Kerajaan Illuminati Tetap Rapuh
Monday, May 9, 2011
Ketahuilah sesungguhnya, kemajuan teknologi, penguasaan ekonomi global dan pemikiran sosio-budaya serta sosio-politik sejak ratusan tahun dahulu hingga sekarang tidak menjamin bahawa Illuminati sukar dikalahkan.
Kerajaan halimunan Dajjal iaitu Illuminati walaupun dilihat menguasai 110 peratus dunia ini, perlu dipercayai ia tetap rapuh dan boleh ditembusi bentengnya.
Dajjal sememangnya mengidamkan kekuasaan kerajaan yang paling total autokrasinya. Makhluk itu mahukan ia lebih hebat dari kerajaan Nabi Sulaiman yang mampu menguasai seluruh alam termasuk jin, binatang, angin dan sebagainya.
Namun harus diingat, kekuasaan yang dimiliki oleh Illuminati tidak akan melampaui doa yang telah dipohon oleh Nabi Sulaiman a.s.
Namun harus diingat, kekuasaan yang dimiliki oleh Illuminati tidak akan melampaui doa yang telah dipohon oleh Nabi Sulaiman a.s.
” Wahai Tuhanku! Ampunkanlah kesilapanku, dan kurniakanlah kepadaku sebuah kerajaan (yang tidak ada taranya dan) yang tidak akan ada pada sesiapapun kemudian daripadaku; sesungguhnya Engkaulah yang sentiasa Melimpah kurniaNya “.
(ayat 35, Surah As-Sad)
Kekuatan Pengaruh Illuminati Boleh Ditembusi
Doa Nabi Sulaiman yang memohon untuk menyekat mana-mana makhluk lain dari memperolehi kerajaan lebih dari baginda telah dimakbulkan Allah pada ayat 36 – 40, surah As-Sad.
(36) “Maka (Kami kabulkan permohonannya lalu) Kami mudahkan baginya menggunakan angin yang bertiup perlahan-lahan menurut kemahuannya, ke arah mana sahaja yang hendaK ditujunya;
(37) “Dan (Kami mudahkan baginya memerintah) Jin Syaitan; (ia memerintah) golongan-golongan yang pandai mendirikan bangunan, dan yang menjadi penyelam (bagi menjalankan kerja masing-masing)”. Dan Jin-jin Syaitan yang lain dipasung dalam rantai-rantai belenggu.
(38) (Serta Kami katakan kepadanya): ” Inilah pemberian Kami (kepadamu), maka berikanlah (kepada sesiapa yang engkau suka), atau tahankanlah pemberian itu; (terserahlah kepadamu) dengan tidak ada sebarang hitungan (untuk menyalahkanmu)
(39) “Dan sesungguhnya ia mempunyai kedudukan yang dekat lagi mulia di sisi Kami, serta tempat kembali yang sebaik-baiknya (pada hari akhirat kelak).”
Janji Allah SWT wajiblah dipercayai dan diyakini, maka dengan janji yang sudah termaktub ini wajarlah bagi kita mempercayai tidak perlu terlalu kagum dengan ‘kehebatan’ penguasaan Illuminati dalam setiap agenda konspirasi-konspirasi mereka.
Apabila kita sudah mengetahui bahawa Illuminati tidaklah begitu hebat dan tidak akan menjadi hebat lebih dari kerajaan Sulaiman, maka setiap konspirasi yang terjadi sudah pasti dapat dibongkar seluas-luasnya.
Bukti Janji Allah Pada Nabi Sulaiman
Ya, semua konspirasi Illuminati berjaya dibongkar atas ketentuan Allah. Dan Allah sendiri memberi jaminan lagi atas segala kerahsiaan Illuminati ini.
