Seruan Bumi Setiap Hari !!
Sunday, May 15, 2011
Anas Bin Malik r.a telah berkata yang bermaksud ; “Sesungguhnya bumi setiap hari menyeru (manusia) dengan 10 kalimat iaitu :-
1) Wahai manusia ! Engkau berlari-lari di atas belakangku , tempat kembali mu adalah di dalam perutku .
2) Engkau melakukan ma`siat di atas belakangku ,engkau akan disiksa di dalam perutku .
3) Engkau ketawa di atas belakangku ,engkau akan menangis di dalam perutku .
4) Engkau bergembira di atas belakangku ,engkau akan bersedih di dalam perutku .
5) Engkau mengumpulkan harta di atas belakangku ,engkau akan menyesal di dalam perutku .
6) Engkau memakan yang haram di atas belakangku ,engkau akan dimakan ulat-ulat di dalam perutku .
7) Engkau sombong di atas belakangku , engkau akan menjadi hina di dalam perutku .
8) Engkau berjalan dalam keadaan suka cita di atas belakangku ,engkau akan jatuh didalam perutku dalam keadaan duka cita .
9) Engkau berjalan dalam cahaya yang terang di atas belakangku ,engkau akan jatuh ke tampat yang gelap di dalam perutku .
10) Engkau berjalan di kalangan khalayak ramai di atas belakangku ,engkau akan menjadi sendirian di dalam perutku .
*Beringat-ingatlah apabila kita melangkah kaki kita membuat sesuatu ,pastikan kita bertanya diri kita adakah Allah taala redha dengan perbuatan yang kita ingin lakukan atau pun tidak .Perut bumi tidak mengenali sesiapa sama ada ia di kalangan Ulama` , Uamara` ,Hafiz atau Hafizah ,Mualim ,Ustaz ,Ustazah atau sesiapa sahaja .Amalannya yang menyelamatkannya sudah tentu dengan rahmat Allah .Beramal mesti dengan ilmu . Nak dapat ilmu tak dapat tidak mesti dengan guru ,bukan dengan buku-buku semata-mata .Barangsiapa menjadikan buku sebagai panduannya ,tidak menuntut dengan guru ,maka Syaitanlah menjadi gurunya .Berapa ramai sekarang yang tak mahu menuntut ilmu ,hanya ingin melakukan ibadat semata-mata sahaja .
Orang-orang yang sebegini ,yang selalu ditipu oleh Iblis dan sekutu-kutunya .Alasannya Allah taala mengetahui niat kita . Sedangkan amalan tanpa ilmu ,amalan itu ditolak dan tidak diterima . Zaman sekarang semakin kurang orang yang ingin menuntut ilmu .Yang dituntut , ilmu juga ya`ni ilmu dunia ,pekerjaan yang menjamin kesenangan hidup kononnya walhal fardhu ain yang asas masih lagi terkapai-kapai .Alhamdulillah Pelajar-pelajar U sudah mula mengambil intesif di pondok-pondok untuk memantapkan fardhu ain mereka ketika cuti semester .Sudah tentu langkah-langkah ini menggembirakan para guru-guru Pondok yang mengajari mereka .Cuma terfikir dalam sanubari guru-guru itu , bagaimana nak menyampaikan hukum-hukum dalam masa dua minggu lebih kurang ,sedangkan mereka (para guru-guru) menuntut bertahun-tahun lamanya . Para guru-guru sudah tentu sentiasa memohon pada Allah ,supaya memberi kefahaman sekaligus dapat beramal bagi penuntut-penuntut ini .Dengan senyuman mengingati detik-detik kemanisan para-para guru ketika bersama mereka ,gelak ketawa mereka , soalan demi soalan cepu emas mereka ,akan menjadi satu memori dalam hidup yang fana` ini .
Akhir kata seperti kata Sayidina Umar ; “Tuntulah ilmu sebelum kamu jadi ketua”. Dah jadi pemimpin jangan haraplah sangat dapat menuntut lagi .Mungkin kerana keegoan sebagai pemimpin atau tiada masa . Bagi kata-kata saya pula ; “Tuntutlah ilmu wahai kaum hawa selama belum berumah tangga” . Kalau sudah berumah tangga maklumlah…Akhir kata sebagaimana firman Allah yang berbunyi “Tidak aku jadikan makhluk itu ,melainkan beribadat padaku” . Wallahualam .
0 comments:
Post a Comment