Followers

Terapi Mawar

Thursday, June 23, 2011

Perubatan penyembuhan kaedah kesufian (At-Tibb Ar-Rauhi As-Sufi) adalah kaedah selain Thibbun Nabawi iaitu Petua Syeikh pada zaman dahulu. Antara huraiannya termasuklah kaedah pemakanan Rasulullah, puasa, solat, doa, zikir, roh bunga ros, nama-nama Allah dan Azimat.

Pokok Bunga Mawar atau ros merupakan sejenis tumbuhan berbunga yang sering di tanam sebagai pokok hiasan. Bunga Mawar adalah satu bunga baru bagi bangsa Melayu dan merupakan satu kebudayaan asing yang baru bertapak di dunia Melayu.bunga mawar mempunyai bau harum,biasanya mawar kampung (damask rose) mempunyai bau yang paling kuat.


Bau wangian aromatheraphy bunga ros ini membersih dan memperkukuhkan fizikal, mental dan penenang kesentrasi pada landskap alam kerohanian. Ianya boleh dijadikan sebagai minuman yang lazat dengan menitiskan setitik minyak bunga ros ke dalam segelen air, air ini disebatikan. Jika kita mengambil pula setitis air tersebut dan titik ke dalam segelen air yang lain ianya dapat dijadikan air yang memuaskan apabila diminum.

Di dalam Kitab Ilmu Perubatan Kesufian ada menyatakan bahawa Roh bunga mawar berasal daripada Roh Kenabian. Roh kenabian adalah roh yang pertama yang dijadikan oleh Allah s.w.t. Setelah Allah jadikan Roh Kenabian, roh itu terlalu terang dan membakar sinarnya hingga Ia berpeluh dan dari peluh inilah Allah jadikan roh bunga Mawar. Inilah asalnya ilmu aromatheraphi (iaitu cara penyembuhan penyakit dengan menggunakan bau).

Jika kita mengkaji bunga itu sendiri, kita akan mendapati bunga itu tumbuh dan hidup terutama dengan adanya hubungan dengan sinaran matahari.

mawar dimasyk

KELEBIHAN MAWAR ATAU ROS
• Mengekalkan tenaga positif dalam diri.
• Menjadikan fikiran dan perasaan kita lebih tenang.
• Lebih berkeyakinan tinggi dan lebih ceria.
• Mendapat keseimbangan dari segi fizikal, emosi, spiritual dan mental.
• Boleh meredakan stress dan mengurangkan beban emosi yang ditanggung.
• Awet muda
• Menstabilkan hormone
• Rawatan alternatif sebagai pembersih tenaga negatif.
• Meransang sistem saraf Lebih bertenaga

Penggunaan: 
- Direnjis pada tubuh, wajah dan pakaian

- Dicampur dalam minuman

- Dicampur beberapa titis untuk rendaman kaki

- Direnjis pada bilik tidur, dan kawasan dalam rumah

- Di tambah dalam air mandian

- Salah satu bahan dalam masakan

- Alternatif kepada zafaran unuk menulis ayat quran di atas pinggan putih.

- Ubat sakit mata yang bengkak - Asah ketumbar dengan air mawar sapu pada mata yang bengkak itu.

- Kosmetik - Air Mawar digunakan dengan meluas untuk penjagaan kulit. Ia selamat dan cukup lembut untuk semua jenis kulit. Ia sangat baik untuk kulit kering, kulit yang berminyak dan bertindak sebagai anti-penuaan. Ini kerana Air Mawar mempunyai satu astringen ubat yang membantu mengurangkan kemerahan dari kapilari-kapilari.

- Perubatan - Bunga Mawar digunakan secara meluas dalam perubatan. Ini adalah kerana ia kaya dengan pelbagai jenis vitamin penting. Ia termasuk vitaminvitamin A, B3, C, D dan E Flavoinoids (antioksidan), tanins dan zink yang terkandung di dalam air mawar. Semua vitamin akan meningkatkan tekstur kulit secara menyeluruh dan kesihatan.

