan tetapi alasan yang paling utama adalah alasan-alasan yang tiada kena mengena dengan perubatan.  Di Amerika Syarikat alasan pengguguran kandungan antara lain ialah:


1. Tidak ingin memiliki anak karena khuatir mengganggu kerjaya, persekolahan, atau tanggung jawab yang lain (75%)


2. Tidak memiliki cukup wang untuk merawat anak (66%)


3. Tidak ingin memiliki anak tanpa ayah (50%)


Alasan lain yang sering dikemukakan adalah masih terlalu muda (terutama mereka yang hamil di luar nikah), aib keluarga, ataupun sudah memiliki ramai anak.


Data ini juga disokong oleh kajian Aida Torres dan Jacqueline Sarroch Forrest (1998) yang menyatakan bahawa hanya 1% daripada kes pengguguran kandungan disebabkan perkosaan atau incest (sumbang mahram), 3% kerana membahayakan nyawa bakal ibu, dan 3% kerana janin akan membesar dengan kecacatan yang serius.  Manakala 93% daripada kes pengguguran kandungan adalah disebabkan alasan-alasan yang bersifat mementingkan diri sendiri termasuk khuatir tidak mampu membiayai, takut dipencilkan masyarakat, malu, atau keinginan menjaga imej (www.genetik2000.com).


Pengguguran Kandungan Menurut Hukum Islam
Dr. Abdurrahman Al Baghdadi (1998) dalam bukunya Persamaan hak, Adakah Dalam Islam ms.127-128 menyebutkan bahawa pengguguran kandungan biasanya dilakukan sebelum atau sesudah ruh (nyawa) ditiupkan.  Jika dilakukan setelah ditiupkannya ruh, iaitu setelah 4 (empat) bulan masa kehamilan atau 16 minggu, maka semua ulama ahli fiqih (fuqaha’) sepakat akan keharamannya.  Tetapi para ulama fiqih berbeza pendapat jika pengguguran kandungan dilakukan sebelum ditiupkannya ruh. Sebahagian membolehkannya dan sebahagian lain mengharamkannya.


Yang membolehkan pengguguran kandungan sebelum ditiupkan ruh, di antaranya adalah Muhammad Ramli (w. 1596 M) dalam kitabnya An Nihayah dengan alasan kerana belum wujud makhluk yang bernyawa.  Ada pula yang memandangnya makruh, dengan alasan kerana janin sedang mengalami pertumbuhan.


Yang mengharamkan pengguguran kandungan sebelum peniupan ruh antara lain Ibnu Hajar (w. 1567 M) dalam kitabnya At Tuhfah dan Al Ghazali dalam kitabnya Ihya` Ulumiddin. Bahkan Mahmud Syaltut, bekas Rektor Universiti Al Azhar Mesir berpendapat bahawa sejak bertemunya sperma dengan ovum maka pengguguran kandungan adalah haram, sebab sudahpun ada kehidupan pada kandungan yang sedang mengalami pertumbuhan dan persiapan untuk menjadi makhluk baru yang bernyawa yang bernama manusia yang harus dihormati dan dilindungi kewujudannya.  Semakin kejam dan besar dosanya, jika pengguguran kandungan dilakukan setelah janin bernyawa, dan akan lebih besar lagi dosanya kalau bayi yang baru lahir dari kandungan itu dibuang atau dibunuh. (Masjfuk Zuhdi, 1993, Masail Fiqhiyah Kapita Selekta Hukum Islam, ms. 81; M. Ali Hasan, 1995, Masail Fiqhiyah Al Haditsah Pada Masalah-Masalah Kontemporari Hukum Islam, ms.57; Cholil Uman, 1994, Agama Menjawab Tentang Berbagai Masalah Abad Moden, ms.91-93; Mahjuddin, 1990, Masailul Fiqhiyah Berbagai Kes Yang Dihadapi Hukum Islam Masa Kini, ms.77-79).


