Followers

Dahului Usaha sebelum Tawakkal

Thursday, June 23, 2011

KEFAHAMAN adalah syarat utama dalam menuntut ilmu.Bila faham baru dapat ilmu dan apabila hendak beramal kalau tidak faham tidak menepati peraturan.

Ada ramai orang silap faham mengenai tawakal.Mereka yang tidak fham ini sring menyalahkan keadaan apabila gagal atau tidak berjaya dalam satu-satu usaha.

Semua orang disalahkannya sehingga Allah pun turut dipersalahkan.Masyarakat islam awal menciptakecemerlangan kerana faham ‘tawakal’ yang betul.

Tawakal maknanya menjadikan Allah sebagai wakil dan berserah kepada-Nya dalam menentukan segala ketentuan.Reda adalah hasil daripada keyakinan jitu terhadap ketentuan Allah

Tawakal diawali dengan usaha dan kemudian barulah berserah kepada Allah.Tawakal juga mengajar kita budaya berstrategi.

Kalangan Rasul walaupun mereka mendapat pertolongan Allah, mereka tidak pernah terkecuali daripada merancang dan berusaha.

Nabi Muhammad s.a.w merancang dalam peristiwa hijrah walaupun Allah melindungi baginda, bersembunyi di Gua Thur, menggunakan khidmat dan kepakaran orang walaupun seorang yang kafir kerana beliau tahu jalan sulit ke Madinah.

Dimintanya Saidina Ali tidur dibilik tidurnya.Itu semua usaha yang akhirnya baginda bertawakal dan Allah menentukan kemenangan.

Nabi Yusuf apabila mendapat mimpi raja, baginda mula merancang berjimat dan apabila datang kemarau selamatujuh tahun dan apabila datang kemarau selama tujuh tahun akhirnya negeri baginda terselamat daripada kemarau.

Mereka tawakal dan berserah selepas berusaha serta merancang.Begitu juga denagan Zulkarnaian dalam menghadapi Yakjud dan Makjud, Allah memerintahkannya membina tembok sebagai menghadapi kejahatan bangsa itu dan berawakal akhirnya mereka selamat.

Orang sakit memang mesti berserah kepada Allah tetapi sebelum bertawakal mereka sepatutnya terlebih dulu berusaha dan merawat dengan mencari ubat dan berjumpa dengan doktor.Selepas itu berserahlah kepada Allah sebab yang menyembuh ialah Allah.

Kita sering melihat orang berjoging dan bersenam.Jika ditanya, kenapa mereka beriadah, jawapan mereka supaya badan sihat.Itulah makna bertawakal iaitu berusaha.

Hari ini ibubapa amat mengambil berat tentang pelajaran anak, dicarinya guru tusyen dan dipanggilnya guru kerumah kerana pelajaran adalah asset masa depan anak.Tanpa disedari sebenarnya ibu bapa itu sedang menterjemahkan makna tawakal.

Duduk saja tanpa berusaha adalah fahaman yang dangkal. “Nak buat macam mana cikgu anak saya memeng sudah dilahirkan bodoh.”

Berteriak sana sini “kenapa umat islam hari ini lemah” tanpa berbuat sesuatu adalah slogan kosong seperti anjing menyalak bukit.

Satu hari seorang sahabat datang berjumpa Rasulullah.Apabila baginda bertanya bagaimana kamu datang, beliau menjawab, menaiki unta.Nabi bertanya dimana unta kamu, saya biarkan tanpa di ikat sebab sy bertawakal kepada
Allah.Nabi berkata ikat kambing kamu dulu dan barulah bertawakal.

Ikat disini maknanya berusaha dan berbuat sesuatu supaya unta itu tidak lari.Orang yang bertawakal sebenarnya sedang beribadat.Itulah namanya ibadat hati.Yakin dengan bantuan Allah selepas bersusah adalah akhlak dikalangan nabi.
   
Mereka yang bertawakal tidak ego dan lupa diri selepas mendapat apa yang dihajati.Sebab segala yang diperolehi itu adalah pemberian daripada Allah.
   
Orang yang bertawakal tidak akan berputus asa kerana belum usaha belum tahu.Peribahasa melayu ‘hendak seribu daya tak hendak seribu dalih’ patut ditukar kepada ‘hendak seribu daya mahu seribu cara.’ Mesti perbanyakkan cara dan bukannya perbanyakkan dalih, jika kita umat islam mahu mencapai kecemerlangan.

0 comments:

©2009 .:: Makalah Ilmu ::.. Hakcipta Ada Yang Terpelihara.
Diterbitkan Oleh : Amirul Amin. | Pengurusan Oleh : Malaysia Terjah. | Pautan Luaran Oleh : Afiqah Network Link.
PENAFIAN : Ini adalah laman Web ATAU Blog sokongan untuk tujuan PROMOSI ATAU SUMBANGAN sahaja.
Tiada kaitan dengan : Laman Web ATAU Blog Syarikat ATAU Agensi ATAU Individu ATAU Organisasi yang disertai.
Tiada mana-mana bahagian portal ini boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diuruskan
bagi tujuan komersil dalam apa bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada
Malaysia Terjah.