Followers

Dalil Hukuman Rejam

Monday, December 20, 2010


Musuh-musuh Islam mengatakan hukuman rejam bagi penzina yang sudah berkahwin itu sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan. Sesungguhnya, hukuman rejam dengan batu sehingga mati kepada pesalah zina BUKANLAH HANYA terdapat di dalam Islam sahaja. Di dalam sebuah hadith: 
Daripada Ibn Umar r.a.: Seorang lelaki Yahudi dan seorang wanita Yahudi telah dibawa kepada Rasulullah s.a.w. diatas kesalahan melakukan zina. Rasulullah s.a.w. bertanya kepada mereka berdua (lelaki dan wanita Yahudi tersebut), “ Apakah hukuman yang sah (untuk dosa penzinaan) yang terdapat di Kitabmu (Taurat)?”. 

Mereka menjawab, “Rahib-rahib kami telah mereka-reka hukuman iaitu menghitamkan muka dengan arang dan Tajbiya”. Abdullah bin Salam berkata, “ Wahai Rasulullah, suruhlah mereka untuk membawa Taurat”. Taurat dibawa dan salah seorang daripada golongan Yahudi telah meletakkan tapak tangannya diatas ayat yang menyebut tentang Ar-Rajm (rejam dengan batu sehingga mati) dan membaca ayat-ayat sebelum dan selepasnya. Maka berkata Ibn Salam kepada orang Yahudi itu, “Angkat tanganmu”. Maka apabila ayat berkenaan Ar-Rajm (sememangnya) berada di bawah tangan lelaki Yahudi itu. Rasulullah s.a.w. telah memerintahkan lelaki dan wanita Yahudi yang melakukan zina itu direjam dengan batu sehingga mati. Ibnu Umar menambah: Kedua-duanya direjam di Balat dan aku melihat lelaki Yahudi itu melindungi wanita Yahudi itu. [Sahih Al-Bukhari] 

Berdasarkan hadith di atas, di dalam Kitab Taurat, terdapat hukuman rejam bagi penzina lelaki dan perempuan. Tetapi persoalannya… Adakah benar terdapat ayat yang menyebut tentang hukuman rejam di dalam Taurat? Kita umat Islam wajib mempercayai hadith tersebut kerana kesahihan hadith tersebut. Tetapi, ketahuilah… hadith di atas adalah BENAR. Mari kita lihat di dalam Kitab Perjanjian Lama ini:
22:22 Kalau seorang laki-laki tertangkap basah selagi ia bersetubuh dengan istri orang lain, kedua-duanya harus dihukum mati. Dengan demikian kamu memberantas kejahatan itu. 

22:23 Misalkan di dalam kota seorang laki-laki tertangkap basah selagi ia bersetubuh dengan seorang gadis yang sudah bertunangan dengan orang lain. 
22:24 Dalam hal itu mereka harus dibawa ke luar kota dan DILEMPARI DENGAN BATU SAMPAI MATI. Gadis itu harus dibunuh karena ia tidak berteriak minta tolong, sedangkan hal itu terjadi di dalam kota, di mana teriakannya dapat didengar. Dan orang laki-laki itu harus dibunuh karena ia bersetubuh dengan gadis yang sudah bertunangan. Dengan menghukum kedua-duanya, kamu memberantas kejahatan itu.
[Revised Standard Version of the Bible, Old Testament (Kitab Perjanjian Lama), Deuteronomy (Ulangan), Chapter (Bab) 22, Verse (Ayat): 22-24] 

Nah… sudah terang lagi bersuluh. Benarlah hadith di atas yang mengatakan hukaman rejam terdapat di dalam Taurat. Maka, tertutuplah mulut musuh-musuh Islam yang mengatakan undang-undang Islam itu zalim sedangkan tuduhan itu BATIL. Sesungguhnya Judaism dan Christianity juga mempunyai undang-undang rejam bagi kesalahan zina. Tetapi kita harus ingat bahawa, Bible yang ada hari ini tidaklah serupa seperti yang diturunkan kepada Nabi Musa a.s. dan Nabi Isa a.s. kerana Taurat dan Injil kebanyakan ayatnya sudah ditukar dan dipalsukan. 
Di dalam Islam, lelaki dan perempuan yang berzina akan dihukum dengan seratus kali sebatan dan dibuang negeri selama setahun bagi mereka yang belum berkahwin, sebagaimana firman Allah s.w.t: 

Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, maka deralah tiap-tiap seorang daripada keduanya seratus dali dera, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman. [Surah An-Nur: 2] 
Dan hadith:
Daripada Zaid bin Khalid Al-Juhani: Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. memerintahkan agar orang yang belum berkahwin yang bersalah melakukan zina, disebat 100 kali sebatan dan dibuang negeri selama setahun. [Sahih Al-Bukhari] 

Manakala orang yang sudah berkahwin, jika melakukan zina, maka hukumannya adalah direjam dengan batu sehingga mati, sepertimana hadith: 

Daripada Jabir bin Abdullah Al-Ansari: Seorang lelaki daripada Bani Aslam telah datang kepada Rasulullah s.a.w. dan memberi tahu Baginda bahawa dia (lelaki tersebut) telah melakukan zina, dan dia telah mengangkat sumpah pengakuan (melakukan zina) sebanyak empat kali. Rasulullah s.a.w. telah mengeluarkan perintah supaya lelaki itu direjam sehingga mati kerana dia (lelaki tersebut) telah berkahwin. [Sahih Bukhari] 

Sesungguhnya untuk menjatuhkan hukuman hudud ini terhadap seseorang amatlah susah kerana ketatnya syarat-syarat yang dikenakan. Antara syarat-syaratnya ialah hendaklah ada empat orang saksi yang adil melihat perbuatan zina itu sepenuhnya, orang yang melakukan zina itu tidak pula gila dan dipaksa melakukan zina dan beberapa syarat lain lagi. Selain itu, mereka yang menuduh seseorang itu berzina tanpa mendatangkan empat orang saksi yang adil, akan dikenakan pula hukuman 80 kali sebatan, sebagaimana firman Allah s.w.t. 

Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka deralah mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik. [Surah An-Nur: 4] 
Islam adalah agama yang ADIL dan sekali-kali tidak menzalimi sesiapapun, tetapi manusialah yang menzalimi dirinya sendiri apabila tidak mentaati perintah Allah s.w.t dan rasul-Nya. Wa Allahu A'lam...
Untuk rujukan berkenaan zina dan isu-isu berkaitannya di dalam Al-Quran, telah saya lampirkan di bawah ini. 

Kejahatan Zina 
Tuduhan Zina 
  • Hukum menuduh orang lain berbuat zina 
    • Menuduh berzina adalah dosa besar: 24:424:23

  • Saksi menuduh orang lain berbuat zina 
    • Mendera orang yang menuduh berzina: 24:4
    • Kesaksian penuduh zina tidak diterima: 24:4
    • Penuduh zina yang menyesal dan menarik kembali tuduhannya: 24:5
Rujukan: 
Interpretation of The Meanings Of The Noble Qur’an in the English Language, Volume 5 
Bible, Revised Standard Version dan terjemahan Indonesia 


0 comments:

©2009 .:: Makalah Ilmu ::.. Hakcipta Ada Yang Terpelihara.
Diterbitkan Oleh : Amirul Amin. | Pengurusan Oleh : Malaysia Terjah. | Pautan Luaran Oleh : Afiqah Network Link.
PENAFIAN : Ini adalah laman Web ATAU Blog sokongan untuk tujuan PROMOSI ATAU SUMBANGAN sahaja.
Tiada kaitan dengan : Laman Web ATAU Blog Syarikat ATAU Agensi ATAU Individu ATAU Organisasi yang disertai.
Tiada mana-mana bahagian portal ini boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diuruskan
bagi tujuan komersil dalam apa bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada
Malaysia Terjah.