Pendapat yang disepakati fuqaha, iaitu bahawa haram hukumnya melakukan pengguguran kandungan setelah ditiupkannya ruh (usia kandungan empat bulan), didasarkan pada hakikat bahawa peniupan ruh berlaku setelah 4 (empat) bulan masa kehamilan.


Abdullah bin Mas’ud berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
“Sesungguhnya setiap kamu terkumpul kejadiannya dalam perut ibumu selama 40 hari dalam bentuk ‘nuthfah’, kemudian dalam bentuk ‘alaqah’ selama itu pula, kemudian dalam bentuk ‘mudghah’ selama itu pula, kemudian ditiupkan ruh kepadanya.” [HR. Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Ahmad, dan Tirmidzi].


Oleh itu, pengguguran kandungan setelah berusia 4 bulan adalah haram, kerana ini bermakna membunuh makhluk yang sudah bernyawa.  Maka ianya juga termasuk di dalam kategori pembunuhan yang diharamkan.


Antara dalilnya adalah seperti berikut.:
Firman Allah SWT:
“Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu karena kemiskinan.  Kami akan memberikan rezeki kepada mereka dan kepadamu.” [TMQ al-An’aam (6): 151].


“Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu karena takut miskin.  Kami akan memberikan rezeki kepada mereka dan kepadamu.” [TMQ al-Isra` (17): 31]


“Dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan (alasan) yang benar (menurut syara’).” [TMQ al-Isra` (17): 33].


“Dan apabila bayi-bayi yang dikubur hidup-hidup itu ditanya karena dosa apakah ia dibunuh.” [TMQ at-Takwiir (81): 8-9].


Berdasarkan dalil-dalil ini maka pengguguran kandungan adalah haram pada kandungan yang bernyawa atau telah berusia 4 bulan dan lebih, sebab dalam keadaan demikian bererti pengguguran kandungan itu adalah suatu tindakan jenayah pembunuhan yang diharamkan Islam.


Adapun pengguguran kandungan sebelum usia kandungan 4 bulan, seperti dihuraikan di atas, para fuqaha berbeza pendapat dalam masalah ini.  Walau bagaimanapun dalam pandangan Syaikh Abdul Qadim Zallum (1998) dan Dr. Abdurrahman Al Baghdadi (1998), hukum syara’ yang lebih rajih (kuat) adalah sebagai berikut.


Jika pengguguran kandungan dilakukan setelah 40 (empat puluh) hari, atau 42 (empat puluh dua) hari dari usia kehamilan dan pada saat permulaan pembentukan janin, maka hukumnya haram. Dalam hal ini hukumnya sama dengan hukum keharaman pengguguran kandungan setelah peniupan ruh ke dalam janin.


Manakala pengguguran kandungan yang usianya belum mencapai 40 hari, maka hukumnya boleh (ja’iz) dan tidak apa-apa. [Abdul Qadim Zallum, 1998, Beberapa Masalah Kontemporari Dalam Pandangan Islam: Kloning, Pemindahan Organ, Pengguguran Kandungan, Bayi TabungUji, Penggunaan Organ Tubuh Buatan, Definisi Hidup dan Mati, ms.45-56; Dr. Abdurrahman Al Baghdadi, 1998, Persamaan hak, Adakah Dalam Islam, ms.129 ].


Dalil syar’i yang menunjukkan bahawa pengguguran kandungan haram bila usia janin 40 hari atau 40 malam adalah hadits Nabi SAW berikut:


“Jika nutfah (gumpalan darah) telah melalui empat puluh dua malam, maka Allah mengutus seorang malaikat padanya, lalu dia membentuk nutfah tersebut; dia membuat pendengarannya, penglihatannya, kulitnya, dagingnya, dan tulang belulangnya.  Lalu malaikat itu bertanya (kepada Allah), ‘Ya Tuhanku, apakah dia (akan Engkau tetapkan) menjadi laki-laki atau perempuan?’ Maka Allah kemudian memberi keputusan…” [HR. Muslim dari Ibnu Mas’ud ra].


