skip to main |
skip to sidebar
Marilah kita sama-sama berada pada jalan yang benar dengan menjadikan diri kita saorang yang bertaqwa;mentaati perintah Allah dan menjauhi laranganNya.
Politik dalam Islam sama sekali bertentan
Amalan Kufur Demokrasi Menjadi Amalan Umat Islam
gan dengan politik bukan Islam. Politik dalam Islam menjurus kepada matlamat MENCARI KEREDHAAN ALLAH dalam apa jua tindakan kita.
Umat Islam wajib memelihara akidahnya walaupun mereka berada di dalam apa jua sistem politik. Kita boleh namakan apa jugak sistem politik di dunia ini tetapi sebagai seorang yang mengaku Islam wajib berada pada landasan akidah dan syariat yang betul.
Di negara Malaysia ini,sistem politiknya berdasarkan SISTEM DEMOKRASI RAJA BEPERLEMBAGAAN. Di sini saya ingin perjelaskan mengenai DEMOKRASI agar umat Islam dapat melihat amalan-amalan dalam sistem ini yang bertentangan dengan ajaran Islam. Oleh itu,setelah mengetahuinya maka wajiblah dihindari agar kita tetap berada pada jalan Islam.
Demokrasi terdiri daripada 2 kata dari bahasa Yunani. Pertama 'Demo' dari kata-kata Yunani 'Demos' ertinya rakyat atau penduduk. Yang kedua 'Krasi' dari kata-kata Yunani 'Cracy' bermaksud kekuasaan. Jika dihubungkan 2 kata-kata ini maka terbentuklah perkataan 'Demokrasi' iaitu membawa erti 'kekuasaan rakyat/penduduk'
Jika Demokrasi bermakna kekuasaan rakyat maka kekuasaan rakyat ini diaplikasikan atau diterjemahkan melalui sistem pilihanraya. Rakyat memilih wakilnya bagi suatu kawasan pilihanraya. Suatu kawasan pilihanraya ini terbahagi kepada beberapa wakil DUN dan wakil Parlimen. Wakil DUN akan bersidang pada peringkat negeri dan wakil Parlimen ke peringkat Pusat.
Mereka yang dipilih ini;sama ada diperingkat negeri atau pusat,dipanggil legislator atau pembuat undang-undang. Sekali lagi amalan Demokrasi iaitu kuasa rakyat dapat dilihat didalam DUN dan diperingkat pusat amalan Demokrasi ini diterjemahkan di 2 Dewan iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Prinsip Demokrasi ini berpaksikan kuasa undian majoriti. Kesimpulannya,wakil rakyat dipilih berdasarkan pilihan majoriti rakyat;kuasa rakyat terbanyak,dan sesuatu undang-undang itu diluluskan berdasarkan undian majoriti wakil rakyat(legislator).
Jika dilihat pada sejarah politik Islam,tiada suatu standard yang diguna-pakai bagi pemilihan pemimpin. Saidina Abu Bakar dipilih serta dibaiah oleh pemimpin suku kaum,saidina Umar ditunjuk oleh saidina Abu Bakar,saidina Usman dipilih melalui undian majoriti 6 sahabat terpilih dan saidina Ali dipilih melalui baiah umat Islam. Jika diambil metod saidina Usman dipilih,ini memberi gambaran seperti pergunaan metod Demokrasi iaitu undian majoriti terlaksana.
Kesimpulannya,pemilihan pemimpin/wakil rakyat melalui metod Demokrasi dilihat tidak bercanggah dengan metod Islam tetapi ianya akan boleh bercanggah apabila para wakil rakyat ini membuat undang-undang; menggunakan kuasa majoriti wakil rakyat,bercanggah dengan prinsip kedaulatan dalam politik Islam. Mithalnya,jika kuasa majoriti wakil rakyat meluluskan undang-undang membenarkan lelaki berkahwin sesama lelaki maka amalan Demokrasi semacam inilah yang dianggap kufur terhadap Allah kerana ianya bercanggah dengan prinsip kedaulatan Islam.
