Followers

Dalil yang Menunjukkan Pengharaman Arak

Thursday, December 9, 2010

Dalil yang Menunjukkan Pengharaman Arak

Dalil pertama: Allah Ta’ala berfirman,
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالأنْصَابُ وَالأزْلامُ رِجْسٌ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ , إِنَّمَا يُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَنْ يُوقِعَ بَيْنَكُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاءَ فِي الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ وَيَصُدَّكُمْ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ وَعَنِ الصَّلاةِ فَهَلْ أَنْتُمْ مُنْتَهُونَ

Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) arak, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah rijsun termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keuntungan. Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) arak dan berjudi itu, dan menghalang kamu daripada mengingati Allah dan sembahyang; maka berhentilah kamu (daripada mengerjakan pekerjaan itu).” (QS. Al Ma-idah: 90-91)


Dalam ayat ini dari beberapa sisi kita dapat melihat pengharaman Arak:
  1. Arak dalam ayat tersebut dikaitkan dengan penyembahan pada berhala.
  2. Allah menyebut rijsun (jijik).
  3. Arak termasuk perbuatan syaitan. Syaitan pastilah datang dengan membawa keburukan dan hal yang kotor.
  4. Kita diperintahkan untuk menjauhi Arak.
  5. Seseorang yang menjauhinya akan mendapatkan keuntungan. Jika seseorang mendekati Arak, malah termasuk orang yang rugi.
  6. Arak dapat menimbulkan permusuhan dan kebencian.
  7. Allah menutup dengan mengatakan (فَهَلْ أَنْتُمْ مُنْتَهُونَ), berhentilah kamu (daripada mengerjakan pekerjaan itu).[1]
Dalil kedua: Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

لَعَنَ اللَّهُ الْخَمْرَ وَشَارِبَهَا وَسَاقِيَهَا وَبَائِعَهَا وَمُبْتَاعَهَا وَعَاصِرَهَا وَمُعْتَصِرَهَا وَحَامِلَهَا وَالْمَحْمُولَةَ إِلَيْهِ

Allah melaknat Arak, orang yang meminumnya, orang yang menuangnya, penjualnya, pembelinya, orang yang memerahnya, orang yang mengambil hasil perahannya, orang yang menghantarnya dan orang yang meminta dihantarkan.”[2] Yang dimaksudkan adalah Allah melaknat zat Arak, agar setiap orang menjauhinya. Boleh pula yang dimaksudkan dengan “Allah melaknat Arak” adalah melaknat memakan hasil upah daripada penjualan Arak.[3]

Dalil ketiga: Ijma’ (kesepakatan para ulama umat Islam) menyatakan bahawa Arakitu haram.[4]

Kesan daripada Pengharaman Arak
Jika telah jelas pengharaman Arak, sebagai natijahnya, seseorang tidak boleh memiliki Arak dengan cara apapun, baik itu adalah pilihan atau kehendaknya sendiri seperti melalui jual-beli dan hadiah.
Hal ini berdasarkan sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam,

إِنَّ الَّذِى حَرَّمَ شُرْبَهَا حَرَّمَ بَيْعَهَا
Sesuatu yang haram diminum, haram pula untuk menjualnya.”[5]

Begitu pula Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

إِنَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ حَرَّمَ بَيْعَ الْخَمْرِ وَالْمَيْتَةِ وَالْخِنْزِيرِ وَالأَصْنَامِ
Sesungguhnya Allah mengharamkan jual beli Arak, bangkai, babi dan berhala.”[6]

Oleh kerana itu, tidak boleh bekerjasama untuk mengeluarkan, mengedarkan dan menjual Arak, sebagaimana disebutkan dalam hadis,

Allah melaknat Arak, orang yang meminumnya, orang yang menuangkannya, penjualnya, pembelinya, orang yang memerahnya, orang yang mengambil hasil perahannya, orang yang menghantarnya dan orang yang meminta dihantarkan.”[7]

Sehingga dengan demikian, tidak boleh seseorang menjadi pekerja (buruh), pengedar dan penjual Arak, baik itu minuman beralkohol (minuman keras), dadah, morfin, ganja dan sejenisnya Semua upah yang diperoleh adalah upah yang haram.

[1] Lihat Sahih Fiqh Sunnah, 1/385.
[2] HR. Abu Daud no. 3674 dan Ibnu Majah no. 3380, dari Ibnu ‘Umar. Syaikh Al Albani mengatakan bahawa hadis tersebut sahih. Lihat Sahih At Targhib wa At Tarhib no. 2356.
[3] Lihat ‘Aunul Ma’bud, 8/174, Mawqi’ Al Islam
[4] Lihat Al Mawsu’ah Al Fiqhiyah Al Quwaitiyah, 2/8757
[5] HR. Muslim no. 1579, dari Ibnu ‘Abbas.
[6] HR. Al-Bukhari no. 2236 dan Muslim no. 1581, dari Jabir bin ‘Abdillah.
[7] HR. Abu Daud dan Ibnu Majah, sahih.

0 comments:

©2009 .:: Makalah Ilmu ::.. Hakcipta Ada Yang Terpelihara.
Diterbitkan Oleh : Amirul Amin. | Pengurusan Oleh : Malaysia Terjah. | Pautan Luaran Oleh : Afiqah Network Link.
PENAFIAN : Ini adalah laman Web ATAU Blog sokongan untuk tujuan PROMOSI ATAU SUMBANGAN sahaja.
Tiada kaitan dengan : Laman Web ATAU Blog Syarikat ATAU Agensi ATAU Individu ATAU Organisasi yang disertai.
Tiada mana-mana bahagian portal ini boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diuruskan
bagi tujuan komersil dalam apa bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada
Malaysia Terjah.