25 Ciri Usahawan Berjaya
Wednesday, November 3, 2010
Jika hendak dinyatakan dalam satu ayat, Usahawan itu mempunyai sifat sentiasa inginkan kecemerlangan dalam usaha perancangannya.itulah sebabnya dikatakan usahawan itu hidup bernafaskan kejayaan.Usahawan sentiasa ingin berjaya dan bersungguh-sungguh berusaha untuk berjaya.Berikut adalah sifat-sifat penting yang perlu diketahui:
1. KEPERLUAN UNTUK KEJAYAAN
Usahawan sentiasa mempunyai keperluan untuk berjaya dengan cemerlang dalam hidup.Dia sedar hidup yang berjaya adalah hidup yang bermakna.
2. HASRAT UNTUK MENERIMA CABARAN
Seseorang usahawan adalah pengejar risiko.Tetapi risiko yang dipilihnya adalah yang sederhana.Dia sukakan cabaran dan kejayaannya mengatasi cabaran akan menimbulkan kepuasan kepadanya.
3. BEBAS DARI SEGI FIKIRAN DAN TINDAKAN
Usahawan tidak menjadikan dirinya terkongkong oleh perkara yang akan membantutkan cita-citanya.Dia merancang dan melakukannya sendiri apa yang sebaik-baiknya patut dilakukan.
4. MENYELESAIKAN MASALAH
Seseorang usahawan akan cuba menyelesaikan masalah dengan cepat dan sebaik mungkin.Dia tidak membiarkan masalah itu menjadi bertimbun-timbun hingga tidak dapat diselesaikan.Dia mengambil masalah dan memecahkannya kepada masalah kecil kemudian menyelesaikannya satu persatu.
5. SERING MENGHARAPKAN MASA DEPAN YANG BAIK
Usahawan sentiasa mempunyai harapan yang positif mengenai masa depannya.Dia sering berfikir bahawa sekiranya dia berusaha bersungguh-sungguh dia akan beroleh kejayaan.
6. MENCARI PERSEKITARAN YANG BAIK
Untuk menjamin bahawa dia tidak terpengaruh oleh gejala negatif, usahawan mencari
persekitaran yang baik yang dapat membantunya menjayakan cita-citanya.
7. KEUPAYAAN MEMPRAKTIKKAN SESUATU
Satu formula terpenting seseorang usahawan ialah buat apa yang dirancang.Dia tidak
hanya mempunyai banyak idea tetapi dia berusaha bersungguh-sungguh untuk
menjadikan ideanya satu kenyataan.
8. TAMPUK KAWALAN
Seorang usahawan adalah seorang ketua yang berwibawa dalam organisasi perniagaannya.Dia sedar mengenai kepentingan pengurusan manusia dan dapat menguruskan perkerjaannya dengan baik.Dia sukai dan dihormati oleh pekerjanya dan mereka bekerja dengan bersemangat dan penuh kesetiaan.Dia berkebolehan untuk mengawal perniagaannya dengan teratur dan memastikannya berjalan lancar dan memperoleh keuntungan.
9. KEPERCAYAAN TIMBAL BALIK DENGAN ORANG LAIN
Asas bagi perniagaan ialah saling percaya mempercayai.Seseorang usahawan perlu percaya kepada kebolehan pekerjanya, percaya kepada pembekalnya serta pembelinya.Tetapi dia harus menangani perkara ini dengan kebijaksanaan.
10. KEYAKINAN TERHADAP KEBOLEHAN DIRINYA SEBAGAI USAHAWAN
Ini adalah sifat yang amat penting.Keyakinan itulah yang menyebabkan seseorang usahawan menjadi berani menempuh risiko dan dugaan.Dengan keyakinan inilah dia mampu bergerak maju wlaupun dengan bantuan yang sedikit atau tiada bantuan.
11. KESEDIAAN MENERIMA TANGGUNGJAWAB
Usahawan itu bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan.Jika dia membuat kesilapan,Jika dia membuat kesilapan, dia akan bertanggungjawab terhadap kesilapannya itu dan menjadikannya pengajaran serta bertekad tidak mahu mengulanginya sekali lagi pada masa akan datang.
12. KEUPAYAAN MENCURI PELUANG
Usahawan pandai mengenal pasti peluang.Dia sentiasa berkesempatan mengaut keuntunngan atau peluang baru bagi memajukan perniagaannya.Keupayaan mengenal pasti peluang, merebut dan melaksanakannya merupakan kualiti penting seorang usahawan berjaya.
