Followers

Solat dari kajian Saintis

Tuesday, March 29, 2011

KAJIAN saintifik tiga pensyarah Universiti Malaya membuktikan solat yangdiwajibkan kepada umat Islam setiap hari, bukan hanya amalan kerohaniantetapi terbukti mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mentalterutama meningkatkan tahap kesihatan manusia.


]SOLAT sebagai rukun Islam yang wajib dilakukan setiap umat Islam sudah banyak dikaji dari sudut kerohanian.



Bagaimanapun,pernahkah kita berfikir mengenai pengertian setiap gerakan solatseperti qiyam, rukuk, sujud, duduk antara dua sujud serta tahiyat awaldan tahiyat akhir.


Adakah gerakan itu hanya sekadar gerakan tubuh yang tidak mempunyai makna?


Kajiansains moden mendedahkan bahawa amalan yang dilakukan lima kali setiaphari bukan hanya suatu amalan kerohanian yang mendekatkan hamba kepadapenciptanya. Kehebatan solat ternyata memanfaatkan tubuh manusia.


Hasilkajian saintifik membuktikan kewajipan terhadap setiap umat Islammempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental manusia.


Lebihmembanggakan bukti itu diperoleh hasil kajian anak tempatan, termasukseorang bukan Islam. Mereka adalah pensyarah Jabatan KejuruteraanBiomedikal di Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya (UM) yang diketuaiProfesor Madya Dr Fatimah Ibrahim bersama Profesor Wan Abu Bakar WanAbas dan dengan Siew Cheok.


Penggerak kajian ini ialah PerdanaMenteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan melalui geran JabatanPerdana Menteri (JPM), kajian itu bermatlamat menentukan nilaiterapeutik solat terhadap mereka yang melakukan solat, termasuk darisegi sistem kardiovaskular, komposisi tubuh, isyarat otak dan aktivitiotot.


Dr Wan Abu Bakar ketika memperjelaskan kajian itu berkata,mereka adalah jurutera bioperubatan yang mengkaji tubuh manusia darisegi kejuruteraan.


Katanya, kajian itu cuba melihat apa yang sebenar berlaku kepada fizikal dan mental manusia ketika melakukan solat.


“Kajiandibahagikan kepada beberapa bahagian, iaitu saya mengkaji aktivitiotot, Siew Chok mengkaji isyarat otak, iaitu apa yang berlaku kepadagelombang otak ketika solat. Dr Fatimah mengkaji komposisi tubuh,”katanya.


Beliau berkata, hasil kajian mendapati bahawa adabanyak perkara positif apabila seseorang melakukan solat dan inidimuatkan dalam buku `Solat: Kebaikan Dari Perspektif Sains’ terbitanJabatan Kejuruteraan Biomedikal. Buku ini mempunyai dua versi, bahasaMelayu dan Inggeris.


Setakat ini, kajian itu adalah yang pertamadilakukan secara saintifik di negara ini. Bagaimanapun, sudah adabeberapa kajian yang sama, tetapi tidak menyeluruh dan lengkap sepertiyang dilakukan UM.


Seorang doktor perubatan dari Indonesia, Prof Dr Moh Sholeh, melakukan kajian khusus terhadap solat tahajud.
sumber dari: http://www.ukhwah.com/viewtopic.php?topic=39295&forum=3
Beliaumengambil sampel darah, hormon tekanan (stress) dan imuniti dalambadan. Selepas tiga bulan melakukan solat, sampel diambil lagi dandidapati imuniti meningkat dan hormon tekanan menurun. Rumusannya solattahajud boleh merawat barah.


Kajian lain dilakukan oleh tigadoktor perubatan dari Universiti Hokkaido di Jepun, iaitu MohammedFaruque Reza, Yuji Urakami dan Yukio Mano, yang mendapati bahawa posisitubuh (posture) solat boleh merawat warga tua yang sakit tulang.


DrWan Abu Bakar berkata, kajian sepatutnya berakhir tahun ini, tetapijabatan mempunyai beberapa cadangan baru bagi memperluaskan kajian itu.


Memperjelaskankajian lanjutan itu, Dr Fatimah yang mengetuai kajian berkata antarabidang baru yang akan dikaji ialah mengenai perbezaan solat antaraorang biasa dan ulama.


