Yahudi Orthodoks Dan HDTV
Saturday, April 16, 2011
Yahudi Ultra-Orthodoks di Israel amat bersungguh-sungguh dalam menghalang komuniti mereka dari terpengaruh dengan sebarang elemen yang boleh menyebabkan gejala sosial.
Berikut ialah kempen iklan yang dikeluarkan oleh pertubuhan Hassedic diIsrael untuk mengelakkan komuniti mereka dari melanggan channel HD yang dikeluarkan oleh syarikat YES.
Di bawah ini adalah lirik yang dinyanyikan oleh mereka. Ia bercampuran bahasa Inggeris dan Hebrew.
(Rabbi speech)
Be warned holy land
of the hi definition
go out and erase this “toeivah”
Be warned holy land
of the hi definition
go out and erase this “toeivah”
Oy Vey, the “toeivah” is here
He said Oy Vey
now the detail’s so clear
YES brought HD
Groise Tate please help
It’s a “broch” this HD on YES
He said Oy Vey
now the detail’s so clear
YES brought HD
Groise Tate please help
It’s a “broch” this HD on YES
Gevald it’s Sedom and Gemorah
HDTV… it’s against the torah
HDTV… oy vey vey vey vey
Now the shikses look well
you will all go to hell
Or in Hebrew Yishmor HoKel
HDTV… it’s against the torah
HDTV… oy vey vey vey vey
Now the shikses look well
you will all go to hell
Or in Hebrew Yishmor HoKel
Cause the HD is now on YES
Maksud beberapa perkataan di atas
- Toeivah = dosa
- Oy Vey = Oh tidak!
- Groise Tate = Tuhan Syurga
- Broch = sejenis tembok besar yang tinggi yang diperbuat dari batu-batu. Ia adalah gelaran bagi dinding tembok bagi kota-kota lama zaman dahulu.
- YES = nama sebuah syarikat televisyen satelit di Israel
- Gevald = ia adalah perkataan seumpama doa yang disebutkan oleh penganut Judais untuk meminta diri dilindungi oleh Tuhan Yahweh mereka. Contohnya, penganut Islam apabila ingin memohon dijauhkan sesuatu bala kita akan menyebut satu kalimah sahaja iaitu Na’uzibillah. Bagi penganut Judais mereka menyebut Oy gvauld atau Gevald ataugvauld.
- Sedom and Gemorah = ianya nama bagi dua buah bandar zaman Nabi Lut. Disebut juga sebagai Sodom & Gemorra, merupakan kisah kaum Bani Israel di perkampungan Sodom & Gemorra yang menerima bala tuhan . Kisah ini disebut dalam Taurat, Injil dan Al-Quran.
- Torah = Taurat (Kitab Taurat)
- Shikses = adalah sejenis Kata Nama (noun) dan jamak kepada Shikse. Ia adalah gelaran kasar kepada perempuan Yahudi yang suka melanggar peraturan agama Judais. Perkataan shikses biasanya hanya digunakan dikalangan Yahudi Orthodoks sahaja untuk menghina perempuan jenis ini.
- Yishmor Hokel = Tuhan selamatkanlah kami!
Mengapa kempen ini timbul?
Bukan semua Yahudi bersetuju dan bersependapat dengan Zionist. Kelompok Zionist di Israel dikenali sebgaai kelompok Yahudi Sekular yang dikira sebagai perosak kepada agama Judais dan kesucian Taurat dan Talmud. Memandangkan kelompok Zionist adalah kelompok majoriti, maka pengamal sejati agama Judais menetap di daerah-daerahnya sendiri.
Kelompok pengamal tulen ini digelar sebagai Yahudi Orthodoks atau Ultra-Orthodoks. Mereka berpegang teguh dengan fatwa-fatwa Rabbi (Paderi) mereka. Golongan Orthodoks ini berpendapat kesucian agama dan budaya Yahudi hanya dapat dijaga jika kelompok orthodox tidak bergaul denganZionis.
Kempen ini bertujuan menentang penjualan HDTV di Israel khususnya daerah-daerah yang didiami oleh Yahudi Orthodoks. Bagi mereka, kualiti resolusi yang melampau daripada televisyen boleh memberikan kesan buruk kepada kanak-kanak, remaja lelaki dan perempuan.
Yahudi Orthodoks juga menganggap membeli dan melihat HDTV adalah suatu dosa besar menentang kesucian kitab Taurat. Mereka bimbang kemudian hari kelak anak-anak muda komuniti Yahudi Orthodoks tidak lagi berminat belajar kitab taurat di Synagogue (kuil Yahudi).
Mengenai Syarikat YES
YES adalah sebuah syarikat perkhidmatan televisyen satelit di Israel seperti mana Astro jika di Malaysia. Ianya ditubuhkan pada 1998 dan biasanya lebih dikenali sebagai D.B.S Satellite Service. Namun begitu, siaran yang disediakan tidaklah sebanyak ASTRO.
Setakat ini, YES hanya menyediakan 5 siaran satelit iaitu YES Star HD, National Geographic, MGM HD dan Sport 5. Sebelum Oktober 2008, YES telah melancarkan 4 siaran baru iaitu
- yesSTARS
- yesWEEKEND
- yesREAL
- Summer Nights
Malangnya semua siaran ini terpaksa dibatalkan di Israel atas sebab-sebab dikatakan melanggar peraturan Taurat dan mengandungi hiburan yang melampau.
0 comments:
Post a Comment