Followers

Ulasan Buku : The Kissinger Transcripts

Monday, April 18, 2011

the_kissinger_script1
Tajuk : The Kissinger Transcripts
Susunan & Suntingan : William Burr
Penerbit : The New Press, New York, US (www.thenewpress.com)
ISBN : 1-56584-568-4
Harga : RM58.50
Buku yang diterbitkan oleh The New Press ini boleh dikatakan antara jalan pintas bagi peminat-peminat konspirasi menyelami cara agen Illuminatiseperti Dr. Henry Kissinger menjalankan tugas-tugasnya dalam memastikan dasar-dasar luar Amerika dapat dilaksanakan seperti mana kehendak mereka khususnya di negara-negara kuasa besar seperti China dan Russia.

Selain terkenal dengan jolokan tokoh pelampau Neo-Konservatif dan Wira Anti-Arab, Kissinger juga dikatakan antara perancang utama di dalam komplot perang Amerika-Iraq selepas tragedi 11 September 2001.
Kissinger bukan sahaja cuba menjadikan tragedi 911 sebagai alasan palsu untuk kegunaan Bush menyerang Iraq malah sebelum itu beliau juga turut menulis artikel kontroversi bertajuk “Jatuhkan Saddam” di dalam akhbar The Washington Post pada 29 November 1998.
Yahudi kelahiran Jerman ini walaupun pernah bermain sebagai strikerpropaganda perang di belakang pentadbiran Richard Nixon dan Gerald Fordtetapi kini masih lagi bernyawa dan berfungsi di dalam mempengaruhi pentadbiran Amerika.
Selain bergiat di dalam pentadbiran Amerika, Kissinger juga adalah ahli kepada beberapa pertubuhan berpengaruh yang sangat kontroversi iaitu;
Informasi buku
Buku ini mendedahkan transkrip keseluruhan dialog Kissinger dengan musuh-musuh tradisi Amerika iaitu China dan Russia (ketika itu dikenali Soviet Union). Antara individu yang terlibat dengan perbualan Kissingger ialah Mao Zedong, Zhou Enlai, Leonard Breznev, Andrei Gromyko dan Deng Xiapoing.
Apabila membaca keseluruhan buku ini, kita akan memahami bagaimana Henry Kissinger cuba mengimbangi pengaruh politik veto Russia dan China di dalam meraih situasi masyarakat dunia. Transkrip ini juga membuatkan kita berfikir tentang “siapakah pembuat keputusan sebenar untuk Presiden Amerika dalam menghadapi polisi luar kuasa-kuasa besar dunia.”
Selain transkrip perbualan politik, dimuatkan juga ungkapan-ungkapan tidak formal yang tiada kaitan dengan topik perbincangan. Perbualan tidak formal ini membuktikan secara tidak langsung, setiap perbualan antara pengunjung-pengunjung kedutaan dirakam dengan teliti.
Komentar Tentang Buku ini
Berikut di bawah ini adalah komen-komen dari beberapa individu dan akhbar tentang buku susunan William Burr berkaitan Henry Kissinger seperti yang tercatat di belakang kulit buku.
“An obserbing book, full of remarkable material on both Mao Zedong and Brezhnev.”
- Jonathan Spence dari New York Review of Book
“Conversations that may have change history.”
- Akhbar ASSOCIATED PRESS
“The Kissinger Transcripts is invaluable to understanding the diplomacy of one of the most influential figures of our era.”
- CHICAGO TRIBUNE
(Gambar) Kissenger ketika bertemu Pemimpin China, Mao Zedong
Ringkasan kandungan The Kissinger Transcripts
Chapter 1 : 
See How Those Pieces Could be Moved to Our Advantage : Washington-Moscow-Beijing ( 1971-1972)
Chapter 2
Two Former Enemies,Kissinger in Beijing (February 1973)
Chapter 3
From Cambodia to the Ocotber War : Beijing-Washington (March-Ocotber 1973)
Chapter 4
In Search of Strategic Alliance : Kissinger in Beijing (November 1973)
Chapter 5
“What’s 3,000 MIRV’s Among Friends?” : Kissinger in Moscow (March 1974)
Chapter 6
Firing Cannons : Beijing-Washington (1974)
Chapter 7
Trials of Détente : Washington-Moscow (1974-1975)
Chapter 8
“We Have Some Problems With the Chinese” (1975-1976)
Chapter 9
“But 8,000 Cubans Running Around …” : Kissinger in Moscow (January 1976)
Epiogue
“I Would Like to Be Chairman of Something.” (January 1977)

1 comments:

Anonymous March 7, 2013 at 9:22 AM  

Τhаnκs for sharing your thoughts.
I reallу apρrеciate уour еffortѕ and I am waiting for уοuг further pοѕt thanks once again.


Feel fгee to visit my webpage; garden centers denver

©2009 .:: Makalah Ilmu ::.. Hakcipta Ada Yang Terpelihara.
Diterbitkan Oleh : Amirul Amin. | Pengurusan Oleh : Malaysia Terjah. | Pautan Luaran Oleh : Afiqah Network Link.
PENAFIAN : Ini adalah laman Web ATAU Blog sokongan untuk tujuan PROMOSI ATAU SUMBANGAN sahaja.
Tiada kaitan dengan : Laman Web ATAU Blog Syarikat ATAU Agensi ATAU Individu ATAU Organisasi yang disertai.
Tiada mana-mana bahagian portal ini boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diuruskan
bagi tujuan komersil dalam apa bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada
Malaysia Terjah.