Followers

Hikmah al-Quran diturunkan secara beransur-ansur

Wednesday, November 3, 2010

•  Lebih mudah difahami dan dilaksanakan. Orang tidak akan melaksanakan suruhan dan larangan sekiranya ia diturunkan sekali gus secara banyak. Hal ini disebutkan oleh Bukhari dan riwayat Aisyah.

•  Antara ayat itu ada yang nasikh dan ada yang mansukh, sesuai dengan permasalahan pada waktu itu. Ini tidak dapat dilakukan sekiranya al-Quran diturunkan sekali gus. (Ini menurut pendapat yang mengatakan adanya nasikh dan mansukh).



•  Turunnya sesuatu ayat sesuai dengan peristiwa yang berlaku akan lebih mengesankan dan berpengaruh di hati.

•  Memudahkan penghafalan.

Orang musyrik bertanya mengapakah al-Quran tidak diturunkan sekali gus seperti disebut dalam al-Quran ayat 32, surah al-Furqan. “Mengapakah al-Quran tidak diturunkan kepadanya sekali gus?”

Dijawab dalam ayat itu sendiri: “Demikianlah, dengan (cara) begitu Kami hendak menetapkan hatimu.”

•  Ada antara ayat itu jawapan daripada pertanyaan atau penolakan suatu pendapat atau perbuatan. Ini sebagaimana dikatakan oleh lbnu ‘Abbas. Hal ini tidak dapat terlaksana kalau al-Quran diturunkan sekali gus.

Ditinjau dari segi masa turunnya, maka al-Quran itu dibahagi kepada dua iaitu ayat Makkiyyah dan Madaniyyah. Ayat yang diturunkan di Makkah atau sebelum Nabi Muhammad hijrah ke Madinah dinamakan ayat Makkiyyah.

Ayat yang diturunkan di Madinah atau selepas Nabi Muhammad hijrah ke Madinah pula dinamakan ayat Madaniyyah.

Ayat Makkiyyah meliputi 19/30 daripada isi al-Quran terdiri atas 86 surah, sedangkan ayat Madaniyyah meliputi 11/30 daripada isi al-Quran terdiri atas 28 surah.

0 comments:

©2009 .:: Makalah Ilmu ::.. Hakcipta Ada Yang Terpelihara.
Diterbitkan Oleh : Amirul Amin. | Pengurusan Oleh : Malaysia Terjah. | Pautan Luaran Oleh : Afiqah Network Link.
PENAFIAN : Ini adalah laman Web ATAU Blog sokongan untuk tujuan PROMOSI ATAU SUMBANGAN sahaja.
Tiada kaitan dengan : Laman Web ATAU Blog Syarikat ATAU Agensi ATAU Individu ATAU Organisasi yang disertai.
Tiada mana-mana bahagian portal ini boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diuruskan
bagi tujuan komersil dalam apa bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada
Malaysia Terjah.