Followers

Bridgestone Menaja Festival Gay

Sunday, April 24, 2011

gaypride
Pesta Gay yang berlangsung pada 20 Jun 2009 lepas didapati telah ditaja oleh beberapa syarikat ternama, antaranya ialah Bridgestone , iaitu syarikat tayar terkenal di seluruh dunia.
Menurut penganjur pesta gay tersebut iaitu Nashville Pride, terdapat tiga syarikat utama yang menyumbang bantuan kewangan kepada penganjuran Festival Gay Nashville, selain Bridgestone ialah syarikat perabot dan kelengkapan rumah iaitu Home Depot dan juga syarikat penerbangan di Amerika, Southwest Airlines.

Walaupun Bridgestone adalah syarikat yang dipelopori oleh Jepun tetapi tidak semua urusan penajaan dikawal oleh ibu pejabat di sana. Bridgestone Jepun mungkin tidak terlibat dengan sebarang gerakan menyokong gerakan sosial luar tabii seprti ini tetapi di Amerika, pemegang-pemegang saham terbesar adalah dikalangan masyarakat Yahudi.
bernie_marcus
(Gambar) Bernie Marcus, CEO Home Depot. (Kanan) Rolling King, CEO Southwest Airlines
Syarikat peralatan Home Depot sendiri dipimpin oleh Yahudi Gay iaitu Bernie Marcus yang berdarah Russia. Bernie juga telah beberapa menyertai pesta Gay sejak kebelakangan ini tetapi kali ini nampaknya, Home Depot mengambil inisiatif menyumbang sebanyak USD5000 kepada penganjur festival gay tersebut.
Simbol-Simbol Gay
Golongan Gay, Lesbian, Bisexual dan Transgender atau lebih dikenali sebagaiLGBT mempunyai simbol-simbol peribadi mereka sendiri sebagai imej tetap bagi melambangkan kekukuhan agenda paranormal mereka.
untitled-2
(Gambar) bendera rasmi Gay atau LGBT dengan corak warna-warni
lgbt-in-sign-language
(Gambar) Isyarat-isyarat tangan kelompok LGBT
(Gambar) corak warna kapal terbang Southwest Airlines juga berwarna-warni
Kemungkinan simbol-simbol ini juga menular di Malaysia kerana koloni LGBT di Malaysia juga mudah dilihat di mana-mana.
Tentangan dari masyarakat Barat
Pengarah Liberty Counsel iaitu Matt Barber telah mengambil inisiatif untuk cuba menghebahkan perkara ini kepada masyarakat Amerika. Melalui beberapa laporan akhbar, beliau mendesak agar masyarakat memboikot produk-produk keluaran Home Depot, Bridgestone dan melarang menggunakan khidmatSouthwest Airlines.
Menurut Barber lagi, apa yang paling mengecewakan ialah program Festival yang ditaja oleh ketiga-tiga syarikat itu adalah program khusus untuk mendedahkan tingkahlaku LGBT kepada kanak-kanak dan remaja.
Sebelum ini menurut Barber, beberapa program yang ke arah objektif tersebut telah dianjurkan seperti bengkel membina kraftangan untuk kanak-kanak tajaanHome Depot. Tetapi misi tersembunyi di sebalik program itu ialah mendidik aktiviti homoseksual tanpa kanak-kanak sedari.
Antara penaja lain yang terlibat ialah Motorola dan Scooter.
Dalam temuramah bersama sebuah akhbar, Barber menegaskan;
“Out of some kind of notion of political correctness and being tolerant, Home Depot is contributing to all of this,”
They’re contributing to the corruption of children, and they need to answer for that.”
Koloni Gay di Malaysia
Koloni gay di Malaysia paling mudah boleh dilihat di institusi pengajian tinggi awam dan swasta termasuklah di maktab-maktab perguruan. Koloni semut warna-warni ini kelihatan agak kukuh sarang mereka seperti seolah-olah mempunyai dana luar yang membantu dari belakang.
Amat malangnya, sejak era selepas merdeka, koloni gay dan pondan kelihatan semakin menjadi-jadi sehinggakan sampai ke tahap ada golongan politik yang mahu koloni paranormal ini diberi pengiktirafan di dalam masyarakat.
Menteri Pembangunan Wanita, Dr. Ng Yen Yen pernah menyuarakan pandangan tidak lama dulu bahawa golongan homoseksual perlu diiktiraf agar mudah diberi bantuan. Tindakan ini telah menjejaskan imej Malaysia sebagai negara Islam

0 comments:

©2009 .:: Makalah Ilmu ::.. Hakcipta Ada Yang Terpelihara.
Diterbitkan Oleh : Amirul Amin. | Pengurusan Oleh : Malaysia Terjah. | Pautan Luaran Oleh : Afiqah Network Link.
PENAFIAN : Ini adalah laman Web ATAU Blog sokongan untuk tujuan PROMOSI ATAU SUMBANGAN sahaja.
Tiada kaitan dengan : Laman Web ATAU Blog Syarikat ATAU Agensi ATAU Individu ATAU Organisasi yang disertai.
Tiada mana-mana bahagian portal ini boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diuruskan
bagi tujuan komersil dalam apa bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada
Malaysia Terjah.