- Tujuan Keagamaan - Air Mawar biasa digunakan untuk membersihkan Kaabah, yakni Qiblat untuk Orang Muslim yang terletak di Mekah dengan menggabungkan air Zamzam dengan air mawar sebagai satu tambahan.

- Serbuk kelopak bunga ros yang dicampurkan dengan madu, adalah penawar paling mujarab untuk mulut radang, stomatitis (radang pada membran mukus mulut) dan paradontose. Campuran tersebut hendaklah disapukan pada gusi yang mengalami keradangan.

- Pening kepala, mabuk, lemah tenaga, sistem saraf yang lemah, mudah terganggu emosinya dan kemurungan boleh dirawat dengan menghidu bunga ros segar ataupun minyak ros.

- Wangi-wangian adalah makanan roh dan akal.

MAWAR SEBAGAI PERUBATAN ALTERNATIF SIHIR
1. Kombinasi air zam-zam,zafaran,mawar dan bidara yang telah dibacakan ayat-ayat ruqyah syariyah oleh perawat boleh dijadikan medium menawarkan sihir sama ada untuk diminum atau dimandikan.

2. Cara penyediaan air mawar (tak perlu beli air mawar) ialah, rebuslah hingga mendidih air yang telah dicampur dengan bunga mawar.

Mawar bukan perubatan islam tetapi perubatan alternatif

Tukang sihir di Mesir, Syria dan India banyak menuliskan mantera-mantera mereka dengan air za’faran dan air bunga mawar, maka siapa yang menggunakan air bunga mawar maka terjatuh pada tasyabuh dengan mereka para tukang tenung dan sihir. Namun bukanlah menjadi kesalahan menggunakan mawar selagi tidak mencampur mantera syirik dan sihir. Kaedah penggunaan mawar dalam mengubati sihir adalah alternatif sebagaimana perawat islam yang memasukkan jin ke dalam botol sebagaimana yang telah dihuraikan pada artikel lepas klik di sini. Begitu juga tiada nas penggunaan paracetamol, ubat batuk (alkaloid) dan lain-lain ubat dadah kecuali Nabi saw bersabda:

Maksudnya: “Bagi setiap penyakit itu ada ubatnya, maka apabila ubat serasi dengan penyakit, ia akan sembuh dengan izin Allah ‘Azza wa Jalla.”(Hadis riwayat Muslim)

Tiada nas penggunaan mawar dalam islam, tidak seperti garam yang ada tercatat hadisnya:


عن علي قال : لدغت النبي صلى الله عليه وسلم عقرب وهو يصلي فلما فرغ قال لعن الله العقرب لا تدع مصليا ولا غيره ثم دعا بماء وملح وجعل يمسح عليها ويقرأ بقل يا أيها الكافرون وقل أعوذ برب الفلق وقل أعوذ برب الناس. (أخرجه الطبراني في المعجم الصغير: 2/23 وصححه الألباني في الصحيحة رقم: 548

Dari Ali, beliau berkata bahawa: Nabi pernah digigit oleh kalajengking pada saat sedang solat, maka tatkala beliau selesai, beliau bersabda: Semoga Allah melaknat kalajengking, ia tidak mendiamkan orang yang solat atau orang lain, lalu beliau meminta air dan garam lalu membasuhnya sambil membaca: Qul Yaa Ayyuhaal Kaafiruun, dan Qul A’uzu Birabbil Falaq, dan Qul A’uuzu Bi Rabbin Naas. (Dikeluarkan oleh At-Thabraniy dan A-Albani)

0 comments:

©2009 .:: Makalah Ilmu ::.. Hakcipta Ada Yang Terpelihara.
Diterbitkan Oleh : Amirul Amin. | Pengurusan Oleh : Malaysia Terjah. | Pautan Luaran Oleh : Afiqah Network Link.
PENAFIAN : Ini adalah laman Web ATAU Blog sokongan untuk tujuan PROMOSI ATAU SUMBANGAN sahaja.
Tiada kaitan dengan : Laman Web ATAU Blog Syarikat ATAU Agensi ATAU Individu ATAU Organisasi yang disertai.
Tiada mana-mana bahagian portal ini boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diuruskan
bagi tujuan komersil dalam apa bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada
Malaysia Terjah.