Berikut ialah beberapa bukti konspirasi Illuminati yang direncanakan Dajjal amat rapuh dan dibongkar Allah melalui takdir-Nya. Bukti ini juga menunjukkan Allah sentiasa mengekang kemaraan Illuminati dari mengatasi kehebatan kerajaan Nabi Sulaiman a.s.;
- Pada 1784, buku perancangan utama Illuminati yang dikarang Zwack(atas arahan Prof Adam Weishaupt) telah siap dicetak untuk diagih-agihkan kepada seluruh ahli-ahli Illuminati di Perancis. Semasa membawa manuskrip buku itu dalam hujan renyai-renyai, Allah telah mengirimkan panahan petir kepada pembawa buku itu. Ia mati di tempat kejadian. Polis daerah telah menjumpai buku itu dan menyebarkan kepada seluruh raja Eropah melalui sebuah laporan panjang yang ditulis semula yang bertajuk“The Original Writings of the Order and Sect of the Illuminati”.
- Pada 11 September 2001, kejadian keruntuhan WTC di New York dilihat sebagai suatu konspirasi paling teliti oleh kebanyakan pengkaji-pengkaji konspirasi. Penyelidik cenderung mengatakan plan awal keruntuhan WTC sudah dirancang sejak 1935 iaitu sejak tercetaknya wang kertas 1 dollar. Malangnya bagi Dajjal, kejadian itu menyebabkan agama Islam menjadi popular malah ramai pula yang memeluk Islam di Amerika. Tidak cukup dengan itu, Allah telah membuka lebar pengaruh sayap Islam apabila ramai pelajar-pelajar universiti di Amerika mula mengambil kelas-kelas berkaitan pengkajian agama Islam.
- Walaupun Illuminati ditubuhkan di Jerman dan negara itu pula menjadi negara komunis terkuat pada zamannya, kini Allah membuktikan bahawa Jerman adalah negara paling terancam dengan pengaruh Islam. Menurut laporan televisyen Jerman, RTL, dianggarkan lebih 4000 orang memeluk Islam pada setiap tahun di Jerman. Majoriti pemeluknya pula adalah wanita. Yang lebih membingungkan kebanyakan konspirator elit ialah kebanyakan individu yang memeluk itu adalah golongan profesional dan berjawatan tinggi dalam bidang sains dan teknologi.
- Sejak terbukanya era mellineum 2000, Israel menghadapi beberapa masalah kecil yang kesannya lebih teruk dari berperang dengan HAMASselama 40 tahun. Masalah itu ialah, sejak tahun 2000 semakin ramai perisik-perisik Mossad berjawatan tinggi dalam IDF mendedahkan kepada masyarakat tentang rahsia-rahsia kerajaan Israel.
- Untuk mempengaruhi minda masyarakat dunia secara biologi, golongan konspirator ekonomi dalam industri makanan tidak habis-habis meletakkan pelbagai pemangkin-pemangkin dalam makanan untuk membentuk satu acuan pemikiran baru di dalam masyarakat. Bagi menghalang pengaruh makanan sintetik itu, Allah telah mengembangkan dengan cepat institut-institut yang mengkaji kandungan halal dalam setiap makanan di seluruh dunia. Hampir 70 peratus negara dunia mempunyai institut khusus yang menentukan standard halal sesuatu makanan. Dan negara Amerika serta Kanada adalah negara yang mempunyai institut yang tercanggih kajian makmalnya serta diiktiraf sendiri oleh ulama-ulama seluruh dunia.
Kesimpulan
Terdapat banyak lagi yang Allah anugerahkan kepada umat Islam seluruh dunia bagi mengekang pengaruh kerajaan halimunan Illuminati ini. Sesungguhnya, doa Nabi Sulaiman itu dimakbulkan Allah sepanjang zaman tanpa kita sedari.
Walaupun Illuminati amat disanjung kehebatan perancangannya oleh kebanyakan Conspiracy Theorists namun sebagai umat Islam kita harus percaya, sesuatu yang thogut dan batil itu ada kelemahannya dan sentiasa akan kalah dengan ketentuan Allah Azza Wajalla.
0 comments:
Post a Comment