Followers

Semuanya tentang Kekasih Nabi Muhammad SAW - 1

Sunday, January 30, 2011

Rasa nak menitik air mata melihat pakaian dan barangan peribadi Rasulullah SAW. Baginda yang sememangnya mendapat tempat di Syurga tertinggi pun begitu zuhud sekali.

Kita begitu sibuk mengumpul harta dunia sedangkan hidup di dunia hanya sementara sahaja. Kehidupan di Akhirat adalah kehidupan yang kekal. Jika di dunia yang fana ini kita begitu cintakan dunia, layakkah kita nak masuk Syurga. Adakah kita mampu menahan siksaan api neraka?


Gambar-gambar ekslusif ni dikongsikan dengan tujuan supaya kita muhasabah diri kita. Kita ikhlas berbelanja seluar Levis yang berharga RM200 +, RM60-RM70 untuk sehelai tshirt, berapa ratuskah yang kita ikhlas keluar untuk jalan Allah?

Kita sanggup menonton siaran langsung bolasepak dari menghayati Maal Hijrah, kita sanggup bersengkang mata mengadap laptop dari sembahyang tahajjud, kita mengagungkan pemimpin yang macamana? Kita mengamalkan riba dalam jual beli, kita tak kisah halal haram dalam kehidupan. 

Kita menghina mereka yang ingin memperjuangkan Islam . Ya Allah tunjukkan kami jalan yang benar dan ampunkan dosa kami. Sama-sama peringat.




Debu Makam Nabi Muhammad S.A.W

Al-Imam al-hafiz Abi Isa Muhammad bin Isa bin Surah bin Musa al-Tirmizi meriwayatkan daripada Umar RA,beliau berkata “Sesungguhnya Nabi S.A.W telah membuat cincin dari perak.Baginda meletakkan bahagian matanya berada pada bahagian telapak tangannya.Baginda mengukir kalimat “Muhammad Rasulullah’.Baginda melarang orang lain mengukir tulisan itu di atas cincin.Cincin itu telah jatuh di telaga "Aress.”

Al-Imam al-hafiz Abi Isa Muhammad bin Isa bin Surah bin Musa al-Tirmizi meriwayatkan daripada Ali bin Abi Talib RA,beliau berkata: “Rasulullah S.A.W memakai cincin disebelah kanan tangannya.”

Al-Imam al-hafiz Abi Isa Muhammad bin Isa bin Surah bin Musa al-Tirmizi meriwayatkan daripada Anas bin Malik RA, beliau berkata “Cincin Rasulullah S.A.W adalah diperbuat daripada perak dan batunya juga daripada perak.”



Hatf adalah pedang Nabi Muhammad SAW hasil rampasan dari Banu Qaynaqa.Dikisahkan bahawa Nabi Daud AS mengambil pedang ‘Al Battar’ dari Goliath sebagai rampasan ketika dia mengalahkan Goliath tersebut ketika umurnya 20 tahun.

Allah S.W.T memberi kemampuan kepada Nabi Daud A.S untuk ‘bekerja’ dengan besi,membuat baju waja,senjata dan alat perang,dan dia juga membuat senjatanya sendiri.Dan Hatf adalah salah satu buatannya, menyerupai Al Battar tetapi lebih besar dari itu.

Nabi Daud A.S menggunakan pedang ini yang kemudian disimpan oleh suku Levita (suku yang menyimpan senjata-senjata barang Israel) dan akhirnya sampai ke tangan Nabi Muhammad SAW. Sekarang pedang ini berada di Muzium Topkapi,Istanbul.Berbentuk blade,dengan panjang 112 cm dan lebar 8 cm.


0 comments:

©2009 .:: Makalah Ilmu ::.. Hakcipta Ada Yang Terpelihara.
Diterbitkan Oleh : Amirul Amin. | Pengurusan Oleh : Malaysia Terjah. | Pautan Luaran Oleh : Afiqah Network Link.
PENAFIAN : Ini adalah laman Web ATAU Blog sokongan untuk tujuan PROMOSI ATAU SUMBANGAN sahaja.
Tiada kaitan dengan : Laman Web ATAU Blog Syarikat ATAU Agensi ATAU Individu ATAU Organisasi yang disertai.
Tiada mana-mana bahagian portal ini boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diuruskan
bagi tujuan komersil dalam apa bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada
Malaysia Terjah.