Perpustakaan dalam masjid perlu disemarakkan
Friday, July 8, 2011
Program penyuburan intelektual dapat tingkat fungsi rumah ibadat sebagai pusat ilmu
LAHIR dan berkembangnya aktiviti perpustakaan di masjid bukan suatu fenomena asing bagi budaya dan tradisi keilmuwan tamadun Islam. Sejak terbinanya masjid dalam sejarah Islam, institusi itu memainkan peranan penting membina tamadun ummah.
Masjid bukan sekadar berfungsi sebagai pusat melaksanakan ibadat khusus kepada Allah, malah ia juga menjadi pusat interaksi sesama manusia dalam proses membina kehidupan dan kebudayaan masyarakat.

Masjid adalah markas atau madrasah pendidikan terunggul dalam menyalurkan ilmu dan pengetahuan kepada ummah dan konteks pembudayaan ilmu. Ia dilaksanakan melalui kuliah, khutbah dan ceramah secara aktif di masjid.

Malah, jika ditinjau dalam tamadun Islam, masjid juga memainkan peranan sebagai pusat pengumpulan, penyimpanan, penyusunan dan penyebaran kembali bahan maklumat seperti buku, manuskrip, dokumen, rekod dan lain-lain lagi.
Boleh dikatakan seluruh aktiviti keilmuwan adalah dicetus serta digerakkan oleh fungsi pendidikan dan ilmu yang dimainkan secara aktif oleh masjid. Bermula daripada peranan sebagai markas pengajian ilmu secara lisan hinggalah kepada penyediaan bahan ilmu untuk rujukan.

Fungsi masjid sebenarnya luas dan memiliki perpustakaan di masjid tidak sedikitpun menambah peranan institusi itu sebaliknya ia melengkapkan apa yang sudah selama ini berada di masjid sejak dulu. Cuma sekarang tidak banyak masjid yang mempunyai perpustakaan.
Perpustakaan masjid yang tertua dalam sejarah Islam wujud di masjid Jamik Bani Umaiyah, di kota Damsyik. Perpustakaan dikenali sebagai Sufiyyah itu ditubuhkan sekitar tahun 96 Hijrah oleh Khalifah Al-Walid Abdul Al Malik.
Diriwayatkan bahawa Sayiad-Daulah menghadiahkan 10,000 jilid buku untuk perpustakaan itu. Seorang ulama terkenal, Thabit al Nabawi dilantik oleh pemerintah Bani Umaiyah sebagai pustakawan.
Selain itu, semua lapan masjid besar di Damsyik memiliki perpustakaan tersendiri. Antaranya, perpustakaan Masjid Darb al Madaniyah yang aktif ketika hidup seorang sejarawan terkenal Ibnu Asakir dan perpustakaan Masjid Yalbagha al-Umari.

Di Masjidil Haram di Makkah, ada beberapa perpustakaan di sekitar masjid seperti Maktab Sulaymaniyah berhampiran dinding telaga Zamzam. Maktab al-Haram berhampiran Bab al Duraiba dan Maktab Sharabiyah berhampiran Bab as-Salam.
Masjid Nabawi di Madinah pula memiliki perpustakaan yang dinamakan Maktab al-Haram an-Nabawi berhampiran ar-Raudhah.
Perpustakaan masjid amat popular dan gemilang ketika zaman keagungan kota Baghdad sebagai kota ilmu dalam tamadun Islam. Sejarawan al-Ya'kubi mencatatkan di sekitar kota Baghdad saja ada 3,000 masjid.
Pengkaji sejarah yakin bahawa hampir keseluruhan masjid itu ada perpustakaan sendiri memandangkan kepesatan kegiatan ilmu di setiap masjid yang ada di Baghdad ketika itu.
Di Mesir pula, Masjid Al-Azhar yang menjadi pusat pendidikan Islam terkenal juga memiliki perpustakaan sendiri ketika seorang ulama dan khatib masjid itu, Abu al-Fakhr Soleh bertugas sebagai pustakawan. Selain itu Masjid Ahmadiah di Tanta, Masjid Jamik al Rashidah di Kaherah, Masjid Aafiyah, Masjid al Khatiri dan banyak lagi didapati memiliki perpustakaan sendiri.
Generasi Islam silam yang membina tamadun unggul tidak sekadar menjadikan masjid sebagai tempat untuk membaca al-Quran saja, malah ruang masjid yang luas itu dimanfaatkan sebagai gedung penyimpanan maklumat dan makmal untuk mengkaji serta membina pelbagai disiplin ilmu.
Justeru, beberapa langkah boleh diambil untuk memakmurkan perpustakaan masjid antaranya:

- Jabatan Agama Islam Negeri sewajarnya memberi dorongan dan bantuan sewajarnya untuk menjayakan penubuhan perpustakaan di masjid yang difikirkan perlu. Selain itu Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri juga perlu meluaskan skop bantuannya untuk membantu perpustakaan masjid dalam aspek yang dirasakan sesuai.
- Mengadakan peruntukan khusus untuk perpustakaan masjid yang diperoleh melalui peruntukan jabatan agama selain sumbangan derma orang ramai, agensi tertentu, skim wakaf atau sebagainya, sama ada dalam bentuk kewangan, bahan atau peralatan perpustakaan.
- Mengadakan ruang yang sesuai untuk perpustakaan dan aktivitinya di masjid
- Membabitkan semua golongan belia dan remaja dalam mengendalikan pengurusan serta aktiviti perpustakaan masjid.
- Mendapatkan bantuan nasihat dan tunjuk ajar dalam bidang perpustakaan dari pihak Perpustakaan Awam Negeri, daerah atau dari institusi pengajian tinggi yang menyediakan pengajian perpustakaan seperti Universiti Teknologi Mara (UiTM).
- Pihak pengelola masjid perlu menggiatkan kempen kesedaran pentingnya kewujudan perpustakaan masjid di kalangan ahli kariah masing-masing supaya setiap anggota masyarakat Islam setempat dapat digerakkan untuk menjayakan penubuhan perpustakaan masjid.
- Selain berfungsi menyediakan bahan bacaan atau pandang dengar untuk rujukan pengguna, perpustakaan masjid juga boleh menggiatkan beberapa aktiviti bermanfaat untuk masyarakat seperti menubuhkan kelab diskusi buku.
Mewujudkan kumpulan penggiat kempen membaca yang mengatur program menggalakkan pembacaan dan penggunaan perpustakaan masjid di kalangan masyarakat serta menganjurkan aktiviti seperti mari bercerita, melukis atau menulis khat.
Kewujudan dan perkembangan aktiviti perpustakaan masjid adalah aset penting dalam usaha membentuk budaya ilmu dalam masyarakat Islam. Kenyataan bahawa masjid adalah pusat tumpuan menjadikan peranan perpustakaan masjid dalam menyebarkan ilmu serta maklumat lebih berkesan.

0 comments:
Post a Comment