Followers

Mempertahankan Teori yang Dibatalkan Sains

Saturday, December 4, 2010

Sebahagian besar para saintis hari ini secara terangan mengakui punca yang mendorong mereka terus mempertahankan konsep evolusi dan materialisme meskipun fakta saintifik kontemporari yang begitu jelas. Sebagai contoh, Philip Johnson memetik dan mengulas kenyataan Richard Lewontin, seorang ahli genetik dari Universiti Harvard dan penyokong bersemangat terhadap teori evolusi dengan kepercayaan membabi-buta terhadap materialisme:

‘Masalah paling asas bukanlah memberi pengetahuan mengenai kedudukan bintang yang paling dekat atau unsur yang membina gen kepada masyarakat umum. Bahkan, masalahnya ialah untuk menarik mereka agar menolak penerangan tidak rasional dan supernatural mengenai dunia... ‘.



Apa yang perlu dipelajari oleh umum ialah samada suka atau tidak, kita wujud sebagai zat material di dalam sebuah dunia material, seluruh fenomena adalah akibat daripada hubungan material di antara entiti material. Dalam sebuah perkataan, masyarakat umum perlu menerima materialisme, yang bermaksud bahawa mereka harus [menolak] Tuhan.
Kenyataan ini secara jelas mendedahkan akidah pegangan golongan materialis yang berasaskan kepada rasional yang sesat. Fakta yang diakui oleh sains hari ini menunjukkan bahawa dakwaan yang diutarakan tersebut adalah sangat bertentangan terhadap logik dan kewarasan. Tetapi di sebalik semua data saintifik, mereka membabi buta memberi komitmen terhadap kepercayaan dan terus berjuang di atas namanya. Dr. Michael Walker, seorang ahli antropologi dari Universiti Sydney menjelaskan punca di sebalik propangada teori evolusi yang berterusan:

Kita terpaksa menyimpulkan bahawa kebanyakan saintis dan ahli teknologi memberi sokongan terhadap teori Darwin hanya kerana ia mengemukakan penafian terhadap Pencipta.

Philip Johnson yang secara ilmiah menolak dakwaan karut Darwinisme, menghuraikan punca mengapa ia menjadi suatu kepentingan ‘yang tidak tergantikan’ bagi para saintis yang ateis dan mempertahankannya dengan segala upaya mereka:

Para pemimpin sains melihat diri mereka terhimpit di dalam sebuah perjuangan terdesak menentang fundamentalis agama, iaitu label yang mereka gunakan secara meluas terhadap sesiapa yang beriman kepada Zat Pencipta yang memainkan peranan aktif di dalam urusan duniawi. Darwinisme memainkan peranan ideologikal yangmustahak di dalam perang menentang fundamentalisme. Atas sebab itu, organisasi saintifik diabdikan untuk mempertahankan Darwinisme lebih daripada mengujinya, dan hukum penyelidikan ilmiah telah dibentuk untuk membantu kejayaan mereka.

Para penyokong terkemuka materialis dan ahli falsafah ateis yang berjuang untuk menyebarkannya ke seluruh dunia, seperti yang dinyatakan oleh Johnson, menganut teori evolusi Darwin hanya kerana ia menyediakan sebuah asas yang didakwa saintifik untuk ideologi mereka. Hal ini telah diperhatikan sejak teori evolusi pertama kali dikumandangkan. Karl Marx, pengasas materialisme dialektik yang memusuhi agama sering menekankan nilai kepentingan teori ini terhadap ideologinya. Dalam sepucuk surat yang ditulis Marx untuk sahabat karibnya Engels, beliau menjelaskan pendapatnya mengenai Darwinisme:

... ini adalah buku yang mengandungi asas di dalam sejarah semulajadi untuk pandangan kita.
Dan selepas membaca buku Darwin, The Origin of Species, Friedrich Engels mengulas:

Teori kita adalah teori evolusi, bukanlah sebuah dogma yang dihafal dan diulang secara mekanikal.
Seorang profesor botani berbangsa Amerika, Conway Zirkle menerangkan mengapa para pengasas komunisme, Marx dan Engels begitu taksub mengagungkan Darwinisme:

Marx dan Engels dengan segera menerima evolusi setelah Darwin menerbitkan The Origin of Species. Evolusi sudah pasti merupakan apa yang amat diperlukan untuk menerangkan bagaimana kewujudan manusia tanpa campurtangan sebarang kuasa ghaib, dan hasilnya ia dapat digunakan untuk menyokong asas falsafah materialistik mereka. Sebagai tambahan, tafsiran Darwin mengenai evolusi bahawa evolusi adalah terhasil melalui tindakan piihan semulajadi memberi mereka sebuah hipotesis lain berbanding penjelasan yang lazimnya bersifat tauhid, mengenai fakta yang terlihat bahawa seluruh bentuk hidupan beradaptasi kepada persekitaran mereka. Sebenarnya, pilihan wajar memudahkan usaha mengugurkan ketauhidan sepenuhnya dan kemuncaknya, para saintis dapat menerangkan dunia organik di dalam istilah materialistik.

