Followers

Zakat Fitrah ( زكاة )

Sunday, August 12, 2012

Zakat ialah derma yang wajib diberikan orang Islam yang mampu kepada 8 golongan (asnaf) yang berhak menerimanya. Ia merupakan rukun ketiga dari Rukun Islam. Dari segi bahasa zakat bererti bersih, suci, subur dan berkembang. Dari surah At-Taubah, ayat 103 : 

(۱۰۳) خُذۡ مِنۡ أَمۡوَالِهِمۡ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمۡ وَتُزَكِّيهِم بِهَا وَصَلِّ عَلَيۡهِمۡ إِنَّ صَلاَتَكَ سَكَنٌ لَّهُمۡ وَاللّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ 

Bermaksud : Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk) dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu(Muhammad) itu menjadi ketenteraman bagi mereka dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
Manakala dari segi syarak, zakat ialah mengeluarkan sebahagian daripada harta yang tertentu kepada golongan tertentu apabila cukup syarat-syaratnya. Menurut siri ceramah agama Islam yang dikomentarkan oleh bekas Mufti Perlis Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin, beliau telah berkata bahawa Saidina Umar Al-Khattab pernah berkata bahawa: "Berilah zakat kepada seseorang (yang fakir miskin) itu menjadi kaya".

Ustaz Dr. Asri telah menerangkan bahawa kenyataan yang dimaksudkan oleh Saidina Umar Al-Khattab itu membawa erti pemberian zakat perlu dilaksanakan sehingga tiada lagi orang fakir miskin serta orang fakir miskin itu telah keluar (bebas) dari wilayah kefakirannya itu. Mana-mana individu yang ingin membayar zakat harus di ambil kira syarat wajib zakat. Ia perlu difahami dan dipenuhi sebelum membuat sebarang taksiran. Syarat-syarat tersebut adalah :
  • Islam
  • Merdeka
  • Sempurna milik
  • Harta usaha yang baik sebagai sumber zakat
  • Cukup nisab (jumlah perolehan untuk berzakat genap atau melepasi nilai minimum)
  • Cukup haul (genap setahun Hijriah atau tahun Masihi)
  • Niat untuk berniaga (zakat perniagaan sahaja)
Zakat hanya dikenakan kepada orang-orang Islam sahaja. Seseorang yang ingin membayar zakat itu ialah bukan tergolong dalam kalangan hamba abdi bermaksud mereka yang benar-benar bebas dari era penjajahan secara terang dan jelas, dimana wilayahnya tidak berada dalam kancah penindasan dan peperangan akibat penjajahan. Maka golongan ini diwajibkan membayar zakat. Harta yang hendak dizakat hendaklah dimiliki dan dikawal sepenuhnya oleh orang Islam yang merdeka. Bagi harta yang berkongsi antara orang Islam dengan orang bukan Islam, hanya bahagian orang Islam sahaja yang diambil kira di dalam pengiraan zakat.

Para Fuqaha’ merangkumi semua pendapatan dan penggajian sebagai “Mal Mustafad” iaitu perolehan baru yang termasuk dalam taksiran sumber harta yang dikenakan zakat. Nisab adalah paras minimum yang menentukan sesuatu harta itu wajib dikeluarkan atau tidak. Nisab menggunakan nilai emas harga semasa iaitu 20 misqal emas bersamaan 85 gram emas atau 196 gram perak. Bermaksud genap setahun iaitu selama 354 hari mengikut tahun Hijrah atau 365 hari mengikut tahun Masihi. Dalam zakat pendapatan, jangkamasa setahun merupakan jangkamasa mempersatukan hasil-hasil pendapatan untuk pengiraan zakat pendapatan. Khusus buat para peniaga yang telah memperoleh pulangan dan pendapatan hasil perniagaan dan menepati semua syarat wajib diatas wajib membayar Zakat perniagaan. Zakat terbahagi kepada dua jenis iaitu :
  1. Zakat fitrah
  2. Zakat harta
Pembayaran zakat fitrah dibayar pada bulan Ramadhan sahaja mulai 1 Ramadhan hingga 1 Syawal sebelum solat sunat Aidilfitri. Manakala zakat harta boleh dibayar pada bila-bila masa. Kadar zakat harta ialah 2.5% dari jumlah harta. Ia bermaksud segala harta benda kita, 2.5% dari harta kita itu adalah bukan hak kita tetapi hak golongan 8 asnaf yang layak menerima zakat daripada kita. Di Indonesia, zakat harta dikenali sebagai zakat maal. Zakat harta wajib dikeluarkan kerana ia adalah satu jalan jihad kepada Allah dan Islam. Dari surah At-Taubah, ayat ke-88, (9:88) :
  • (Mereka tetap tinggal) tetapi Rasulullah dan orang-orang yang beriman bersamanya, berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat kebaikan dan mereka itulah juga yang berjaya.
Manakala dari surah An-Nisaa', ayat ke-95, (4:95) :
    Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang-orang yang beriman selain daripada orang-orang yang ada keuzuran dengan orang-orang yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah (untuk membela Islam) dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur) dengan kelebihan satu darjat dan tiap-tiap satu (dari dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan yang baik (Syurga) dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu uzur) dengan pahala yang amat besar. Berikut adalah jenis zakat yang ada di Malaysia :
    • Zakat pendapatan
    • Zakat wang simpanan
    • Zakat KWSP
    • Zakat saham / pelaburan
    • Zakat emas dan perak
    • Zakat perniagaan
    • Zakat binatang ternakan
    • Zakat hasil pertanian
    • Zakat hasil laut
    • Zakat rikaz dan ma'din
    Jadual zakat

