Aspek Signifikan Darwinisme Terhadap Agama Batil
Thursday, December 9, 2010
Sesetengah pembaca mungkin berfikir bahawa Darwinisme dan materialisme tidak mungkin menjadi asas penting bagi sistem kekufuran disebabkan sebahagian besar manusia tidak langsung menyedari konsep ini dan jauh dari mengamalkan sistem tanpa agama apatah lagi untuk memisahkan kehidupan daripadanya. Seimbas pandang, kenyataan ini ada benarnya; di zaman ini manusia cenderung hidup tanpa sebarang nilai kewarasan akal fikiran. Keinginan-keinginan seperti mengejar wang ringgit dan membina gaya hidup yang ekstrem memenuhi setiap aspek budaya dan sosial yang lazim, khususnya di kalangan remaja.
Budaya ini mengabaikan kepentingan tarbiyah naluri seperti persoalan, Bagaimana saya wujud? atau, Siapakah yang mencipta saya? Manusia tidak pernah terfikir untuk mempersoalkan maksud penciptaa mereka atau pun pembohongan yang jelas dilakukan di dalam teori evolusi. Bahkan, mereka disibukkan dengan pelbagai isu yang remeh-temeh seperti kehidupan selebriti dan gosip hangat bintang pujaan yang sebenarnya mempunyai pengaruh kerosakan yang besar sekaligus menutup mata hati mereka dari memikirkan hakikat penting yang lain seperti soal kewujudan dan maksud penciptaan.
Apa yang menjadi rutin harian seperti mencari kebendaan dan masalah remeh-temeh terus menerus menguasai akal mereka. Ringkasnya, individu yang meletakkan kepercayaan mereka terhadap Darwinisme sepenuhnya dan secara sedar menganut falsafah materialis bukanlah merupakan bahagian yang besar di dalam masyarakat; majoriti manusia yang hidup jauh daripada pegangan agama adalah kerana tidak menggunakan akal fikiran. Di titik ini, sebuah persoalan timbul: Adakah Darwinisme dan materialisme sangat penting?
Penelitian lebih hampir mendedahkan bahawa Darwinisme pada hakikatnya adalah kuasa paling besar yang menunjangi sistem agama batil kerana para penganutnya, walaupun merupakan bahagian yang kecil di dalam sesuatu masyarakat, tetapi adalah merupakan barisan intelektual di dalam masyarakat berkenaan. Sebagai contoh, di dalam satu kajian sosial yang pernah dijalankan di Amerika Syarikat, hanya sembilan peratus dari seluruh individu mengaku mereka adalah golongan evolusionis ateis.
Akan tetapi, bahagian masyarakat ini adalah merupakan golongan yang menduduki jawatan penting di dalam pelbagai universiti, media massa, institusi saintifik kerajaan dan di dalam industri perfileman. Anggota yang mentadbir masyarakat, yang menubuhkan polisi pendidikan dan membentuk corak pemikiran masyarakat melalui media secara umumnya adalah merupakan golongan tersebut.
Secara global, situasi ini dapat dilihat sebagai suatu kelaziman di dalam banyak negara. Di sini, indikasi penting adalah usaha bersifat kebudayaan dan ideologi yang diutarakan oleh para penyokong ideologi komunis. Kecuali di dalam beberapa negara, fahaman komunisme telah pun disingkirkan. Walaupun begitu, komunisme mashi tetap dijulang oleh golongan tertentu kerana prinsip keraja komunisme iaitu aliran falsafah materialisme masih kekal hidup. Pada masa yang sama, para komunis mengutarakan mesej antaranya; Marx menghadapi sedikit kegagalan di dalam teori ekonominya, namun materialisme masih tetap bertahan. Sebenarnya, di dalam kebanyakan negara, pergerakan komunis adalah berada di dalam kedudukan yang kukuh dengan pengaruh yang besar di dalam pelbagai bidang sains, kesenian dan falsafah. Mereka menguasai sebahagian besar psuat penerbitan dan fahaman mereka begitu tersebar luas di dalam banyak anjuran pesta-pesta buku. Sekumpulan kolumnis dan eksekutif di dalam media popular yang umumnya dikenali sebagai generasi 60-an adalah berlatar-belakangkan fahaman Marxisme. Walaupun begitu yakin dengan kegagalan ekonomi komunisme, mereka tetap setia terhadap falsafah materialis dan tetap menganggap agama samawi sebagai candu bagi masyarakat.
Sebaliknya, Darwinisme aalah agama yang hakiki bagi mereka. Mereka berdegil mempertahankan Darwinisme dan berusaha gigih untuk menghidupkan semula teorinya. Kesannya, sebahagian besar masyarakat tidak pernah memikirkan persoalan seperti kewujudan manusia akibat tipu daya Darwinisme. Di dalam institusi pendidikan pula, para pelajar diindoktrinasikan oleh para instruktor berfahaman Darwinisme sambil mempamerekan sejumlah buku ateisme dan mengumandangkan mesej yang sama di pusat pameran serta di galeri kesenian dan teater. Ringkasnya, beginilah sebenarnya pembudayaan mentaliti ateisme yang sekaligus mempengaruhi golongan terpelajar dan individu lain di dalam masyarakat. Mereka yang terjerat dengan pengaruh ini pasti akan beranggapan bahawa Darwinisme adalah sebuah realiti saintifik dan memandang agama sebagai sebuah kepercayaan tradisional yang dianut oleh masyarakat silam dan golongan yang ketinggalan zaman. Hal yang serupa, di dalam al-Qur’an ketika manusia ditanya, Apakah yang telah diturunkan oleh Tuhanmu? Golongan yang kafir akan menjawab, ‘Cerita-cerita orang terdahulu’.
Pada asasnya, agama adalah sebuah hakikat kebenaran yangjelas dan mutlak yang tidak berkaitan dengan sebarang tradisi atau adat budaya tertentu. Agama adalah merupakan hubungan makhluk dengan Tuhan, iaitu hakikat yang sering diabaikan oleh evolusionis. Sebagai langkah untuk memusnahkan budaya ateis dan merentap tabir yang menutup mata hati sesebuah masyarakat, adalah satu keperluan untuk memusnahkan Darwinisme berserta falsafah materialis yang lain dengan memanfaatkan kajian-kajian saintifik yang mutakhir.

0 comments:
Post a Comment