Mengapakah Jasad OSAMA Dibuang Kedalam Laut?
Sunday, July 10, 2011
Selepas beberapa jam jasad beliau dibawa dari Abbotabad ke USS Carl Vinson, sebuah aircraft carrier, jasad Osama dibuang kedalam laut. Sebelum dibuang sel tisu dan rambut Osama telah pun diambil bagi mendapatkan pengesahan DNA. Dah mati senang sikit nak dapatkan DNA
Anyway dari informasi yang aku dengar mayat Osama dikafankan, dibalut dengan kain putih sebelum dimasukkan kedalam sebuah beg kanvas yang diisikan pemberat. Mayatnya kemudian diletakkan diatas sebuah papan kayu sebelum dijatuhkan kedalam laut.
KENAPA mayat dia dibuang macam sampah? Well jawapannya adalah agak mudah. Kamu ingat apa terjadi selepas kematian Saddam Hussein beberapa tahun yang lalu? Makan beliau di Tikrit menjadi tempat kunjungan penyokong beliau. Setiap hari ratusan orang meratapi kematian beliau disebuah makam yang dibina beliau sebelum mati digantung. Pihak USA melakukan pengkebumian laut terhadap Osama kerana risau jika mayatnya ditanam kelak, lokasinya akan menjadi sebuah pilgrimage ground kepada penyokong Al Qaeda.
Amalan ini sebenarnya bukan perkara baru. Selepas ahli-ahli tertinggi NAZI digantung, kesemua jasad mereka dibakar dan debunya dibuang kedalam Sungai Conwentzbach. Kerana itulah tiada kubur buat Goering, Himmler dan seangkatannya. Tinggalan tulang Adolf Hitler sendiri masih didalam simpanan KGB (atau nama barunya FSB) sekarang. Mereka enggan memulangkan serpihan tulang kepala dan gigi beliau ke Jerman kerana tidak mahu makamnya menjadi tempat penyembahan para Neo Nazis.
0 comments:
Post a Comment