Followers

Lelaki Acuan Al-Quran

Monday, July 11, 2011

Lelaki acuan Al Quran,dia meletakkan istrinya sebagai kekasih ke dua.kerna Allah dan Rasul Nya kekasih agung dalam hati.
Lelaki acuan Al Quran ,tidak lelah mengatakan kebenaran dan tidak lena dibuai pujian.
Lelaki acuan Al Quran,hatinya keras dan berani menentang kebathilan,dan lembut mesra kepada kebaikan.
Lelaki acuan Al Quran,menundukkan pandangan matanya.bukan kerna sombong dan bongkak,bahkan kerna hanya mahu memandang pada yang istri nya yang sah.
Lelaki acuan Al Quran,solat wajibnya terjaga,dihiasi dengan bunga-bunga solat sunat,dan diwangi dengan puasa.
Lelaki acuan Al Quran,matanya menangis pada malam hari,tangannya menggeletar dantubuhnya bergetar,bahkan hatinya meraung-raung dihadapan pencipta Nya.tika diabersendirian dengan kekasih agung.ketika pintu istana maharaja tertutup,jendela-jendela istana terkunci rapat,dia disitu diatas sejadah kasih,bersama kekasih paling agung:Penciptanya.

Lelaki acuan Al Quran,aqidahnya kukuh,imannya utuh,ibadahnya dijaga,bahkan akhlaknya mempesona.Tidak mudah menghakimi.Bahkan yang pertama tampil di medan jihad.
Lelaki acuan Al Quran,yang punyai istri yang akan berkata:”wahai suamiku,sanggupkah nta menjadikan ana kekasih ke dua?sanggupkah kau meletakkan ana di tangga ke dua??selepas kau letakkan Allah dan Rasulnya di tanga terulung??”
Lelaki acuan Al Quran,tidak lepas melakukan kesilapan,tetapi kesilapan itu pasti ditangisi dengan sesalan dan taubat nasuha.
Lelaki acuan Al Quran,tidak lari dari sahabat yang jahil.Bahkan bila ditanya,lalu dijawab:”kalau kalian lari,apa akan kita jawab kiranya Allah nanti bertanyakan:dimana tanggungjawab mu kepada sahabt mu?”

0 comments:

©2009 .:: Makalah Ilmu ::.. Hakcipta Ada Yang Terpelihara.
Diterbitkan Oleh : Amirul Amin. | Pengurusan Oleh : Malaysia Terjah. | Pautan Luaran Oleh : Afiqah Network Link.
PENAFIAN : Ini adalah laman Web ATAU Blog sokongan untuk tujuan PROMOSI ATAU SUMBANGAN sahaja.
Tiada kaitan dengan : Laman Web ATAU Blog Syarikat ATAU Agensi ATAU Individu ATAU Organisasi yang disertai.
Tiada mana-mana bahagian portal ini boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diuruskan
bagi tujuan komersil dalam apa bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada
Malaysia Terjah.