Followers

NILAI SEBUAH PENGORBANAN

Thursday, August 18, 2011

Bagi umat Islam kisah pengorbanan yang dilakukan oleh nabi Ibrahim as ketika peristiwa menyembelih anaknya nabi Ismail as adalah suatu bentuk ketundukan dan lambang ketaatan yang cukup tinggi dalam menjunjung titah perintah Allah swt di mana peristiwa ini mereka kaitkan dengan ibadah haji dan ibadah korban yang disambut setiap tahun. Ketaatan yang ditunjukkan oleh nabi Ibrahim as terhadap perintah Allah swt ini telah dirakam oleh Allah swt di dalam Al-Quran yang sampai ke hari ini dibaca oleh seluruh umat Islam. Firman Allah swt:



“Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepada ku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang saleh. Maka Kami beri dia khabar gembira dengan seorang anak yang amat sabar. Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: “ Hai anakku sesungguhnya aku melihat didalam mimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!’ ia menjawab “Hai bapaku kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar”. Tatkala keduanya telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya atas pelipatnya, (nyatalah kesabaran keduanya). Dan Kami panggillah dia: “Hai Ibrahim, sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu, sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik. Sesungguhya ini benar-benar satu ujian yang nyata. Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar. Kami abadikan untuk Ibrahim itu (pujian yang baik) di kalangan orang-orang yang datang kemudian. (iaitu) : “Kesejahteraan dilimpahkan atas Ibrahim”. Demikianlah Kami memberikan balasan kepada orang-orang yang berbuat baik. Sesungguhnya ia termasuk hamba-hamba Kami yang beriman”


Umat Islam perlu memahami bahawa setiap peristiwa dan kisah-kisah yang dipaparkan di dalam Al-Quran adalah sesuatu yang mesti diambil pengajaran darinya. Firman Allah swt:


“Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal. Al Quran itu bukanlah cerita yang dibuat-buatkan tetapi membenarkan (kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjelaskan segala sesuatu dan sebagai petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman”


Begitulah kisah pengorbanan yang ditunjukkan oleh nabi Ibrahim as terhadap perintah Allah swt. yang menciptakan dirinya. Semoga momentum kisah korban nabi Ibrahim as dan nabi Ismail as itu akan dapat memotivasikan kita sebagai umat Islam agar terus berusaha untuk menjadi umat yang terbaik serta tunduk kepada perintah Allah swt. Satu persoalan yang perlu dilontarkan kepada diri kita sebagai umat yang diiktiraf oleh Allah swt ialah; adakah kita hari ini telah menjadi seorang hamba yang benar-benar memiliki “ciri-ciri pengorbanan” yang sama seperti pengorbanan nabi Ibrahim as. Sebagai umat nabi Muhammad saw kita perlu melihat bahawa sebenarnya kisah kehidupan Rasulullah saw itu jika dikaji dan difahami satu persatu sejak mula turunnya wahyu yang pertama – surah Al-A’laq - hinggalah tertegaknya daulah Islam di Madinah, jelas memaparkan kepada kita bahawa perjalanan hidup Rasulullah saw itu sebenarnya penuh dengan pengorbanan diri dan harta baginda saw sendiri. Untuk itu, Allah swt telah memerintahkan kepada kita agar menjadikan kehidupan Rasulullah saw sebagai suri tauladan: Firman Allah swt :


“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah saw itu suri tauladan yang baik bagimu ( iaitu) bagi orang yang mengharapkan (rahmat) Allah swt dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah swt.”


“Katakanlah: “jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.” Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”


“Apa yang diberikan Rasul kepadamu maka terimalah ia. Dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah; dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah sangat keras hukuman-Nya.”


Berdasarkan hal inilah maka umat Islam hari ini perlu menyedari bahawa di dalam diari kehidupan mereka mestilah ada konsep “pengorbanan” yang perlu dicatatkan sebagai sesuatu yang mesti diperjuangkan di dalam kehidupan ini bagi melayakkan diri mereka untuk mendapatkan ridhaNya. 


PENGORBANAN DAN IDEOLOGI


Pertembungan antara hak dan batil adalah suatu sunnatullah yang tidak akan berhenti. Ini adalah kerena kedatangan Islam itu adalah untuk menghancurkan dan menghilangkan kebatilan.


