Followers

10 AMALAN TERBALIK 10 AMALAN TERBALIK

Saturday, April 9, 2011


Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut di lakukan dan di tuntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah di lalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain atau apa yang telah di praktikkan sejak zaman nenek moyang kita. Perhatikan dan renungkan dengan teliti contoh amalan yang terbalik :


  • Amalan kenduri arwah beberapa malam yang di lakukan oleh keluarga si mati selepas sesuatu kematian ( malam pertama, kedua, ketiga dan seterusnya ) adlah terbalik dengan apa yang di anjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah mengajurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga si mati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah di timpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri itu khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang di tinggalkan oleh si mati atau harta sepeninggalan si mati yang belum di bahagikan kepada yang berhak menurut Islam??
  • Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin)..orang kerap salam berisi ( hadiah wang yang di beri semasa bersalam ). Kalau tak da duit nak di kepit dalam tangan, maka malu nak datang kenduri. Tetapi kalau ia menziarahi orang mati, tidak segan pula bersalam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarahi keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk di beri makan bukan untuk menambah pendapatan. ( tapi bagi org sekarang nih, kalau tak duit nk hulur, segan..memglah buat kenduri ni banyak guna duit n niat kita sedekah n ringankan beban..n jgn lah pula g ziarah org meninggal..tangan kosong je..jadikan sedekah itu satu amalan.. )
  • Ketika menghadiri majlis tertentu kita berpakaian cantik-cantik dan segak-segak belaka, tetapi bila mengadap Allah baik di rumah mahupun di masjid atau surau, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju..hanya berkain pelekat atau berseluar pendek..perlu ke berdepan dgn manusia itu kena berlebihan berbanding berdepan dengan Allah??
  • Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai tidak habis apa yang di hidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang di tuntut di banyakkan makan dan di habiskan apa yang di hidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.
  • Kalau bersolat sunat di masjid amatlah rajin, tapi kalau di rumah sangatlah malas. Sedangkan sebaik-baik solat sunat adalah banyak di lakukan di rumah seperti yang di sarankan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.
  • Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakkan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bukan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita??
  • Kalau nak mengerjakan Haji, kebanyakkan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pula. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka di buat kenduri bukan kerana nak bermusafir maka di buat kenduri. Bukankah terbalik amalan kita??atau kita punyai niat n tujuan yang lain?Allahualam..
  • Semua ibu bapa amat bimbang kalau –kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka di hantarlah ke kelas tuisyen walau banyak mana pun belanjanya. Tapi kalau anak-anak tak boleh membaca Al-Quran dan tak pandai solat, tak da pula ibu bapa yang risau dan bimbang sampai nk anta kelas tuisyen blaja agama dgn ustaz o ustazah. Kadang kala yuran tuisyen lebih mahal dari yuran ke kelas agama, tapi demi masa depan lahiriah anak-anak..sanggup je bayar berapa pun..patutnya ibu bapa lebih bimbangkan bab agama anak-anak dari tidak lulus periksa. Ape2 pun seimbangkanlah dunia dan akhirat..
  • Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang dan malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Tak kira lah hujan ribut sekalipun sanggup redah janji tak langgar peraturan syarikat. Tapi ke rumah Allah ( masjid depan mata pun) tak hujan tak panas tak ribut tetap tak de nk melangkah ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah di minta tak nak ke rumahNya segan dan malas.
  • Seorang isteri kalau nak keluar rumah sama ada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk rumah, masya Allah. Sedangkan yang di tuntut seorang itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Amalan terbalik inilah yang membuatkan rumah tangga tidak bahagia dan banyak berlakunya konflik rumah tangga.

0 comments:

©2009 .:: Makalah Ilmu ::.. Hakcipta Ada Yang Terpelihara.
Diterbitkan Oleh : Amirul Amin. | Pengurusan Oleh : Malaysia Terjah. | Pautan Luaran Oleh : Afiqah Network Link.
PENAFIAN : Ini adalah laman Web ATAU Blog sokongan untuk tujuan PROMOSI ATAU SUMBANGAN sahaja.
Tiada kaitan dengan : Laman Web ATAU Blog Syarikat ATAU Agensi ATAU Individu ATAU Organisasi yang disertai.
Tiada mana-mana bahagian portal ini boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diuruskan
bagi tujuan komersil dalam apa bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada
Malaysia Terjah.