Awaluddin Makrifatullah?
Saturday, April 2, 2011
Dari Email:
“Saya tak jelas dan tak faham maksud, ‘Awaluddin Makrifatullah’ (awal agama mengenal Allah), Betul ke jika kita tak kenal Allah, solat akan jadi sia-sia dan tidak sah? Betul ke kena tahu Makrifatullah, baru boleh amal ugama?, boleh cik Hamka terangkan?”
Jawapan:
Aku pun hampeh tak paham, tapi sebab blog ni nota ugama untuk diri sendiri, maka aku akan tulis jugak maksud ‘Awaluddin Makrifatullah’, setakat yang aku paham, korang boleh tegur jika salah, al maklumlah, apabila buah cempadak duduknya di luar pagar, dan saya pulak bapak budak yang baru belajar, maka ambil galah tolong jolokkan, ok?
Masa aku belajar ugama dulu, takde pulak ustaz yang tekankan aku supaya suruh aku kenal Allah dulu baru solat, tapi terus jer ayah aku, mak aku dan ustaz-ustaz di semananjung Malaysia suruh aku solat dulu.., kalau aku tak solat kena pukul dan ini adalah perintah Nabi sendiri..
Jadi, bab nak kena kanal Allah baru solat tu tak betul dan mengarut, Nabi dah suruh budak-budak umur 7 tahun supaya mengerjakan solat, dan pukul mereka bila masuk 10 tahun jika enggan solat, bermakna jika umur dah sebaya datok K, tapi masih enggan solat dengan alasan tak kenal Allah, aku rasa bukan setakat pukul lagi dah, dera kerusi elektrik pun belum memadai jika nak di bandingkan dengan azab api neraka yang bakal di terma kelak.. oh!
Nampaknya, ni semua kerja syaitan nak sesatkan manusia, sebab?
Setan cakap, kalau nak sedekah, kena kaya dulu, kalau nak buat dakwah, kena jadi baik dulu, kalau nak solat, kena kenal Allah dulu..
Sedangkan Nabi pulak cakap, kamu sedekah nanti Allah tambah rezeki, sampaikanlah walaupun satu ayat, walaupun kita belum baik, dan solatlah bila masuk umur 7tahun..
Nampak?
Tapi aku rasa, korang mungkin tak puas hati jika aku jawab sampai sini sahaja, korang nak aku terangkan jugak apa itu ‘Awaluddin Makrifatullah’
Baiklah, setelah beranggapan bahawa korang baru masuk islam pagi tadi lepas subuh misalnya, dan datang jumpa aku nak belajar ‘Awaluddin Makrifatullah’, nak belajar mengenal Allah, sedang aku pun tak pandai jugak, belum sempurna kenal Allah.., maka kita muzakarah sama-sama bab ini..
Straight to the point, kita rujuk sejarah kisah orang yang awal-awal masuk islam, kita rujuk akan bagaimana mereka belajar ‘Awaluddin Makrifatullah’…
Orang yang aku maksudkan adalah Sahabat Nabi yang paling unggul, lebih tinggi darjatnya dari mana mana ulamak semua zaman, antara manusia yang Malaikatpun kagum, dan Allah berkirim salam, siap bagi jaminan ahli shurga ketika beliau belum mati lagi, hamba Allah yang kita cari-cari itu adalah Encik Abu Bakar radialluanhu.
Sewaktu beliau mula mula masuk islam, beliau terus tanya Nabi,“apa tugas aku?”
Nabi tak cakap, kau kena bertapa kenal Allah dulu atau Nabi suruh beliau duduk kaji siapa Allah atau suruh kaji sifat 20 ke apa, bukan-bukan dan bukan!
Apa Nabi cakap?
“kerja aku, kerja kamu”
Apa kerja Nabi?
“Dakwah manusia kepada Allah..”
Maka Abu Bakar RA pun buat dakwah dan pada hari tu jugak beliau berjaya dakwahkan 6 orang sahabat lain yang unggul jugak, dan 6 sahabat yang lain bila masuk islam, pun terus buat dakwah, dan islamkan orang lain pulak, dan orang islam lain yang diislamkan itu jugak buat dakwah sehingga orang-orang lain pun islam dan buat dakwah sehingga orang orang orang islam lain yang diislamkan itu jugak buat dakwah sehingga orang-orang orang orang orang lain pun islam dan buat dakwah sehinggalah! KORANG DAN AKU dapat amal ugama islam hari ini tapi sayang tak buat dakwah lalu terkial kial mencari makna makrifatullah..