    Perkara yang menyebabkan zakat wajib dibayarNilai minimum yang diperlukan bagi membayar zakat (Nisab)Kadar pengeluaran zakat
    1. Hasil keluaran pertanianAwsuq (653 kg (1,440 lb)) per tuaian5% dari hasilan tanah usaha dalam bentuk irrigasi; 10% dari hasilan tanah yang disirami hujan semulajadi.
    2. Emas, perak, hasilan emas dan perak85 g (3 oz) emas atau 595 g (21 oz) perak2.5% nilai
    3. Simpanan dalam bank atau dalam tanganNilai 595 g (21 oz) perak2.5% jumlah
    4. Barangan daganganNilai 595 g (21 oz) perak2.5% nilai barang
    5. Hasilan perlombonganApa-apa kuantiti20% dari nilai hasilan
    6. Lembu dan kerbau30 ekor dalam bilanganseekor dari 59 ekor yang pertama, 2 ekor untuk 89 ekor seterusnya, 3 ekor untuk 150 ekor seterusnya, atau seekor lembu/kerbau berumur setahun bagi 39 ekor pertama, 1 ekor lembu/kerbau berumur 2 tahun bagi 59 ekor seterusnya, 2 ekor lembu/kerbau berumur setahun bagi 69 ekor seterusnya
    7 Kambing & kambing biri-biri40 dalam bilangan1 ekor untuk 40 ekor pertama, 2 ekor untuk 120 seterusnya; 3 ekor untuk lebih dari 200 ekor, 1 ekor tambahan bagi setiap 100 ekor seterusnya
    8. Unta5 dalam bilangan
    1. sehingga 5-24, 1 ekor kambing biri-biri atau kambing bagi setiap 5 ekor unta;
    2. 25-35, seekor setahun unta betina;
    3. 36-45, seekor 2-tahun unta betina;
    4. 46-60, seekor 3-tahun unta betina;
    5. 61-75, seekor 4-tahun unta betina;
    6. 76-90, dua-ekor 2-tahun unta betina;
    7. 91-120, tiga-ekor 3-tahun unta betina;
    8. 121 atau lebih, seekor 2-tahun unta betina untuk setiap tambahan 40 ekor atau seekor 3-tahun unta betina untuk tambahan 50 ekor. Mereka juga mesti memberi makanan dan peralatan kendiri bagi setiap satu ekor unta yang hendak dizakatkan.
    Zakat ini mesti dibayar kerana ia akan digunakan untuk kerja kebajikan seperti memberi bantuan kepada 8 golongan asnaf yang berhak untuk menerima wang zakat. 8 golongan adalah :
    1. Fakir - Orang yang tidak berharta serta tidak mempunyai pekerjaan sama sekali, atau orang yang mempunyai harta dan pekerjaan tetapi tidak dapat menampung keperluan hariannya. Contoh, keperluannya sehari ialah RM 10.00 tetapi dia hanya ada RM 2.00 sahaja.
    2. Miskin - Orang yang mempunyai harta tetapi tidak mencukupi keperluan hariannya. Contoh, keperluan hariannya RM 10.00, tetapi dia hanya ada RM 7.00 sahaja.
    3. Amil - Orang/Pekerja yang ditugaskan oleh pemerintah mengutip/mengagih zakat.
    4. Muallaf - Saudara baru memeluk Islam
    5. Riqab - Hamba yang menebus dirinya secara ansuran.
    6. Al-Gharimin - Orang yang menanggung hutang dan tidak mampu untuk menyelesaikanya
    7. Fisabilillah - Orang yang berjuang di jalan Allah.
    8. Ibnus sabil - Musafir yang terputus bekalannya semasa di perantauan
    9. Selain dari golongan 8 asnaf ini, mereka TIDAK LAYAK untuk menerima wang zakat.
    Faedah diniyah (Agama) :
    1. Dengan berzakat bererti kita telah menjalankan salah satu dari rukun Islam yang menyuruh seorang hamba pergi kepada kebahagiaan dan keselamatan dunia dan akhirat.
    2. Merupakan saranan bagi hamba untuk mendekatkan diri kepada Tuhan, akan menambah keimanan kerana keberadaannya yang memuat beberapa macam ketaatan.
    3. Pembayar zakat akan mendapatkan pahala besar yang berlipat ganda, sebagaimana firman Allah Subhaanahu wa Ta'ala, yang bermaksud: "Allah memusnahkan riba dan menyuburkan sedekah" (QS: Al Baqarah: 276). Dalam sebuah hadith yang muttafaq 'alaih Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam juga menjelaskan bahwa shadaqah dari harta yang baik akan ditumbuhkan kembangkan oleh Allah berlipat ganda.