13. MEMPUNYAI CITA-CITA LEBIH TINGGI
Kebiasaannya manusia akan berhenti di zon selesa dan tidak lagi memasang cita-cita untuk lebih maju.usahawan berjaya sentiasa menetapkan matlamat yang lebih tinggi apabila cita-citanya selama ini sudah dicapai.
14. KONSEP DIRI YANG POSITIF
Seorang usahawan berfikir secara positif.Dengan cara ini dia berkebolehan melihat sesuatu masalah sebagai peluang, berbeza daripada ramai insan yang menggap peluang sebagai masalah.
15. MAHU BELAJAR DARI KEPUTUSAN
Seseorang usahawan itu sentiasa mahu mengetahui sejauh manakah dia berjaya melaksanakan tugasnya.Dia sentiasa mahu mendapatkan maklum balas mengenai pencapaiannya.Maklum balas ini membolehkannya merangka strategi baru untuk memajukan perniagaan atau membuat keputusan penting.
16. BERPERASAAN TIDAK PUAS HATI
Usahawan berfikir bahawa sebenarnya dia boleh melakukan lebih baik daripada sebelumnya.Dia sentiasa mencari jalan bgi memperbaiki cara menguruskan perniagaan atau produk yng dihasilkan.Dia melakukan semua ini untuk memajukan lagi perniagaannya.
17. BERORIENTASIKAN PERANCANGAN
Usahawan menyusun strateginya dengan rapi sebelum dia memulakan sesuatu projek.Dia perlu mengambil kira kemungkinan yang akan berlaku dan mengambil langkah untuk meminimumkan kemungkinan kagagalan pada perkara yang boleh dikawal oleh dirinya.Dia juga mengenalpasti prkara diluar kawalan yang mungkin berlaku dan membuat persediaan awal mengelakkan sebarang akibat buruk yang akan menempuh dirinya.Paling penting pada seorang usahawan ialah merancang masa kerana inilah kunci segala perancangan.
18. MENYEDARI KEPERLUAN MENGGUNAKAN AGENSI DAN MAKLUMAT
Usahawan memerlukan seberapa banyak maklumat yang terkini dan berguna untuk membolehkan dia merancang dan membuat keputusan dalam perniagaannya.Oleh itu, seorang usahawan sentiasa mencari maklumat terbaru dan menggunakan khidmat agensi sebaik mungkin.
19. MENETAPKAN MAKLUMAT
Usahawan fokus kepada pencapaian matlamatnya.Ia jelas dan mempunyai nilai dalam hidup.Dia akan melakukan pelbagai usaha yang dirancang rapi untuk matlamatnya itu.Dengan fokus inilah usahawan dapat melakukan sesuatu dengan cara atau usaha yang tidak mampu dilakukan orang lain.Apabila telah mencapai matlamat, dia akan menetapkan matlamat yang lebih cemerlang lagi.Dia sentiasa bergerak menuju kejayaan
20. UBAHSUAI PENTADBIRAN
Seseorang uahawan mampu mengubahsuai pentadbiran untuk memajukan syarikatnya.Dia akan menggunakan kakitangan dan mengagihkan kerja berdasarkan minat serta kebolehan kakitangan.
21. KEMAHIRAN PENGURUSAN
Pengurusan perniagaan yang efisyen dan efektif adalah perlu bagi menjamin kemajuan sesebuah perniagaan.Seseorang usahawan perlu mahir dalam merancang, mengorganisasi, mendorong pekerja dan mengawal perniagaan.
22. RASA KEMANJURAN (SEMANGAT WAJA)
Semangat yang kental perlu untuk usahawan kerana dalam perniagaan dia akan menempuh pelbagai dugaan dan rintangan.Sesiapa yang dapat menempuh cabaran tersebut, dialah yang boleh berjaya.
23. KEPIMPINAN
Usahawan adalah pemimpin mereka bijak dalam menyusun strategi pengaruhnya.Dengan pengaruh dia mampu mendapatkan lebih banyak peluang yang menguntungkan dalam masa yang singkat.Seseorang usahawan perlu ada daya pengaruh bagi membolehkannya berjaya dalam urusniaga dan mengatur urusan pekerjanya.
24. KUAT BERUSAHA
Seseorang usahawan itu kuat bekerja.Dia sanggup melakukan kerja tanpa mengirakan masa.Ini dapat dilakukannya kerana dia sukakan kerjanya.
25. PANDAI MEMBUAT KEPUTUSAN
Usahawan pandai membuat keputusan yang bijak untuk membolehkan perniagaan berjalan lancar dan meminimumkan masalah yang bakal timbul.Selain menggunakan pengetahuannya, mereka menggunakan gerak hati.
0 comments:
Post a Comment