Tak ke hampeh?
Maka fahamlah aku bahawa, ‘Awaluddin Makrifatullah’, akan tercapai apabila kita tunaikan perintah pertama yang di amanahkan oleh Nabi Muhammad SAW ketika awal awal memeluk Islam pada mana-mana sahabat Nabi khususnya dan ummat Islam amnya!
Bagaimana Dakwah boleh membawa kepada ‘Awaluddin Makrifatullah’?
Dakwah kepada Allah akan membawa kepada ‘Awaluddin Makrifatullah’ adalah kerana, dalam Dakwah, kita akan bercakap dan bercerita atau menyeru tentang kehebatan dan kebesaran Allah, akan bercakap dan bercerita atau menyeru tentang Kekuatan dan Keesaan Allah, yang mana semua itu akan memberi kesan kepada hati si penyampai sehingga akan terkeluarlah dari hatinya akan segala kebesaran makhluk dan terpenuhlah hati itu dengan kebesaran Allah sehingga yakin sempurna telah datang bahawa Allah yang berkuasa dan makhluk lansung tiada kuasa..
Maka pada tahap itu, Makrifatullah telah mencapai tahap pertama…
Tahap yang kedua adalah, bila kita buat dakwah, kita akan jumpa manusia yang bermacam ragam, ada yang akan mencaci, atau ada yang memuji, atau ada yang suka, atau ada yang marah, atau ada yang akan baling batu atau mungkin ada yang akan bunuh kita!
Waktu itu, setiap layanan yang kita terima dalam berdakwah, sama ada baik atau buruk, sama ada sakit menderita atau dimulia, fahamlah kita pada waktu itu akan kehendak Allah yang telah di zahirkan dalam bentuk ujian dari jenis manusia yang telah di takdirkan oleh NYa..
Waktu itu, melalui hati dan perasaan yang kita selami ketika kita berhadapan dengan ragam manusia, kita akan kenal sifat-sifat sebenar yang bertapak dalam diri kita seperti di mana sabar kita, di mana sombong kita, di mana hikmah kita, di mana ikhlas kita, dimana tawaduk kita dan lain lain, dan setelah melalui semua itu, barulah kita kenal siapa diri kita yang sebenar dan setelah kita kenal diri kita, maka kita akan kenal Allah…
Aku ulangi,
'Barang siapa yang kenal dirinya maka kenallah dia akan Tuhannya'
Sebab tu kita boleh kenal ‘diri kita’ dan kenal Allah, melalui perantaraan kerja dakwah, cuba tengok ketika kita berdakwah hari ini, ada kena baling batu macam Nabi? Ada kena lempang macam Nabi kena lempang?, paling kuatpun setakat kena maki.., apalah sangat.., jadi kenallah diri kita akan darjat kita yang jauh dan rendah berbanding Nabi dan Sahabat... oh! Tak lah kita perasan bagus!
Kerana itulah, bila Abu Bakar r.a masuk islam, terus Nabi Muhammad SAW suruh Abu baker RA berdakwah kerana inilah caranya mengenal Allah, lantas, on the spot, Abu Bakarpun buatlah dakwah, dan dakwah pulak orang lain buat dakwah sehingga berkembanglah ugama sampai terciptanya kereta mayat, sampai hari ini yang mana ugama terus di kembangkan oleh pihak pihak yang terpilih..
Apa lagi nak di kata?
Ketika Bilal di azab, beliau merasai kemanisan iman, kerana beliau kenal Allah
Bila orang Islam di boikot di lembah Abu Mutallib, mereka sabar dan faham kehendak Allah, kerana mereka kenal Allah,
Bila Nabi di baling batu kat Taif, Nabi sabar dan mengadu pada ALlah, “pada siapa kau hadapkan aku? Pada musuh? Aku tak peduli, asal Engkau redha”
Apa lagi nak di kata?
Baik, sekarang kita pergi pada tahap ketiga:
Aku ambik satu lagi contoh iaitu kisah kita yang kenal bini kita, kenalnya kita dengan bini kita adalah kenal melalui apa yang bini kita suka dan apa yang bini kita tak suka..
Kalau kita cakap kita kenal bini kita tapi tak tahu apa yang bini kita suka dan apa yang bini kita tak suka.., maka kita sebenarnya Belum kenal bini kita lagi..
Aku kalau pergi pasar malam, aku tahu apa bini aku suka makan dan apa benda yang bini aku tak suka makan..
