Followers

Erti Mas Kahwin Dan Nilai Mas Kahwin Seluruh Malaysia

Tuesday, December 14, 2010

Menurut undang-undang Keluarga Islam, maskahwin ialah pembayaran kahwin yang wajib dibayar di bawah Hukum Syarak oleh suami kepada isteri pada masa perkahwinan diakadnikahkan, samada berupa wang yang sebenarnya dibayar atau diakui sebagai hutang dengan atau tanpa cagaran, atau berupa sesuatu yang menurut Hukum Syarak dapat dinilai dengan wang. Firman Allah s.w.t. dalam Surah An-Nisaa’ ayat 4 yang bermaksud : ” Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu maskahwin mereka.” Sabda Rasulullah s.a.w. dalam hadith riwayat Bukhari yang bermaksud : “Carilah untuk dijadikan maskahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi .”

Kadar maskahwin telah ditetapkan oleh pihak berkuasa agama negeri-negeri adalah seperti berikut :

BIL NEGERI NILAI ANAK DARA
      A    B    C

1    JOHOR    RM 22.50       
2    MELAKA    RM 40.00       
3    NEGERI SEMBILAN          
   a. Bukan Waris    RM 24.00       
   b. Ahli Waris       RM 48.00    
   c. Kerabat Diraja di Wilayah          RM 725.00
   Datuk Kelana& Kerabat          

4    SELANGOR          
   i.   Puteri Sultan    RM 2,500.00       
   ii.  Puteri Raja Muda atau Puteri    RM 2,000.00       
   kpd Putera Sultan yg bergelar          
   iii.  Puteri Kerabat    RM 1,000.00       
   iv.  Puteri Anak Raja (Waris)    RM 550.00       
   Puteri Anak Raja (yang lain)    RM 300.00       
   v.   Anak Perempuan org-org besar    RM 300.00       
   vi.   Cucu orang besar    RM 200.00       
   vii.  Orang Kebanyakkan    RM 80.00  
     
5    KUALA LUMPUR    RM 80.00       
6    PERAK    RM  101.00       
7    PULAU PINANG    RM  24.00       
8    KEDAH          
9    PERLIS          
10    PAHANG    RM 22.50       
11    TERENGGANU          
12    KELANTAN          
13    SABAH    RM 100.00       
14    SARAWAK    RM 120.00       
15    W.P LABUAN    RM 80.00       

BIL NEGERI NILAI JANDA
      A    B    C

1    JOHOR    RM 22.50       
2    MELAKA    RM 40.00       
3    NEGERI SEMBILAN          
   a. Bukan Waris    RM 12.00       
   b. Ahli Waris       RM 24.00    
   c. Kerabat Diraja di Wilayah          
   Datuk Kelana& Kerabat       
   
4    SELANGOR          
   i.   Puteri Sultan    RM 625.00       
   ii.  Puteri Raja Muda atau Puteri    RM 500.00       
   kpd Putera Sultan yg bergelar          
   iii.  Puteri Kerabat    RM 250.00       
   iv.  Puteri Anak Raja (Waris)    RM 137.50       
   Puteri Anak Raja (yang lain)    RM 75.00       
   v.   Anak Perempuan org-org besar    RM 75.00       
   vi.   Cucu orang besar    RM 50.00       
   vii.  Orang Kebanyakkan    RM 40.00    
   
5    KUALA LUMPUR    RM 40.00       
6    PERAK          
7    PULAU PINANG    RM 24.00       
8    KEDAH          
9    PERLIS          
10    PAHANG    RM 22.50       
11    TERENGGANU          
12    KELANTAN          
13    SABAH    RM 80.00       
14    SARAWAK    RM120.00       
15    W.P LABUAN    RM 80.00

Maskahwin boleh dijadikan daripada apa sahaja asalkan benda itu berguna dan berfaedah sama ada berupa wang, barang atau sesuatu yang bermanafaat. Dalam hadith riwayat Ahmad Ibnu Majah, Tarmizi bahawa Rasulullah pernah menikahkan seorang perempuan dengan maskahwin sepasang sepatu wanita dengan persetujuan wanita itu. Dalam hadith yang lain riwayat Bukhari dan Muslim, Baginda s.a.w juga pernah menikahkan seorang lelaki dengan seorang wanita dengan maskahwin lelaki itu mengajarkan kepada wanita itu beberapa hafazan surah dalam Al-Qur’an, kerana lelaki itu tidak mempunyai apa-apa harta yang boleh dijadikan maskahwin.

Maskahwin wajib dibayar mengikut sebagaimana yang tersebut semasa akad nikah. Jika maskahwin disebut dalam akad akan dibayar secara tunai oleh suami, isteri berhak menghalang suami dari mensetubuhinya sehingga dijelaskan maskahwinnya itu. Sekiranya isteri diceraikan sebelum berlaku persetubuhan, maka gugurlah separuh maskahwin sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud “Dan jika kamu menceraikan perempuan sebelum persetubuhan sedangkan kamu telah menentukan kepada perempuan tersebut akan maskahwinnya, maka bagi perempuan itu setengah dari apa yang kamu tentukan itu”. Kadar maskahwin juga akan diambilkira untuk Hakim semasa menentukan kadar tebus talak sekiranya pihak-pihak itu ditakdirkan kemudiannya bercerai secara tebuk talak. Apabila maskahwin tidak dibayar dan tidak dihalalkan oleh isteri, isteri berhak mendapat maskahwin itu walaupun setelah bercerai.

0 comments:

©2009 .:: Makalah Ilmu ::.. Hakcipta Ada Yang Terpelihara.
Diterbitkan Oleh : Amirul Amin. | Pengurusan Oleh : Malaysia Terjah. | Pautan Luaran Oleh : Afiqah Network Link.
PENAFIAN : Ini adalah laman Web ATAU Blog sokongan untuk tujuan PROMOSI ATAU SUMBANGAN sahaja.
Tiada kaitan dengan : Laman Web ATAU Blog Syarikat ATAU Agensi ATAU Individu ATAU Organisasi yang disertai.
Tiada mana-mana bahagian portal ini boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diuruskan
bagi tujuan komersil dalam apa bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada
Malaysia Terjah.