Impian dan perasaan - HASSAN AL-BANNA
Friday, October 29, 2010
Saudara, sebelum saya bincangkan penyelesaian yang perlu digunakan, saya mahu anda mengetahui bahawa kita tidak pernah berputus asa. Malah kita mempunyai cita-cita yang amat besar dan kita yakin tiada yang dapat menghalang kita mengecap kejayaan selain rasa putus asa. Kita mempunyai keyakinan yang tinggi bahawa kita pasti mencapai kejayaan dengan izin Allah. Syukur kepada Allah, kita tidak pernah berputus asa dan hati ini tidak pernah diulit rasa putus asa.
Segala yang berlaku di sekeliling kita memberikan kita harapan walaupun ada yang bersikap pesimis. Apabila anda masuk menemui seorang pesakit yang telah berubah daripada bercakap kepada diam, daripada bergerak kepada kaku anda akan rasakan saat akhirnya hampir tiba dan sudah sukar untuk diubat.
Namun jika sebaliknya, pesakit tadi berubah daripada diam kepada bercakap, daripada kaku kepada bergerak, anda akan merasakan pesakit ini akan semakin sembuh dan kesihatannya semakin baik. Pernah suatu ketika dahulu bangsa Timur ini kaku membisu namun kini ia mula bangkit sedar semula dalam segenap aspek. Timur kini mula bangkit dengan semangat yang membara. Jika tidak kerana belenggu yang terlalu berat dan kepimpinan yang tidak berpusat, sudah tentu kesedaran ini akan membawa kesan yang menakjubkan. Belenggu ini tidak akan kekal selama-lamanya dan pasti berakhir. Dalam sekelip mata Allah boleh mengubah banyak perkara. Orang yang kehairanan tidak akan selamanya dalam kehairanan, setelah dia memperolehi petunjuk dan setelah keadaan huru-hara bertukar menjadi stabil. Segala-galanya terserah kepada Allah.
Oleh itu kita tidak akan sekali-kali berputus asa. Ayat-ayat Allah dan hadis-hadis Rasulullah s.a.w. memaparkan pembentukan sesebuah bangsa dan kebangkitan mereka setelah hampir-hampir hancur. Begitu juga dengan kisah-kisah yang berkenaan di dalam Kitab Allah. Semua ini mengajak kita supaya sentiasa menaruh harapan dan akan sentiasa memimpin kita ke arah kebangkitan yang betul. Umat Islam amat-amat memahaminya (jika mereka mengkaji).
Anda sendiri pernah membaca awal surah al-Qasas:
Taa, Siin, Miim. Inilah ayat-ayat Kitab - Al-Quran - yang memberi penjelasan. Kami bacakan kepadamu (wahai Muhammad) sebahagian dari kisah Nabi Musa dan Firaun dengan keterangan yang benar bagi orang-orang yang beriman. Sesungguhnya Firaun telah berlaku zalim di bumi (Mesir) dengan melampaui batas, serta ia menjadikan penduduknya berpuak-puak. Ia menindas sepuak di antaranya dengan membunuh anak-anak lelaki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka.
Sesungguhnya adalah ia dari golongan yang membuat kerosakan. Dan Kami hendak berihsan dengan memberikan pertolongan kepada kaum yang tertindas di negeri itu, dan hendak menjadikan mereka pemimpin-pemimpin, serta hendak menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (apa yang dimiliki oleh Firaun dan kaumnya). Dan Kami hendak memberi mereka kedudukan yang kukuh di negeri itu, serta hendak memperlihatkan kepada Firaun dan Haman bersama-sama tentera mereka apa yang mereka bimbangkan dari golongan yang bertindas itu. (Al-Qasas: 1-6)
Apabila anda membaca ayat ini anda lihat bagaimana keangkuhan golongan yang sesat. Mereka berbangga dengan kekuatan mereka. Mereka begitu yakin dengan kehebatan mereka hingga mereka melupakan Allah yang sentiasa memerhati mereka. Di saat mereka begitu gembira dengan kekuatan yang dimiliki, Allah yang Maha Berkuasa mengazab mereka. Kehendak Allah pasti akan membantu orang-orang yang dizalimi dan akan membantu orang yang membantu golongan yang lemah hingga akhirnya golongan yang sesat akan hancur sama sekali.
Ketika itu kebenaran akan tertegak kukuh dan pendokongnya akan mencapai kemenangan. Ayat ini dan ayat-ayat lain yang termaktub di dalam Kitab Allah cukup untuk menolak segala alasan untuk berputus asa oleh mana-mana bangsa Islam yang beriman dengan Allah, utusan-Nya dan kitab-Nya. Bilakah umat Islam akan memahami hakikat yang dinyatakan oleh kitab Allah ini?
Saudara, atas dasar inilah Ikhwan al-Muslimin tidak pernah berputus asa. Pertolongan Allah pasti akan turun untuk bangsa ini walau apa sekalipun rintangan yang menimpa. Dengan harapan yang membara inilah, mereka bekerja dan Allah sahaja yang akan membantu.
Berkenaan wasilah yang telah saya janjikan tadi untuk saya bincangkan, ada tiga asas yang menjadi landasan kepada fikrah atau gagasan Ikhwan.
1. Manhaj yang sahih (pendekatan yang betul): Asas ini ditemui oleh Ikhwan al-Muslimin di dalam kitab Allah, sunnah rasul-Nya dan hukum-hakam Islam. Dengan syarat umat Islam memahaminya dengan cara yang bersih dan suci, jauh daripada sebarang anasir luar dan rekaan. Justeru dengan asas ini umat Islam akan mengkaji Islam dengan cara yang mudah, meluas dan menyeluruh.
2. Beramal dan beriman: Atas dasar ini Ikhwan berusaha melaksanakan semua aspek agama Allah yang mereka fahami tanpa sebarang kompromi. Syukur kepada Allah, mereka semua adalah orang yang meyakini gagasan dan matlamat mereka. Mereka yakin dengan bantuan Allah selagimana mereka beramal untuk Allah dan menurut hidayah Rasulullah s.a.w.
3. Pimpinan yang mantap dan diyakini: Begitulah Ikhwan al-Muslimin. Mereka akan sentiasa mentaatinya dan akan bekerja di bawah panjinya.
Saudara, demikianlah apa yang ingin saya bicarakan kepada saudara tentang dakwah kita. Suatu ungkapan yang penuh bermakna. “Saudara ibarat Nabi Yusuf bagi impian ini”. Jika anda tertarik dengan apa yang kami lakukan ini marilah kita sama-sama berganding bahu bekerja berpegangan tangan untuk tujuan ini. Allah adalah Pemberi petunjuk dan Dialah tempat pergantungan kita. Dialah sebaik-baik tempat berharap. Dialah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan.
Allah Maha Besar dan segala puji untuk Allah.

0 comments:
Post a Comment