Kadang kadang bila nampak apa yang bini aku suka,, aku akan terbayang wajah bini aku yang comel pada benda yang menyukakannya.., macam jugak bini aku yang akan nampak kehenseman aku di sebalik teh tarik misalnya atau korang yang tersenyum tengok kereta mayat lalu terbayang aku yang comel dan qiut.. woha!
Atau macam kita yang kenal bos kita, bila kita duduk asyik baca blog waktu pejabat tiba tiba bos kita berdiri kat belakang, kita akan rasa gelabah sebab kita kenal bos kita!
Woha!
Jadi, peringkat ke tiga dalam mengenal Allah, adalah apabila kita kenal apa yang Allah suka dan kenal apa yang Allah tak suka, pendek kata, tahu perintah Allah dan tahu larangan Allah, serta tunai mengikut keutamaan.. ini perlu lepada ilmu, maka pergilah belajar..
Dan orang yang tahu perintah dan larangan Allah tapi masih tak laksanakan adalah orang yang belum kenal Allah kerana tidak tahu betapa dahsyatnya Azab Allah!
Faham?
Akhir kata: aku pernah jumpa orang yang yang dah sebaya dengan datok K, tapi tak solat, sengaja tak solat, dan alasan yang mereka bagi akan kenapa tak solat adalah sebab belum mengenal Allah dengan sempurna, maka solat tak sah sebab belum kenal Allah… ‘Awaluddin Makrifatullah’, katanya.., kalau solat jugak akan jadi sia sia, bla bla bla.., dulu masa mula mula islam, Nabi tak ajar solat pada sahabat, Nabi ajar Makrifatullah dulu, bla-bla-bla.., Laisa kamithlihi syaiun bla-bla-bal, Kita kena kenal asma Allah, kenal afaal serta sifat 20 bla-bla-bla..,. begitulah lebih kurang hujah mereka pada aku..
Aku malas nak berdebat, sebab mereka ni sama jugak hampeh macam golongan anti hadith yang aku pernah cerita dulu, solat tak sah sebab tak kenal Allah konon.., tapi anak dah berderet kesan persetubuhan secara sah yang di sahkan oleh tok kadi berserta 4 saksi yang berkata sah setetah di tanya sah, lalu menjawab sah sah, maka korang kira sah pulak? Apasal untuk solat kau cakap tak kenal tuhan tapi masa nak berlaga lubang kencing, kenal pulak kau siapa tuhan.., Tak ke hampeh?!
Arhh, malas aku nak mengutuk si tua kutuk.., semoga Allah ampunkan dosa kita bersama dan selamatlah semuanya menuju damai abadi.. mudah-mudahan.
Maka, kepada mu’alaf yang baru masuk islam pagi tadi, tak payah pening pening dengan dakyah puak puak yang malas solat tu, nak kena kenal Allah baru solat, baru puasa, bla bla bla, persetankan mereka, korang sembahyanglah zohor nanti sekadar yang korang tahu walaupun mungkin korang belum ‘mengenal Allah’…
Sebab?
Semua tahu sudah, al fatihah itu termasuk rukun 13 yang wajib di baca, jika tak baca solat tak sah, tapi jika ada yang belum hafal surah al fatihah, baru masuk islam lepas subuh tadi atau memang kepala otak benak, tetap kena solat dan solatnya tetap sah, dengan syarat dia berusaha untuk hafal surah tu, takde masalahpun,
Begitu jugak jika betullah korang belum kenal Allah, baru masuk islam lepas subuh pagi tadi atau memang kepala otak bangang, tetap kena solat dan solat tetap sah, dengan syarat kita berusaha untuk kenal Allah, takde masalahpun, Faham?!
Jadi selamat berdakwah, selamat mengenali diri sendiri, dan selamat mengenali Allah!
Amin..
Ketahuilah, Orang yang menyangkakan ada musuh yang lebih bahaya dari dirinya sendiri, maka dia Belum mengenali dirinya sendiri, dan orang yang tidak mengenali dirinya sendiri, maka tidak akan kenal siapa Tuhannya…
End.
Ps; Kenalilah jugak pasangan anda, tengok tanda lahir mereka, hafal lokasi parut mereka, ukur sudut condong gigi mereka, kerana, bila mereka jadi mayat, mudahlah kita membantu pihak polis mengenal mayat.. mudah-mudahan
1 comments:
solat adalah cabang mengenal tuhan
Post a Comment