    4. Zakat merupakan sarana penghapus dosa, seperti yang pernah disabdakan Rasulullah s.a.w.
    Faedah Khuluqiyah (Akhlak) :
    1. Menanamkan dan melahirkan sifat kemuliaan, rasa bertolak ansur, sentiasa bersyukur, bertakwa dan kelapangan dada kepada peribadi pembayar zakat.
    2. Pembayar zakat biasanya bersifat belas kasihan, peramah dan lembut kepada saudaranya yang tidak cukup keperluan.
    3. Merupakan realiti bahawa menyumbangkan sesuatu yang bermanfaat baik berupa harta mahupun raga bagi kaum muslimin akan melapangkan dada dan meluaskan jiwa kerana sudah pasti ia kan menjadi orang yang dicintai dan dihormati sesuai tingkat pengorbanannya.
    4. Dalam, zakat terdapat penyucian terhadap akhlak.
    Faedah Ijtimaiyyah (Sosial Kemasyarakatan) :
    1. Zakat merupakan kemudahan untuk membantu dalam memenuhi hajat hidup fakir miskin yang merupakan kelompok majoriti sebahagian besar negara di dunia.
    2. Memberikan dorongan kekuatan bagi kaum muslimin dan mengangkat kehadiran mereka. Ini boleh dilihat dalam golongan penerima zakat, salah satunya adalah perjuangan di jalan Tuhan.
    3. Zakat boleh mengurangkan dendam dan rasa dengki yang ada dalam dada fakir miskin. Kerana masyarakat bawah biasanya berasa benci apabila melihat mereka yang berkelas tinggi menghambur-hamburkan harta untuk sesuatu yang tidak bermanfaat. Jika harta yang demikian melimpah itu dimanfaatkan untuk mengurangkan kemiskinan, tentu akan terjalin keharmonian dan kasih sayang antara si kaya dan si miskin.
    4. Zakat akan memacu pertumbuhan ekonomi pelakunya dan yang jelas berkahnya akan melimpah.
    5. Membayar zakat bererti memperluaskan peredaran harta benda atau wang, kerana ketika harta dibelanjakan maka putarannya akan meluas dan lebih banyak pihak yang mengambil manfaat.
    6. Bagi menangani masalah pengangguran masyarakat Islam, dengan mengambil hasil zakat (sebahagian) untuk disediakan keperluaan yang diperlukan dalam bekerja, menyediakan peluang pekerjaan, menjana pendidikan dan tempat latihan para pekerja.
    Hikmah dari zakat antara lain :
    1. Mengurangkan jurang antara mereka yang berada dengan mereka yang miskin.
    2. Membantu mereka yang berjuang dan berdakwah dalam meninggikan kalimah Allah SWT.
    3. Membersihkan dan mengikis akhlak yang buruk
    4. Alat pembersih harta dan penjagaan dari ketamakan orang jahat.
    5. Ungkapan rasa syukur atas nikmat yang Allah SWT berikan
    6. Untuk pengembangan upaya umat
    7. Memberi kekuatan moral kepada orang yang baru masuk Islam
    8. Menambah pendapatan negara untuk projek-projek yang berguna bagi ummat.

    0 comments:

    ©2009 .:: Makalah Ilmu ::.. Hakcipta Ada Yang Terpelihara.
    Diterbitkan Oleh : Amirul Amin. | Pengurusan Oleh : Malaysia Terjah. | Pautan Luaran Oleh : Afiqah Network Link.
    PENAFIAN : Ini adalah laman Web ATAU Blog sokongan untuk tujuan PROMOSI ATAU SUMBANGAN sahaja.
    Tiada kaitan dengan : Laman Web ATAU Blog Syarikat ATAU Agensi ATAU Individu ATAU Organisasi yang disertai.
    Tiada mana-mana bahagian portal ini boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diuruskan
    bagi tujuan komersil dalam apa bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada
    Malaysia Terjah.