Dalam riwayat lain, Rasulullah SAW bersabda:
“(jika nutfah telah melebihi)empat puluh malam…”


Hadits di atas menunjukkan bahawa permulaan penciptaan janin dan penampakan anggota-anggota tubuhnya, adalah setelah melebihi 40 atau 42 malam. Dengan demikian, penderaan terhadapnya adalah suatu penderaan terhadap janin yang sudah mempunyai tanda-tanda sebagai manusia yang terpelihara darahnya (ma’shumud dam). Tindakan penderaan tersebut merupakan pembunuhan terhadapnya.


Berdasarkan penjelasan di atas, maka pihak ibu si janin, bapanya, ataupun doktor, diharamkan menggugurkan kandungan ibu tersebut bila kandungannya telah berumur 40 hari.


Siapa saja dari mereka yang melakukan pengguguran kandungan, bererti telah berbuat dosa dan telah melakukan tindakan jenayah yang mewajibkan pembayaran diyat bagi janin yang gugur, iaitu seorang hamba lelaki atau perempuan, atau sepersepuluh diyat manusia sempurna (10 ekor unta), sebagaimana telah diterangkan dalam hadits sahih dalam masalah tersebut.  Rasulullah SAW bersabda :


“Rasulullah SAW memberi keputusan dalam masalah janin dari seorang perempuan Bani Lihyan yang gugur dalam keadaan mati, dengan satu ghurrah, iaitu seorang hamba lelaki atau perempuan…” [HR. Bukhari dan Muslim, dari Abu Hurairah r.a.] [Abdul Qadim Zallum, 1998)].


Manakala pengguguran kandungan pada janin yang usianya belum mencapai 40 hari, maka hukumnya boleh (ja’iz) dan tidak apa-apa. Ini disebabkan bahawa apa yang ada dalam rahim belum menjadi janin karena dia masih berada dalam tahapan sebagai nutfah (gumpalan darah), belum sampai pada fasa penciptaan yang menunjukkan ciri-ciri minima sebagai manusia.


Di samping itu, pengguguran nutfah sebelum menjadi janin, dari segi hukum dapat disamakan dengan ‘azl (coitus interruptus) yang dimaksudkan untuk mencegah terjadinya kehamilan.  ‘Azl dilakukan oleh seorang laki-laki yang tidak menghendaki kehamilan perempuan yang digaulinya, sebab ‘azl merupakan tindakan mengeluarkan sperma di luar vagina perempuan.  Tindakan ini akan mengakibatkan kematian sel sperma, sebagaimana akan mengakibatkan matinya sel telur, sehingga akan mengakibatkan tiadanya pertemuan sel sperma dengan sel telur yang tentu tidak akan menimbulkan kehamilan.


Rasulullah SAW telah membolehkan ‘azl kepada seorang laki-laki yang bertanya kepada baginda mengenai tindakannya mempergauli hamba perempuannya, sedangkan dia tidak menginginkan hamba perempuannya itu hamil.  Rasulullah SAW bersabda kepadanya:
“Lakukanlah ‘azl padanya jika kamu suka!” [HR. Ahmad, Muslim, dan Abu Dawud].


Walau bagaimanapun, seandainya terdapat kes yang disahkan oleh seseorang doktor yang pakar bahawasanya dengan meneruskan kehamilan mahupun kewujudan janin di dalam perut seseorang ibu itu dikhuatiri akan mengakibatkan kematian ibu dan sekaligus janin yang dikandungnya, maka dalam keadaan seperti ini, pengguguran kandungan sama ada pada tahap usia penciptaan janin, ataupun setelah berlaku peniupan ruh pada janin, adalah dibenarkan menurut syarak sebagai satu usaha untuk menyelamatkan nyawa ibu.  Menyelamatkan kehidupan adalah sesuatu yang diperintahkan oleh Islam, sesuai firman Allah SWT:
“Barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya.” [TMQ al-Maa’idah (5): 32] .


Selain itu pengguguran kandungan dalam kondisi seperti ini dikira sebagai usaha rawatan kerana Rasulullah SAW telah memerintahkan umatnya untuk berubat.  Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla setiap kali menciptakan penyakit, Dia menciptakan pula ubatnya.  Maka berubatlah kalian!” [HR. Ahmad].


