Ibu Bapa Pilih Kasih
Saturday, December 4, 2010
Firman Allah swt dalam Al-Quran : Sambutlah perintah Allah swt kepada kita semua untuk melakukan kebaktian dan doa kepada kedua ibubapa kita dalam Surah Al-Israa’ : 24.
“Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: “Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil”.
Nasihat :
1. Amalkan doa ini – sekurang2nya 5 kali sehari semalam (selepas solat) – bayang wajah ibu dan ayah dengan penuh kasih sayang ketika membaca doa ini. Alirkan gelombang positif kasih sayang pada mereka. Tambah doa agar Allah swt limpahkan kasih sayang kepada ibu dan ayah untuk membimbing untuk menjadi anak yang soleh.
2. Sentiasalah bersangka baik dengan ibu dan ayah. Tiada ibu dan ayah yang tidak sayang pada anaknya – cuma kadang2 mereka tidak tahu bagaimana mahu menunjukkan kasih sayang itu. Dalam masa yang sama kadang2 mereka pun agak keliru/tidak tahu bagaimana nak mendekati atau menasihati anak2nya yang canggih di alaf baru ni. Sekiranya mereka marah tidak semestinya mereka tidak sayang. Justeru maafkanlah mereka.
3. Langkah positif yang boleh lakukan ialah :
a. Solat istikharah minta doa pada ALlah swt apa yang patut lakukan untuk kebaktian kepada ibu bapa. Contoh cuba bantu kerja2 di rumah- belajar masak@ kemas rumah, cari rezeki halal- beri sedikit untuk bantu ibu ayah dan sebagainya – niat ikhlas lillahita’ala untuk bantu ibu ayah.
4. Akhir sekali – teruslah berbuat baik kepada ibu bapa, terus berdoalah untuk mereka, lemah lembut pada mereka, rendah diri, minta maaf selalu dan minta mereka bimbing untuk jadi anak yang soleh. Semoga Allah swt membantumu untuk terus menjadi anak yang soleh dunia dan akhirat.
0 comments:
Post a Comment