Followers

Ibadat Fardu Usah Tunggu Usia Tua

Tuesday, July 12, 2011

Disebalik keajaiban peristiwa israk mikraj, tersingkap seribu satu pengertian yang sewajarnya di renung dan diambil pengajaran supaya dapat memperteguhkan lagi keimanan,memupuk ketakwaan dan memotivasikan diri beribadat.

Penceramah bebas, Datuk Md Daud Che Ngah, berkata peristiwa itu sendiri antara lain memperlihatkan kepada umat islam mengenai penghijrahan roh.

“Roh pertamanya berada di dalam simpanan Allah, kemudian di dalam rahim ibu dan apabila cukup tempohnya di dalam satu jasad dan lahirlah kedunia.

“Ini menunjukkan badan (jasad) mesti mengikut roh.Jadi, apabila mengucap kalimah syahadah iaitu mengaku diri orang islam kenalah ikut seperti di akui, melakukan amalan yang difardukannya,” katanya dalam siri ceramah di surau The New Straits Times Press (NSTP), Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Firman Allah dalam surah az-Dzariyaat, ayat 56, bermaksud: “Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah-Ku.”

Menurut Daud, ayat itu sangat jelas merujuk kepada tanggungjawab utama manusia iaitu beribadat kepada Allah.”Selepas mengaku muslim, solat kemudian berpuasa, malam juga digalakkan banyak mengerjakan solat, disuruh bayar zakat, haji dan umrah,” katanya ketika menegaskan kepentingan ibadat solat.

“Solat diperintahkan Allah kepada Rasulullah s.a.w melalui Israk Mikraj untuk dilakukan seisi umat islam, daripad 50 waktu tinggal saja lima waktu, tetapi ganjarannya tetap berganda.

“Ibadah solat adalah paling penting bagi muslim dan janganlah kita meninggalkannya dengan sewenang-wenangnya, kerana bukan mudah untuk menggantikannya, malah amat rugi usia berlalu sia-sia saja.

“Apabila sampai umur iaitu baligh, laksanakanlah amal ibadat seperti difardhukan, jangan tunggu usia tua atau bagi sesetengah orang sehingga umur 40 tahun baru mahu berubah menjadi rajin,” katanya.

Menurutnya beribadat kepada Allah perlu dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan hati yang ikhlas, bukannya secara sambil lewa serta bermusim saja kerana semuanya akan dihitung.

“Jangan apabila sudah terlambat baru mahu menyesal dan sedar, ingin melakukan amal ibadat,”katanya.

“sekiranya engkau melihat ketika orang yang berdosa itu menundukkan kepala dihadapan Tuhan mereka sambil berkata:Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami ke dunia agar kami mengerjakan amal soleh, sesungguhnyakami sekarang telah yakin dan beriman.” (as-Sajdah: 12)

0 comments:

©2009 .:: Makalah Ilmu ::.. Hakcipta Ada Yang Terpelihara.
Diterbitkan Oleh : Amirul Amin. | Pengurusan Oleh : Malaysia Terjah. | Pautan Luaran Oleh : Afiqah Network Link.
PENAFIAN : Ini adalah laman Web ATAU Blog sokongan untuk tujuan PROMOSI ATAU SUMBANGAN sahaja.
Tiada kaitan dengan : Laman Web ATAU Blog Syarikat ATAU Agensi ATAU Individu ATAU Organisasi yang disertai.
Tiada mana-mana bahagian portal ini boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diuruskan
bagi tujuan komersil dalam apa bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada
Malaysia Terjah.