Oleh itu jelas bagi kita didalam sistem Demokrasi ini ada perkara-perkara yang diizinkan oleh amalan Demokrasi tetapi ditentang oleh amalan politik dalam Islam. Beberapa amalan kufur yang diamalkan oleh umat Islam ialah kewujudan parti tandingan umat Islam. Apakah makna parti tandingan umat Islam ini? Parti tandingan umat Islam ini wujud terpisah daripada parti umat Islam Arus Perdana;parti umat Islam terawal dimana umat Islam bersatu didalamnya berjaya menuntut kemerdekaan. Amalan Demokrasi semacam inilah yang dikatakan amalan kufur terhadap Allah; bercanggah dengan amalan politik dalam Islam. Amalan ini diizinkan oleh sistem Demokrasi tetapi diharamkan oleh syariat Islam.
Buktinya,lihat surah Ali Imran ayat 103:
"Berpeganglah kamu sekalian kepada tali(agama) Allah dan janganlah kamu berpecah-belah dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu,ketika kamu telah bermusuh-musuhan,lalu dipersatukanNya hatimu,sehingga kamu jadi bersaudara dengan nikmatNya,dan adalah kamu diatas pinggir lubang neraka,lalu Allah melepaskan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepdamu,mudah-mudahan kamu menerima petunjuk."
Ancaman kepada umat Islam yang menyangkal ayat-ayat Allah:
Surah Al A'raaf ayat 50-51:
"Orang-orang penghuni Neraka menyeru orang-orang penghuni Syurga: Tumpahkanlah air untuk kami atau sebahagian rezeki yang dianugerahkan Allah kepadamu. Mereka itu menjawab: Sesungguhnya Allah telah mengharamkan keduanya atas orang-orang kafir,"
"(Yaitu) orang-orang yang menjadikan agamanya sebagai permainan dan pergurauan,sedang mereka telah teperdaya dengan kehidupan di dunia. Maka pada hari ini Kami lupakan mereka,sebagaimana mereka telah melupakan pertemuan hari ini dan karena mereka menyangkal ayat-ayat Kami."
Seperti mana yang telah saya perjelaskan,umat Islam wajib berpegang kepada amalan politik dalam Islam dan menentang mana-mana amalan dalam sistem Demokrasi yang bercanggah dengannya.
Amalan yang bercanggah itu(mewujudkan parti tandingan,menjadi ahlinya,menjadi penyokongnya) jika diamalkan ianya membawa implikasi buruk kepada umat Islam keseluruhannya. Tambahan pula,ianya merosakkan keseluruhan sistem-sistem Islam yang ada seperti yang telah saya nyatakan.
1. Sistem Kerohanian - Seperti penyakit zahir dan batin.
2. Sistem Akhlak - Seperti ikhlas,benar dan sabar.
3. Sistem Sosial - Seperti bekerjasama untuk kebaikan,hubungan sesama Islam,tujuan membina masyarakat untuk menegakkan aqidah tauhid dan tidak merosakkan dan tidak membantu dalam merosakkan masyarakat.
4. Sistem Ekonomi - Seperti usaha ke arah perubahan kepada ekonomi Islam.
5. Sistem Politik - Menjurus kepada kedaulatan Allah,risalah Islam;mengajak manusia kejalan hidayah dan mentaati pemerintah umat Islam.
6. Sistem Hukuman Jenayah - Seperti membantutkan usaha ke arah perubahan kepada hukuman Islam.
7. Sistem Pengadilan.
8. Sistem Pentadbiran dan Pengurusan.
InsyaAllah pada postings yang akan datang,saya akan perjelaskan tentang kewajipan mentaati pemerintah umat Islam adalah kunci kepada politik dalam Islam.
Wassalam.
©2009
.:: Makalah Ilmu ::.. Hakcipta Ada Yang Terpelihara.
Diterbitkan Oleh :
Amirul Amin. | Pengurusan Oleh :
Malaysia Terjah. | Pautan Luaran Oleh :
Afiqah Network Link.
: Ini adalah laman Web ATAU Blog sokongan untuk tujuan PROMOSI ATAU SUMBANGAN sahaja.
Tiada kaitan dengan : Laman Web ATAU Blog Syarikat ATAU Agensi ATAU Individu ATAU Organisasi yang disertai.
Tiada mana-mana bahagian portal ini boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diuruskan
bagi tujuan komersil dalam apa bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada
Malaysia Terjah.
0 comments:
Post a Comment