Mengapa org islam suka menghukum, melabel dan bersikap judgemental?
Thursday, November 25, 2010
Pernah ada sebuah kisah benar...seorang gadis HIV, datang ke sebuah masjid utk mendapat perlindungan, namun dihalaunya dari masjid, tanpa sebarang belas kasihan, atau bantuan. Namun dia sendiri telah mendapat bantuan dari pihak kristian dan akhirnya memeluk agama islam
Pernah ada sebuah kisah benar, seorang mat rockers, memakai baju melayu, datang ke masjid dgn rambut panjang utk dengar ceramah, namun apabila dia datang mendengar ceramah, dia ditenung dan dipandang dgn mata tajam oleh seorang bilal, sehingga akhirnya terpaksa mat rockers ni keluar dari masjid, dan kemudian tidak pernah nmpk dirinya menjejak kaki di masjid
Bukan itu saja, malah bila ada gambar si fulan bin fulan, minum arak, kita sebarkan gambar itu, kita kutuknya dgn hinaan yg tajam, tp tanpa sedar dia sendiri telah memburukkan muslim yg lain, di mana setiap muslim mempunyai hak utk namanya dijaga
Persoalan yg saya ingin bangkitkan, mengapa kita bersikap menyempitkan rahmat Allah, mengapa kita bersikap melabel , menghukum pd golongan yg jahil? Lupakah kita bahawa kita dapat berbuat kebaikan adalah kerana pertolonganNya dan kekuatan yg diberi olehNya....Lupakah jika diandaikan kita diberi takdir buruk, lahir dlm keluarga pencuri, maka ada kemungkinan besar kita menjadi anak pencuri...? Tp tidak, alhamdulillah kita dibesarkan dlm nikmat keluarga islam, berpeluang mendapat didikan agama, nikmat didikan ayah dan ibu yg baik, namun bila kita melihat golongan jahil, kita memandang dgn mata benci, mata dgn penuh hina, seolah2 mereka adalah golongan terlaknat yg wajar dibenci.
Secara peribadi, bagi saya inilah syirik kecil. Golongan ini begitu perasan atau syok sendiri, seolah2 amal kebaikan yg mereka peroplehi adalah suatu bentuk kebaikan dari usaha kita sendiri. Ini tanggapan yg meleset amat sekali, ya , kita mmg berusaha, namun yg membenarkan usaha itu mendatangkan kesan adalah dari Allah, yg memberi pertolongan supaya usaha itu mendapat kesan adalah kerana Allah, dan begitu juga dgn kekuatan utk melakukan kebaikan
Bukankah ada hadis / quran (saya tak dapat nak recall) yg mengatakan sekiranya Allah mahukan kebaikan seorang muslim, maka dia akan menambahkan kefahaman
Tapi yg peliknya, bila kita diberi bantuan dan pertolongan, sepatutnya utk bersikap adil, bukankah sewajarnya kita membantu golongan yg malang yg tiada dpt anugerah serta bantuannya...Bukankah org kaya wajar membantu org miskin kerana anugerah harta yg diberi? Bukankah org yg berkuasa wajar membantu org tertindas dan hidup susah kerana anugerah kuasa yg diberi....Fikir2kan......
Namun, malangnya golongan ini terus diketepikan seolah2 golongan yg sudah terlaknat, atau tiada pintu utk kasihan....Golongan ini disishkan,malah diberi mcm2 bentuk nama dan label. Apabila golongan ini disisihkan, hidayah islam tidak kesampaian...Bila hidayah islam tidak kesampaian, golongan ini terjebak dlm budaya dan pemikiran yg lagi menyesatkan.. Namun apabila penyakit ni berleluasa, kita kehairanan, mengeleng kepala, mengapa berleluasa golongan ini, sedangkan siapa dahulu yg mula2 menyisihkan mereka? Dan kumpulan bukan islam pula, ambil kesempatan utk menyebarkan fahaman kristian, fahaman ideologi pelik, tidak hairanlah masyarakat kita masih parah.
Begitu juga, apabila wujud perbezaan pendapat, apabila wujud perbezaan pendapat, mudah sahaja kita melatah ooohhh...ini liberal, ini mengagungkan budaya barat, ini anti hadis, ini mengagungkan minda ......sedangkan perbezaan pendapat ini hanyalah hasil kerana tidak fhm islam dengan sebenar2nya, malah kerana mendapat information yg salah. Malah ia juga boleh berpunca dari perbezaan latar belakang akademik. Sedangkan proses pemahaman adakalanya mengambil masa yg lama utk fhm. Namun org ini diberi nama mcm2 gerangan, yg kemudian disisihkan dan lama2 tidak terbimbing menjadi kump sesat. Tidak hairanlah kita ada kumpulan liberal, kump yg ala2 mcm religion skeptism. Malah kump ini berkembang luas
Sedangkan imam syafie pernah berkata "org2 yg menentang aku ini, bukannya mereka benci akan aku, tetapi mereka tidak paham dan tidak jelas tentang ku"..Lihatlah betapa open mind imam syafie....beliau bersikap open minded, beliau tidak pernah membenci atau melabel pd golongan yg melawan, sebaliknya beliau anggap ia adalah suatu isu yg tidak difahami mereka. Namun apakah respons kita sebagai yg memegang mazhab syafie apabila berdepan dgn perbezaan pendapat ini?

1 comments:
Alhamdulillah, artikel yang sangat bagus...yang mengambarkan keadaan sebenar masyarakat kita, semoga dengan membaca artikel ini kita berlapang dada dan menjadi lebih baik dan mengambil iktibar dari penulisan ini...jangan sekadar baca tapi tak amalkan, dan sedih juga ada yang menyebarkan artikel ini di facebook mereka tetapi mereka masih seronok dan masih giat memalukan dan menjaja aib dan kesilapan org lain di facebook...lihat facebook photo album anda, berapa banyakkah aib sesama muslim telah kita buka? jazzakallah...
Post a Comment