“Dan katalah: “Yang benar telah dating dan yang batil telah lenyap”. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap”


Lantaran itu, untuk melihat Islam itu dimuliakan dan dimenangkan mengatasi cara hidup yang lain di dunia ini maka umat Islam perlulah sanggup bersedia untuk “berkorban” demi Islam yang mereka yakini ini. Tetapi satu persoalan yang mungkin timbul di sini adalah: adakah umat Islam hari ini telah memiliki jiwa yang sanggup “berkorban” untuk mempejuangkan agama mereka? Sejarah kehidupan Rasulullah saw dan para sahabat generasi awal telah menunjukkan kepada kita betapa kesanggupan yang mereka lakukan untuk “berkorban” demi kerana agama yang mereka yakini telah berjaya mengangkat Islam sebagai suatu cara hidup yang menguasai dunia selama lebih kurang 1400 tahun lamanya. Inilah yang dikatakan sebagai mereka yang memahami dan menyakini Islam sebagai satu cara hidup(ideologi). Mereka sanggup “berkorban” harta hatta nyawa sekalipun demi untuk melihat ideologi yang mereka yakini akan kebenarannya itu berjaya dimenangkan mengatasi deen-deen yang lain. Oleh itu, sebagai umat yang dikatakaan sebagai umat yang terbaik, umat Islam hari ini perlulah memiliki pemikiran dan perasaan yang sanggup “berkorban” seperti yang telah ditunjukkan oleh generasi yang terdahulu itu. Lihatlah bagaimana musuh-musuh umat Islam yang diketuai oleh Amerika hari ini begitu rakus dalam menguasai dunia umat Islam serta menyebarluaskan ideologi kapitalisma keseluruh dunia Islam. Realiti di bumi Iraq, Afganistan dan yang terbaru di Acheh memberikan gambaran kepada kita akan sikap dan tindak tanduk mereka yang menyakini ideologi kapitalisma. Apa yang mereka lakukan? Amerika Syarikat sanggup “mengorbankan” harta dan nyawa rakyatnya semata-mata untuk memastikan ideologi kapitalisma yang mereka anuti itu tersebar ke seluruh dunia khususnya ke bumi umat Islam. Perbelanjaan ketenteraan Amerika di Afghanistan dan Iraq pada tahun 2004 sahaja mencapai USD5 bilion sebulan!!!! Mereka lebih sanggup membelanjakan jumlah ini bagi memastikan dominasi mereka daripada membantu mereka-mereka yang memerlukan. Lihatlah sahaja komitmen mereka untuk membantu mangsa tsunami. Mereka hanya menjanjikan bantuan sebanyak USD350 juta; yang merupakan perbelanjaan ketenteraan di Iraq dan Afghanistan selama 2 minggu!! – itupun setelah ditegur oleh ketua bantuan kemanusiaan PBB, Jan Egeland. Inilah topeng kapitalisma Amerika.


“Sesungguhnya orang-orang kafir itu adalah musuh yang nyata bagimu”




Sejarah juga telah memperjelaskan kepada kita bagaimana kuasa-kuasa imperialis seperti Portugal, Sepanyol, Belanda, British dan lain-lainnya juga pada zaman dahulu merupakan bangsa yang sanggup “berkorban” semata-mata untuk mencapai matlamat mereka yang paling mereka agungkan iaitu 3G- Gold, Glorry and God. Bagi ideologi kapitalisma, imperialisma adalah thariqah mereka untuk menyebarluaskan idealogi tersebut dimana perlu kita ketahui bahawa imperialisma (ai-isti’mar) adalah pemaksaan dominasi (fardhu saytharah) di bidang politik, ekonomi ,ketenteraan dan budaya kepada negara-negara yang didominasi untuk kemudiannya dieksploitasi (istighlal).


“Sesungguhnya orang-orang yang kafir itu, menafkahkan harta mereka untuk menghalangi (orang) dari jalan Allah. Mereka akan menafkahkan harta itu, kemudian menjadi sesalan bagi mereka dan mereka akan dikalahkan. Dan ke dalam neraka Jahannamlah orang-orang kafir itu dikumpulkan.” TMQ8:36. “Adapun orang-orang yang kafir, sebahagianmereka menjadi pelindung bagi sebahagian yang lain. Jika kamu(hai para muslim) tidak melaksanakan apa yang telah diperintahkan allah itu) nescaya akan terjadi kekacauan di muka bumidan kerosakan yang besar.”


