Mutiara doa
Friday, June 17, 2011
1. Doa ketika memakai pakaian
‘Segala puji bagi Allah yang member pakaian ini kepadaku, sebagai rezeki daripadaNya, tanpa daya dan kekuatan daripadaku.
2. Doa memohon ampun atas kesalahan meminta sesuatu yang tidak diketahui hakikatnya
Nabi Nuh berkata: ‘ Ya Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dan memohon kepada Engkau sesuatu yang aku tiada mengetahui hakikatnya. Dan sekiranya Engkau tidak member ampun kepadaku, dan tidak menaruh belas kasihan kepadaku, nescaya aku akan termasuk orang-orang yang rugi.’ (Surah al-Hud, ayat 47)
3. Doa anugerah tempat yang diberkati
‘Ya Tuhanku, tempatkanlah aku pada tempat yang diberkati, dan Engkau adalah sebaik-baik yang member tempat.’ (Surah al-Mukminun, ayat 29)
4. Doa diberi ilham untuk mensyukuri nikmat dan beramal soleh
‘Ya Tuhanku, berikanlah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmatMu yang telah Kau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua-dua ibu bapaku dan orang yang mengerjakan amal soleh yang Engkau redai, dan masukkanlah aku dengan rahmatMu ke dalam golongan hambaMu yang soleh.’ (Surah al-Naml, ayat 19)
5. Doa dihindar daripada fitnah dan diselamatkan daripada tipu daya orang kafir
‘Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan kami sebagai sasaran fitnah bagi kaum yang zalim, dan selamatkanlah kami dengan rahmat Engkau daripada tipu daya orang-orang kafir.’ (Surah Yunus, ayat 85-86)
6. Doa mohon rezeki
Nabi Isa berdoa, ‘ Ya Tuhan kami, turunkanlah kiranya kepada kami suatu hidangan daripada langit (yang hari turunnya) akan menjadi hari raya bagi kami iaitu orang-orang yang bersama kami dan yang datang sesudah kami, dan menjadi tanda bagi kekuasaan Engkau; berilah kami rezeki, dan Engkaulah pemberi utama rezeki.’ (Surah al-Maidah, ayat 114)
7. Doa dianugerahkan kekuatan, kekuasaan dan rezeki yang banyak
‘Wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau hendaki dan Engkau cabut kerajaan daripada orang yang Engkau hendaki. Di tangan Engkaulah segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu, Engkau masukkan malam ke dalam siang, siang ke dalam malam. Engkau keluarkan yang hidup daripada yang mati, daripada yang mati kepada yang hidup. Dan Engkau beri rezeki siapa yang Engkau hendaki tanpa hisab (batas).’ (Surah al-Imran, ayat 26)
8. Doa mohon dihapuskan kesalahan dan dimatikan bersama orang yang berbakti
‘Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami mendengar seruan yang menyeru kepada iman, iaitu: “Berimanlah kamu kepada Tuhanmu,” maka kami pun beriman, Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan hapuskanlah kesalahan-kesalahan kami, dan wafatkanlah kami bersama-sama orang yang banyak berbakti.’ (Surah al-Imran, ayat 193)
Wallua’lam..
0 comments:
Post a Comment