Jesus Bukan Allah
Saturday, March 19, 2011
Demi sesungguhnya, kafirlah orang-orang yang berkata: “Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Mariam”. Katakanlah (wahai Muhammad): (Dakwaan itu tidak benar) kerana siapakah yang dapat menahan (seksa) dari Allah sedikit jua pun kalau Dia mahu membinasakan Al-Masih Ibni Mariam berserta ibunya dan orang-orang yang ada di muka bumi semuanya? Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya. Dia menciptakan apa jua yang dikehendakiNya dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Al-Maidah:17)
Sebahagian penganut Kristian menganggap tuhan menjelma dalam diri Nabi Isa. Allah s.w.t. tidak bertempat dan mustahil Allah boleh menjelma di dalam tubuh badan manusia. Ahli sunnah wal jamaah menghukumkan kafir kepada sesiapa yang menganggap tuhan boleh menjelma.Allah tidak perlu kepada tempat kerana semua tempat adalah miliknya.
Dalam ayat ini juga Allah mencabar dan bertanya kepada mereka, siapakah yang berkuasa menyekatnya daripada menghapuskan Al-Masih (Nabi Isa) jika benar dia adalah tuhan. Bahkan Allah berkuasa menghapuskan semua yang ada di muka bumi ini.
Dan mereka (yang kafir) bertanya kepadamu (wahai Muhammad) dari hal gunung-ganang; maka jawablah: Tuhanku akan menghancurkannya menjadi debu ditiup angin. (Ta-Ha:105) Lalu Dia membiarkan tapak gunung-gunung itu (di bumi) rata lagi licin. (Ta-Ha:106) Engkau tidak akan melihat pada tapaknya itu tempat yang rendah atau yang tinggi. (Ta-Ha:107)
Allah memiliki kerajaan di langit dan di bumi dan yang ada di antara keduanya. Allah jugalah yang menjadikan 7 lapisan langit dan bumi.
At-Talaq [12] Allah yang menciptakan tujuh petala langit dan (Dia menciptakan) bumi seperti itu;
Bumi pada asalnya tiada, dunia pada mulanya dipenuhi dengan air. Kemudian Allah membekukan air melalui angin yang bertiup di atas air dan terciptalah tanah diatas buih air. “Maha Suci Allah yang membekukan bumi di atas air”. Allah mencipta dan menjadikan apa yang dikehendaki, itulah sifat iradah Allah.Allah bersifat iradah, Dia mempunyai kehendaknya sendiri dan berpendirian. Allah tidak seperti manusia yang kadangkala bersifat bagai lalang, yang bergerak mengikut tiupan angin. Allah mencipta alam ini dengan kehendaknya dan ikhtiarnya sendiri. Dalam al-quran disebut, Fa”aalun lima Yurid ..
Hud[107] Sesungguhnya Tuhanmu, Maha Kuasa melakukan apa yang dikehendakiNya.
0 comments:
Post a Comment