Kaedah fiqh dalam masalah ini menyebutkan:
“Idza ta’aradha mafsadatani ru’iya a’zhamuha dhararan birtikabi akhaffihima”


Bermaksud “Jika berkumpul dua mudharat (bahaya) dalam satu hukum, maka dipilih yang lebih ringan mudharatnya.” [Abdul Hamid Hakim, 1927, Mabadi` Awaliyah fi Ushul Al Fiqh wa Al Qawa’id Al Fiqhiyah, ms.35].


Berdasarkan kaedah ini, seorang wanita dibolehkan menggugurkan kandungannya jika kandungan itu akan mengancam hidupnya, meskipun ini bermakna dia mesti membunuh janinnya.  Memang menggugurkan kandungan adalah suatu mafsadat.  Begitu pula hilangnya nyawa sang ibu jika tetap mempertahankan kandungannya juga suatu mafsadat.  Namun adalah jelas bahawa menggugurkan janin didalam kandungan itu lebih ringan mudharatnya daripada menghilangkan nyawa ibunya, atau membiarkan kehidupan ibunya terancam dengan kewujudan janin tersebut. [Dr. Abdurrahman Al Baghdadi, 1998].


Pendapat yang menyatakan bahawa pengguguran kandungan diharamkan sejak pertemuan sel telur dengan sel sperma dengan alasan karena sudah ada kehidupan pada kandungan, adalah pendapat yang tidak rajih (kuat). Ini kerana kehidupan sebenarnya tidak hanya wujud setelah pertemuan sel telur dengan sel sperma, tetapi bahkan dalam sel sperma itu sendiri sudah ada kehidupan, begitu pula dalam sel telur,walaupun sejak kedua sel itu belum bertemu.  Kehidupan (al hayah) menurut Ghanim Abduh dalam kitabnya Naqdh Al Isytirakiyah Al Marksiyah (1963) ms.85 adalah “sesuatu yang ada pada organisma hidup.” (asy syai` al qa`im fi al ka`in al hayyi).  Ciri-ciri adanya kehidupan adalah adanya pembesaran, pergerakan, kepekaan, keperluan terhadap makanan, berkembangbiak, dan sebagainya.  Dengan pengertian kehidupan sebegini, maka dalam sel telur dan sel sperma (yang masih baik, belum rosak) sebenarnya sudah terdapat kehidupan, sebab jika dalam sel sperma dan sel telur tidak ada kehidupan, niscaya tidak akan dapat terjadi pembuahan sel telur oleh sel sperma.  Jadi, kehidupan (al hayah) sebenarnya terdapat dalam sel telur dan sel sperma sebelum terjadinya pembuahan, bukan hanya ada setelah persenyawaan.


Berdasarkan penjelasan ini, maka pendapat yang mengharamkan pengguguran kandungan setelah pertemuan sel telur dan sel sperma dengan alasan sudah adanya kehidupan, adalah pendapat yang lemah, sebab tidak didasarkan pada pemahaman fakta yang tepat akan pengertian kehidupan (al hayah).  Pendapat tersebut secara tak langsung menyatakan bahawa sebelum terjadinya pertemuan sel telur dan sel sperma, tidak ada kehidupan pada sel telur dan sel sperma. Padahal faktanya tidak demikian.  Andaikata pendapat itu diterima, niscaya segala sesuatu aktiviti yang menghilangkan kehidupan adalah haram, termasuk ‘azl. Ini kerana didalam amalan‘azl terdapat upaya untuk mencegah terjadinya kehidupan, iaitu maksudnya kehidupan pada sel sperma dan sel telur (sebelum bertemu).  Padahal ‘azl telah dibolehkan oleh Rasulullah SAW.  Dengan kata lain, pendapat yang menyatakan haramnya pengguguran kandungan setelah pertemuan sel telur dan sel sperma dengan alasan sudah adanya kehidupan, akan bercanggah dengan hadits-hadits yang membolehkan ‘azl.