DIMANAKAH PENGORBANAN UMAT ISLAM HARI INI????


Salah satu aspek pengorbanan yang paling tidak, bisa menojolkan sebahagian kecil komitmen kaum muslimin adalah membantu mereka yang memerlukan. Benar, Amerika, yang gemar memperagakan topeng kepalsuan mereka telah hanya menjanjikan USD350 juta bagi membantu mangsa tsunami, namun jika kita perhatikan jumlah bantuan yang disumbangkan oleh negara-negara kaum muslimin yang kaya raya seperti Arab Saudi, hanyalah USD10 juta sahaja!!!! - satu jumlah yang tidak sepadan dengan kekayaan yang melimpah-limpah yang ada pada mereka. Persoalan ini pasti kerap bermain didalam benak setiap muslim yang berfikir – dimanakah pengorbanan kaum muslimin dalam membantu kaum muslimin yang lain? Ini hanya dari aspek bantuan kepada mangsa tsunami yang rata-rata beragama Islam, belum lagi pengorbanan dalam mengembalikan Islam sebagai ad-deen yang dominan.


Inilah realiti yang menimpa umat Islam di saat ini. Jelas, scara umumnya dapat kita simpulkan bahawa umat Islam hari ini masih gagal untuk menghayati erti “pengorbanan” yang mereka raikan setiap tahun apabila tibanya ‘Eid Adha. Bagi muslim yang memiliki jiwa “berkorban” mereka akan senantiasa terpanggil untuk melaksanakan ketaatan kepada seluruh perintah Allah swt samada ianya berbentuk perintah mahupun larangan Allah swt didalam usaha mereka untuk mendapatkan keredhaanNya walaupun mungkin mereka terpaksa mengorbankan segala-galanya baik harta mahupun nyawanya untuk Islam. Dia akan memahami bahawa kewujudan mereka di dunia ini adalah semata-mata untuk mengabdikan diri mereka sepenuhnya kepada perintah Allah swt.:


“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku.”




Nasib umat Islam di bumi Palestin, bumi tempat terletaknya masjid Al-Aqsa sebagai kiblat pertama umat Islam dan masjid ke-3 mulianya selepas Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, kini masih lagi berada di bawah kekuasaan rejim kufur Yahudi laknatullah. Begitu juga nasib umat Islam di bumi Iraq, Afghanistan dan lain-lain kawasan secara keseluruhan masih lagi berada dibawah dominasi kufur secara langsung mahupun tidak langsung. Bagi mengembalikan kedaulatan Islam dan kaum muslimin, suatu “pengorbanan” dari seluruh dunia umat Islam amat diperlukan. Persoalannya kini adalah: adakah umat Islam hari ini telah bersedia untuk melakukan pengorbanan seiring dengan sambutan hari raya korban yang diraikan diseluruh dunia?


HAKIKAT SEBUAH PENGORBANAN


Bagi menghadapi cabaran yang terus mencengkam dunia dan umat Islam hari ini maka kita sebagai umat yang dianugerahkan oleh Allah swt sebagai umat yang terbaik perlulah mempersiapkan diri dari sudut kekuatan pemikiran dan segala bentuk kekuatan yang lain agar sanggup “berkorban” bagi memperjuangkan Islam sebagai suatu ideologi yang mendominasi seluruh deen-deen yang lain demi melangsungkan kembali kehidupan Islam dengan kesediaaan untuk melakukan “pengorbanan” bagi menegakkan kembali Daulah Khilafah yang di atas minhaj kenabian.

0 comments:

©2009 .:: Makalah Ilmu ::.. Hakcipta Ada Yang Terpelihara.
Diterbitkan Oleh : Amirul Amin. | Pengurusan Oleh : Malaysia Terjah. | Pautan Luaran Oleh : Afiqah Network Link.
PENAFIAN : Ini adalah laman Web ATAU Blog sokongan untuk tujuan PROMOSI ATAU SUMBANGAN sahaja.
Tiada kaitan dengan : Laman Web ATAU Blog Syarikat ATAU Agensi ATAU Individu ATAU Organisasi yang disertai.
Tiada mana-mana bahagian portal ini boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diuruskan
bagi tujuan komersil dalam apa bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada
Malaysia Terjah.