Struktur Negara Islam / Daulah Khilafah / Daulah Islam
Wednesday, November 3, 2010
Sesungguhnya Daulah Islam bukanlah sebuah mimpi. Bukan pula sebuah khayalan dalam imaginasi. Sebab, ia dahulunya pernah wujud dalam bentuk yang nyata, ia benar-benar wujud dan telah memenuhi relung-relung sejarah selama lebih 13 abad. Maka dari itu, Daulah Islam yang akan kita dirikan ini pun akan wujud secara nyata sebagaimana wujudnya di masa lampau. Bukti-bukti dan unsur-unsur ke arah terwujudnya sebuah Daulah Khilafah kini, ternyata jauh lebih kuat dari suara-suara yang menganggapnya sebagai sebuah mimpi. Waktu ini, umat Islam yang memiliki akal yang jernih sudah mula nampak akan kehadirannya dan mereka semakin merindukan tegaknya sebuah institusi agung pemersatu umat ini.
Sesungguhnya orang-orang yang meniti jalan dakwah untuk mewujudkan Daulah Islam mestilah mempunyai pemikiran dan pengetahuan yang jernih akan segala sistem yang bakal diterapkan di dalam Daulah Islam nanti. Sebagaimana kita meyakini firman Allah bahawa deen Islam ini sempurna, maka kita juga meyakini bahawa sistem pemerintahan Islam juga adalah sempurna. Justeru, kesempurnaan sistem Islam itu bermaksud sistem itu “berdiri sendiri” tanpa memerlukan ‘pelengkap’ dari sistem yang lain. Dengan kata lain, umat Islam tidak memerlukan sistem demokrasi, baik sebagai ‘pelengkap’, ‘penghias’, ‘penumpang’, apatah lagi sebagai ‘asas’ untuk kita melaksanakan sistem pemerintahan Islam.
Sesungguhnya Hizbut Tahrir telah memperjelas dan merincikan segala bentuk sistem pemerintahan Islam di dalam kitab-kitabnya, yang kesemuanya disertakan dengan nas-nas dari Al-Quran dan As-Sunah. Selain itu, sistem-sistem pemerintahan ini juga telah diistinbat berdasarkan ijtihad tiga orang Amir Hizbut Tahrir iaitu Syeikh Taqiyuddin An-Nabhani, Syeikh Abdul Qadim Zallum dan yang terbaru, Syeikh Atha’ Abu Rasytah. Kesemua kitab yang membincangkan tentang sistem-sistem ini merupakan kitab yang mesti dipelajari oleh setiap orang yang ingin bergabung di dalam barisan Hizbut Tahrir.
Atas dasar untuk memudahkan kefahaman umat Islam dan juga sebagai penjernihan pemikiran tentang struktur Daulah Islam, maka Hizbut Tahrir Malaysia mempersembahkan di sini Carta Organisasi sistem-sistem Khilafah untuk tatapan semua. Carta ini adalah diambil atau di ekstrak dari sebahagian kitab-kitab keluaran Hizbut Tahrir seperti Ajhizah Daulah Al-Khilafah Fi Al-Hukm Wa Al-Idarah (Struktur Negara Khilafah Dari Segi Pemerintahan dan Administrasi, Nidzamul Hukmi Fil Islam (Sistem Pemerintahan Di Dalam Islam),Al-Amwal Fi Daulah Al-Khilafah (Harta-Harta Dalam Daulah Khilafah) dan juga kitab Nizamul Iqtisadi Fil Islam(Sistem Ekonomi Dalam Islam) di mana Hizbut Tahrir, berdasarkan nas-nas yang jelas, telah mentabanni(adopt) bahawa terdapat 13 struktur utama di dalam Daulah al-Khilafah.
Insya Allah, kandungan carta organisasi ini akan dimuatkan dengan penjelasan dari teks-teks yang diambil dari kitab-kitab tersebut dan akan dikemaskinikan dalam sedikit masa lagi. Semoga carta ini dapat memberi manfaat kepada seluruh kaum Muslimin yang menginginkan kembalinya Daulah Khilafah yang sama-sama kita perjuangkan ini. ALLAHU AKBAR!
(1) Al-Khalifah
Al-Khalifah
(2) Mu'awwin At-Tafwidh
Mu'awwin At-Tafwidh (Pembantu Pemerintahan)
(3) Mu'awwin At-Tanfiz
Mu'awwin At-Tanfiz (Pembantu Pentadbiran)
(4) Al-Wulat
Al-Wulat (wali-wali)
(5) Amirul Jihad
Amirul Jihad (Ketua Turus Angkatan Tentera)
(6) Da'irah Al-Amni
Da'irah Al-Amni (Jabatan Keamanan Dalam Negeri)
(7) Da'irah Al-Kharajiyah
Da'irah Al-Kharajiyah (Jabatan Luar Negara)
(8) Da'irah As-Sina'ah
Da'irah As-Sina'ah (Jabatan Perindustrian)
(9) Al-Qadha'
Al-Qadha' (Kehakiman)
(10) Al-Jihaz Al-Idariy
Al-Jihaz Al-Idariy (Jentera-jentera Pentadbiran)
(11) Baitul Mal
Baitul Mal
Baitul Mal - Al-Waradat
Baitul Mal - Al-Waradat (Pendapatan)
Baitul Mal - An-Nafaqat
Baitul Mal - An-Nafaqat (Perbelanjaan)
(12) Da'irah Al-I'lamiy
Da'irah Al-I'lamiy (Jabatan Penerangan)
(13) Majlis Al-Ummah
Majlis Al-Ummah (Majlis Umat)

0 comments:
Post a Comment