Kesimpulan
Pengguguran kandungan bukan sekadar masalah perubatan atau kesihatan masyarakat, namun ianya juga adalah masalah masyarakat yang muncul kerana manusia dipengaruhi oleh Tamadun Barat.  Maka pemecahannya mestilah dilakukan secara komprehensif-fundamental-radikal, yang intipatinya adalah dengan mencabut sikap taqlid kepada tamadun Barat dengan menghancurkan segala nilai dan institusi peradaban Barat yang bercanggah dengan Islam, untuk kemudian digantikan dengan tamadun Islam yang manusiawi dan adil.


Hukum pengguguran kandungan dalam pandangan Islam menegaskan keharaman pengguguran kandungan jika umur kehamilannya sudah 4 (empat) bulan, yakni sudah ditiupkan ruh pada janin.


Manakala bagi janin yang berumur di bawah 4 bulan, memang wujud khilafiyah/perbezaan pendapat di kalangan para ulama.  Namun menurut kefahaman kami, pendapat yang rajih (kuat) adalah jika pengguguran kandungan dilakukan setelah 40 (empat puluh) hari, atau 42 (empat puluh dua) hari dari usia kehamilan dan pembentukan janin, maka hukumnya haram.  Manakala pengguguran kandungan yang usianya belum mencapai 40 hari, maka hukumnya boleh (ja’iz) dan tidak apa-apa.

6 comments:

Anonymous January 19, 2013 at 5:35 PM  

A fascinating discussion is worth comment. I do think that you should publish more
on this issue, it may not be a taboo matter but usually folks don't talk about these issues. To the next! Kind regards!!
Here is my blog post - kljb-koeln.de

Anonymous January 19, 2013 at 6:23 PM  

I comment each time I appreciate a article on a website or I have
something to valuable to contribute to the conversation.
Usually it's a result of the passion displayed in the article I looked at. And on this article "Hukum Pengguguran Kandungan Menurut Islam". I was actually excited enough to drop a thought :-P I do have a few questions for you if you tend not to mind. Could it be just me or does it seem like a few of the remarks appear as if they are coming from brain dead individuals? :-P And, if you are posting on other online sites, I'd like to keep up
with everything fresh you have to post. Could you make a list the complete urls of all your social pages like your Facebook page, twitter feed,
or linkedin profile?
My site - www.serviceandrentals.com

Anonymous January 19, 2013 at 7:03 PM  

With havin so much content do you ever run into any problems of plagorism or copyright violation?
My website has a lot of unique content I've either authored myself or outsourced but it seems a lot of it is popping it up all over the internet without my authorization. Do you know any ways to help stop content from being ripped off? I'd truly appreciate it.
Here is my weblog :: Your quick cash loans

Anonymous January 19, 2013 at 9:33 PM  

May I simply just say what a relief to find an individual who actually knows what they're talking about on the internet. You certainly realize how to bring an issue to light and make it important. More people have to look at this and understand this side of your story. I was surprised you're
not more popular given that you definitely have the gift.
My webpage quick cash loans

Anonymous January 19, 2013 at 9:43 PM  

Yes! Finally something about a.
My page: www.sfaudio.net

Anonymous January 19, 2013 at 10:55 PM  

Thanks for the auspicious writeup. It in reality was once
a leisure account it. Glance complex to far introduced agreeable from
you! By the way, how could we keep in touch?
Here is my web blog ; Sams Instant Cash Loan

©2009 .:: Makalah Ilmu ::.. Hakcipta Ada Yang Terpelihara.
Diterbitkan Oleh : Amirul Amin. | Pengurusan Oleh : Malaysia Terjah. | Pautan Luaran Oleh : Afiqah Network Link.
PENAFIAN : Ini adalah laman Web ATAU Blog sokongan untuk tujuan PROMOSI ATAU SUMBANGAN sahaja.
Tiada kaitan dengan : Laman Web ATAU Blog Syarikat ATAU Agensi ATAU Individu ATAU Organisasi yang disertai.
Tiada mana-mana bahagian portal ini boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diuruskan
bagi tujuan komersil dalam apa bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada
Malaysia Terjah.