Apa yang jelas dari kenyataan di atas, punca utama mengapa Marx dan Engels memberi sokongan terhadap Darwin ialah rasa kebencian mereka terhadap agama. Ini adalah sebab mengapa mereka berpegang teguh ke atas mekanisme yang tidak memiliki sebarang nilai saintifik dan yang pada asasnya adalah merupakan khayalan imaginasi. Sesungguhnya, Friedrich Engels menjelaskan di dalam bukunya mengenai kepentingan teori evolusi:

Dia [Darwin] meranapkan konsep metafizikal dengan buktinya bahawa dunia organik hari ini, tumbuhan, haiwan dan termasuk manusia adalah hasil sebuah proses evolusi yang berlangsung sepanjang berjuta-juta tahun.

Apa yang jelas, Engels juga melakukan kesilapan dengan menganggap bahawa teori evolusi memberi sebuah penjelasan tentang kewujudan berjuta-juta jenis organisma hidupan di muka bumi. Engels bukanlah seorang yang hanya mempercayai bahawa teori Darwin merupakan sebuah fakta yang sahih tetapi juga Joseph Stalin, pemimpin komunis paling kejam dalam sejarah, juga turut menekankan kepentingan teori evolusi ini di dalam autobiografinya:

Untuk membersihkan minda penuntut seminar kita mengenai mitos bahawa bumi diciptakan dalam enam hari, kita harus berkenalan dengan asal usul geologi dan usia bumi, dan mampu membuktikannya dengan agumen; kita harus membiasakan diri kita dengan pengajaran Darwin.

Apa yang jelas di sini, persamaan umum di antara sistem pemikiran materialis dan teori evolusi Darwin ialah, tanpa diragui, keduanya adalah ‘agama’ batil di mana tujuan utama penganjurnya ialah menafikan kewujudan Tuhan. Di dalam al-Qur’an, Allah memaklumkan mengenai usaha perjuangan masyarakat terdahulu untuk membawa manusia ke lembah kufur:

Dan Kami jadikan mereka pemimpin-pemimpin yang menyeru ke neraka dan pada hari kiamat mereka tidak akan ditolong. Surah Qasas: 41

Dalam sepotong ayat lain, Allah mengisyaratkan saat akhir yang menanti bagi golongan kufur dan mengajak manusia lain menuruti mereka:

Maka siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mendustakan ayat-ayat Allah dan berpaling daripadanya? Kelak Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang berpaling dari ayat-ayat Kami dengan siksaan yang buruk disebabkan mereka selalu berpaling. Surah Al-An’aam: 157

Pembatalan materialisme akan menjadi suatu titik akhir terhadap kekufuran yang hari ini semakin berleluasa di dalam masyarakat. Menuju saat ini, adalah satu keperluan bagi manusia untuk mengetahui hakikat sebenar bahawa materi bukanlah entiti yang mutlak dan bahawa dari sudut sains, teori evolusi adalah teori yang tidak wajar. 12 Dan dengan demikian, kehancuran semua ideologi yang menafikan kewujudan Tuhan adalah merupakan saat yang pasti bagi sistem pemikiran ala-materialisme. Seperti yang dinyatakan Allah:

Sesungguhnya mereka itu akan dihancurkan kepercayaan yang dianutnya dan akan batal apa yang mereka sering kerjakan. Surah Al-A’raf: 139

0 comments:

©2009 .:: Makalah Ilmu ::.. Hakcipta Ada Yang Terpelihara.
Diterbitkan Oleh : Amirul Amin. | Pengurusan Oleh : Malaysia Terjah. | Pautan Luaran Oleh : Afiqah Network Link.
PENAFIAN : Ini adalah laman Web ATAU Blog sokongan untuk tujuan PROMOSI ATAU SUMBANGAN sahaja.
Tiada kaitan dengan : Laman Web ATAU Blog Syarikat ATAU Agensi ATAU Individu ATAU Organisasi yang disertai.
Tiada mana-mana bahagian portal ini boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diuruskan
bagi tujuan komersil dalam apa bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada
Malaysia Terjah.