Followers

PERMOHONAN MURTAD 135 ORANG DILULUSKAN

Tuesday, June 21, 2011

Baru-baru ini, pada tarikh 14 Jun 2011, telah keluar suatu perkara yang menjadi tamparan yang sangat hebat buat umat Islam khususnya di Malaysia. Tidakkah kalian sedih melihat dan membiarkan saudara se-Islam anda meninggalkan agama yang sememangnya diredai oleh Allah S.W.T seperti mana firman-Nya dalam Al-Quran:

Apakah mereka mencari agama yang lain dari agama Allah padahal kepadaNya menyerah diri segala apa yang ada dilangit dan bumi, baik dengan suka mahupun terpaksa dan kepada Allah mereka dikembalikan”. 

(Surah Ali Imran ayat 83)


MARI KITA SELUSURI MENGENAI ISU INI

PERMOHONAN MURTAD 135 ORANG DILULUSKAN

Mahkamah Syariah menerima 863 kes permohonan untuk menukar status agama Islam dari tahun 2000 hingga 2010, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau menjawab soalan lisan daripada Er Teck Hwa (DAP-Bakri) yang meminta Perdana Menteri menyatakan jumlah permohonan murtad bagi penganut Islam dan berapakah jumlah yang diluluskan mengikut negeri sepanjang sedekad yang lalu.

Er juga memohon penjelasan kerajaan mengenai cara-cara yang diambil bagi menangani kes-kes gejala murtad itu.

Jamil dalam jawapannya berkata mengikut perangkaan yang dibekalkan kepada kementeriannya menunjukkan sejumlah 168 orang yang memohon untuk meninggalkan agama Islam diluluskan.

Bagaimanapun perangkaan yang dibekalkan kepada Dewan Rakyat itu tidak selaras dengan jumlah yang dikira.

Mengikut kiraan Malaysiakini, jumlah permohonan untuk murtad adalah 686 manakala permohonan yang diluluskan pula adalah 135 orang.

Mengikut data yang dibekalkan, jumlah tertinggi yang diluluskan adalah dari Sabah iaitu seramai 67 orang dan diikuti dari Negeri Sembilan dengan 33 orang.

Jumlah permohonan untuk meninggalkan Islam yang terbesar adalah di Sabah - 238, Negeri Sembilan - 172, Selangor - 99 dan Perak - 47.

Tiada permohonan murtad dicatatkan di Kelantan.





"Dalam menangani gejala murtad, Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) sentiasa melasanakan program dan aktiviti bagi mengelakkan berlakunya gejala ini terutamnya di kalangan saudara-saudara baru.

"Antara program dan aktiviti yang dilaksanakan adalah seperti khidmat nasihat; ziarah dan lawatan ke rumah; aktivitiaktiviti pengukuhan agama; kelas pengajian agam; dan sokongan Baitulmal," kata Jamil.



Puas hatikah kalian melihat statistik yang termampang di akhbar media? Tiadalah rasa belas kasihan untuk menarik kembali sahabat-sahabat yang telah menyimpang jauh daripada Al-Quran. Pernah kalian mendengar kisah Hartina Kamarudin dan Lina Joy? Mahukah kisah mereka terus berulang kali dipaparkan? Masya-Allah, masih lemah iman kita kerana membiarkan mereka tekapai-kapai dek kejahilan mereka dan kurangnya pendedahan pada Islam dan kita? Kita bagai terkunci mulut, diam seribu bahasa, dan hanya berpeluk tubuh kerana dengan spekulasi sedemikian rupa

"Lantak akulah, mereka bukan family aku."
"Kenapa nak jaga tepi kain orang? Biarlah mereka, buat susahkan Islam saja ada orang macam itu."

Sahabat sekalian, ingatlah kita akan ditanya di Akhirat sana mengenai sumbangan kita pada Islam. Hanya mengingatkan kalian agar kita mampu membina kembali Khilafah Islam yang telah lama dimusnahkan dek tangan umat Islam sendiri kepada kuasa luar yang hanya mahukan pulangan materialistik sahaja oleh negara Islam yang sememangnya kaya dengan khazanah alam seperti bahan mentah dan sumber minyak yang dikurniakan Allah. Oleh itu, marilah kita bersama berganding bahu menyinsing lengan, bertukar fikiran namun tujuan kita sefikrah iaitu tegakkan kembali kalimah 'Lailaha Illallah". Moga pelbagai usaha mengatasi masalah ini dapat diselesaikan.

Wallahua'alam.

Hasil catatan dan curahan rasa: Saudari Nur Ilyani Abd Munir (IPGM Melaka) kpd NFZ.
                                                     http://sulamansolehah.blogspot.com


0 comments:

©2009 .:: Makalah Ilmu ::.. Hakcipta Ada Yang Terpelihara.
Diterbitkan Oleh : Amirul Amin. | Pengurusan Oleh : Malaysia Terjah. | Pautan Luaran Oleh : Afiqah Network Link.
PENAFIAN : Ini adalah laman Web ATAU Blog sokongan untuk tujuan PROMOSI ATAU SUMBANGAN sahaja.
Tiada kaitan dengan : Laman Web ATAU Blog Syarikat ATAU Agensi ATAU Individu ATAU Organisasi yang disertai.
Tiada mana-mana bahagian portal ini boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diuruskan
bagi tujuan komersil dalam apa bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada
Malaysia Terjah.