Followers

DIALOG - DOSA WARISAN

Tuesday, February 1, 2011

Apakah dia Dosa Warisan?

Dosa warisan atau “Original Sin” adalah antara rukun iman yang utama di dalam Agama Kristian. Orang-orang Kristian percaya bahawa Nabi Adam lah  yang menyebabkan terjadinya dosa warisan ini. Ini adalah kerana baginda telah melanggar perintah Allah dengan memakan buah dari pohon larangan setelah terpedaya dengan godaan Iblis. Ini telah dinyatakan di dalam Perjanjian Lama (Kejadian 3:6):


Perempuan itu  melihat pokok itu sangat cantik dan buahnya enak dimakan. Dia berfikir betapa eloknya jika dia menjadi bijaksana. Maka dia memetik buah itu dan memakannya serta ia juga memberikan pada suaminya lalu suaminya memakan buah itu.

Oleh kerana seluruh manusia itu berketurunan Adam, maka manusia turut sama menanggung dan mewarisi dosa Adam. Bahkan bayi yang baru lahir pun, turut sama mempunyai dosa warisan ini. Di sini bermulanya asal usul dosa warisan dan orang-orang Kristian mesti meyakininya untuk membenarkan penyaliban Jesus sebagai penebus dosa warisan.

Berterima kasihlah pada Adam!

Setelah kita faham konsep dosa warisan ini, kita dapati seolah-olah Adam telah di ‘set up’kan untuk membuat dosa yang telah mengakibatkan seluruh manusia mendapat dosa warisan secara automatik. Maka dengan itu, barulah Allah dapat mengirimkan Anak-Nya yang tunggal ke dunia ini, untuk menebus dosa warisan tadi.

Bertepatan dengan apa yang telah ‘dirancang terhadap Adam’ ini, di dalam (Yohanes 3:16) telah menyatakan:

Allah sangat mengasihi manusia di dunia ini sehingga Dia memberikan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada Anak itu tidak akan binasa tetapi beroleh hidup sejati dan kekal.

Dalam (Galatia 1:4) juga menyatakan tentang idea penebusan dosa warisan ini:

Untuk menyelamatkan kita daripada zaman yang jahat ini, Kristus (Jesus) telah menyerahkan diri-Nya sebagai korban bagi dosa-dosa kita. Dia melakukannya bagi mentaati kehendak Allah bapa kita.

Tetapi tahukah anda? Sekiranya Adam tidak melanggar perintah Allah dengan memakan buah dari pohon larangan tadi, tentu Jesus tidak akan dikirim oleh Allah ke atas dunia ini untuk menebus dosa  warisan dan Agama Kristian tidak akan wujud sama sekali!

Maka orang-orang Kristian mesti berterima kasih pada Adam!

Akal yang waras menolak idea ini.

Saya pernah berbincang dengan seorang Paderi tentang idea dosa warisan ini. Di dalam perbincangan itu, saya menerangkan kepada beliau dengan berkata : “Uncle, sungguh menghairankan! Adam yang membuat dosa tetapi kita semua turut menanggungnya! Inikah keadilan Tuhan?”. Saya meneruskan lagi dengan berkata: “Kami sebagai Muslim percaya bahawa setiap dosa hanya ditanggung oleh diri sendiri”.

Di dalam Al Quran Allah telah berfirman:



                                Maksudnya (lebih kurang) :
Barangsiapa yang berbuat sesuai dengan hidayah Allah, maka sesungguhnya dia berbuat kebaikan itu untuk (keselamatan) dirinya sendiri dan barangsiapa yang sesat maka kesesatannya itu adalah untuk (kerugiannya) sendiri. Dan setiap orang yang berdosa (dengan dosanya) tidak pula dapat menanggung dosa orang lain dan kami tidak akan menimpakan azab sebelum kami mengutuskan rasul (kepada manusia).
                                                                                                                                                                   (Surah Al-Isra 17:15)

Saya meneruskan lagi dengan berkata: “Bahkan, Bible sendiri menyokong Al Quran! Dalam (Yeremia 31:30) menyatakan:
Tetapi sesiapa yang makan anggur yang masam, dia sendirilah yang akan merasa masamnya. Setiap orang akan mati kerana dosanya sendiri.

Manakala (Yehezkiel 18:20) juga menyatakan:
Orang yang berdosa akan mati. Seorang anak tidak menanggung akibat daripada dosa bapanya. Demikian juga seorang bapa tidak menanggung akibat daripada dosa anaknya. Seorang yang baik akan menerima ganjaran kerana kebaikannya , dan seorang yang jahat akan menanggung akibat daripada kejahatannya.

Perhatikan juga di dalam (Matius 16:27):
Anak Manusia sudah hampir tiba bersama–sama para Malaikat-Nya dengan kemuliaan Bapa-Nya. Pada masa itu Dia membalas tiap – tiap orang menurut perbuatannya sendiri.

( Matius 19:14 ) menyebut:
                Yesus berkata kepada pengikut–pengikut-Nya:
“Biarlah kanak–kanak itu datang kepada–Ku. Jangan larang mereka, kerana orang seperti inilah yang menikmati Pemerintahan Allah”

(Roma 2:5-6) juga menyatakan:
Kamu degil dan keras kepala. Oleh itu, kamu sendiri yang menjadikan hukuman kamu semakin berat pada hari Kiamat apabila Allah menyatakan kemurkaan-Nya dan menjatuhkan hukuman yang adil. Hal yang demikian itu adalah kerana Allah akan membalas setiap orang, setimpal dengan perbuatannya sendiri.

“Lihat! Bible pun turut membenarkan apa yang dikatakan oleh Al-Quran tadi”. Saya meneruskan lagi dengan berkata: “Uncle, pihak Gereja menyatakan adanya dosa warisan, sedangkan Holy Bible pula menyatakan sebaliknya. Di antara kedua pendapat ini, (Gereja dan Holy Bible) mana satukah yang patut diikuti oleh orang–orang Kristian ?”.

Setelah beliau mendengar hujah yang saya utarakan , dengan yakin Paderi itu menjawab : “Sebenarnya, yang dimaksudkan dengan “Original Sin’ ( Dosa warisan)  ialah kecenderungan untuk membuat dosa, bukannya dosa yang yang kita warisi dari Adam.

Setelah mendengar konsep ‘baru’ tentang dosa warisan itu, saya terus menyatakan lagi : ”Jikalau begitu apa gunanya Jesus disalib kalaulah semata–mata untuk menebus kecenderungan berbuat dosa, kerana semua manusia diberi hawa nafsu.”

Bahkan hingga sekarang ini pun, penganut Kristian yang meyakini dosa warisan mereka telah tertebus pun masih mempunyai kecenderungan membuat dosa.

Amat menakjubkan ! Selain daripada akal yang waras , Bible mereka juga menolak idea dosa warisan ini .

Jadi , siapakah yang sebenarnya telah mencipta idea ini ?

0 comments:

©2009 .:: Makalah Ilmu ::.. Hakcipta Ada Yang Terpelihara.
Diterbitkan Oleh : Amirul Amin. | Pengurusan Oleh : Malaysia Terjah. | Pautan Luaran Oleh : Afiqah Network Link.
PENAFIAN : Ini adalah laman Web ATAU Blog sokongan untuk tujuan PROMOSI ATAU SUMBANGAN sahaja.
Tiada kaitan dengan : Laman Web ATAU Blog Syarikat ATAU Agensi ATAU Individu ATAU Organisasi yang disertai.
Tiada mana-mana bahagian portal ini boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diuruskan
bagi tujuan komersil dalam apa bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada
Malaysia Terjah.