“Kajian itu akan mengkaji isyarat otakulama dan orang biasa ketika bersolat. Adakah isyarat otak orang alimadalah lebih tenang berbanding orang biasa kerana kita menjangka merekamemahami bahasa al-Quran,” katanya.


Bagaimanapun, katanya sukaruntuk mendapat ulama secara sukarela menyertai ujian ini. Beliaumemberi jaminan bahawa identiti mereka yang menyertai ujian dirahsiakandan hanya dinyatakan sampel adalah dari kumpulan tertentu.


Berbandingkajian awal yang mengesahkan solat memberi banyak kebaikan kepadakesihatan manusia, katanya kajian lanjutan memperjelaskan proses solatmerawat pelbagai penyakit.


Mengambil Erektil Disfungsi (ED) ataumati pucuk sebagai contoh, katanya kajian awal yang dilakukanmengesahkan bahawa solat memberi kesan positif untuk merawat ED, tetapimereka ingin mengkaji cara gerakan solat merawat penyakit itu.


HASILkajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapatisetiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampumeningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh.


Berita Minggu mendapatkan pandangan setiap pengkaji mengenai hasil kajian masing-masing.


Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas - Aktiviti Otot


Beliauyang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasamelakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabilaselalu digunakan.


Katanya, hasil kajian mendapati solat yangmembabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamaisenaman ringan.


“Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketikasolat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiaphari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistemotot dan fizikal tubuh,” katanya.


Malah,katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secaraberterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh.


Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenap pasti otot yang aktif ketika solat.


Siew Chok - Isyarat Otak


Beliauberkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yangmenyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukurmenggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat,iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyaratotak daripada aktiviti elektrik.
“Gelombang otak mempunyaibeberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal danemosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang,”katanya


Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasilkajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orangselepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.


“Adafenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelumsujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islamdan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tamakninah,” katanya.


Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang.


Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak.


Sehubunganitu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuklebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalamaktiviti harian.


Dr Fatimah Ibrahim - Komposisi Tubuh


Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak.


Beliauberkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapikajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkankeputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah.


“Teknikini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi diAmerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakitseperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikallain,” katanya.


Dalam kajian ini, katanya model untukmendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan limaperkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalamsolat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkanjari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.


Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik.


Katanya,kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaahmempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secarabersendirian.


“Kita mendapati apabila berjemaah, orang yangmelakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri.Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar danakhirnya meneutralkan cas tubuh.


“Sebelum solat, ada orang yangpenat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penatdan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orangyang letih dan mempunyai cas negatif,” katanya.


Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.


Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan.


SebelumRamadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hariberpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuhsihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yangmeningkat serta paras glukos rendah.


Selain itu, katanya posisitubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jikaberjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri danmembongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat.


Beliau berkata,keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik denganmeletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untukmelihat isyarat otot.


Katanya, hasil kajian mendapati pesakityang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan.


“Ini membuktikanterapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akanmenerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanitanormal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga bolehmengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakansolat,” katanya.


Jangan terkejut kerana solat boleh merawatErektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalahkesihatan yang lelaki amat takut.


Untuk lelaki normal, keupayaanseksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketikaketegangan mesti lebih 200 peratus.


“Kajian dilakukan denganmengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama,tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama duabulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan danvolum mencapai tahap normal,” katanya.


Beliau berkata, terapiadalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggudengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit


Selainitu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakitjantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajiansaintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendahadalah ketika berbaring.


“Kajian mendapati ketika solat, keadaansujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baikberbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solatadalah bagus,” katanya.


Sehubungan itu, katanya kajian akandilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuhketika solat boleh merawat sakit jantung.


Katanya, pakar jantunggembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapisolat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini,setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiaphari.

0 comments:

©2009 .:: Makalah Ilmu ::.. Hakcipta Ada Yang Terpelihara.
Diterbitkan Oleh : Amirul Amin. | Pengurusan Oleh : Malaysia Terjah. | Pautan Luaran Oleh : Afiqah Network Link.
PENAFIAN : Ini adalah laman Web ATAU Blog sokongan untuk tujuan PROMOSI ATAU SUMBANGAN sahaja.
Tiada kaitan dengan : Laman Web ATAU Blog Syarikat ATAU Agensi ATAU Individu ATAU Organisasi yang disertai.
Tiada mana-mana bahagian portal ini boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diuruskan
bagi tujuan komersil dalam apa bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada
Malaysia Terjah.