Followers

Fitnah Ancaman Ummah Akhir Zaman

Thursday, November 4, 2010

Fitnah melibatkan manusia dan manusia yang lain. Tidak terjadi dikalangan haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Oleh itu dosa ini digolongkan dosa sesama manusia. Maka dosa ini tidak akan diampunkan oleh Allah melainkan meminta ampun orang yang difitnah. Kini, menyebar fitnah seolah-olah perkara yang kecil bagi manusia sekarang.Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Betapa besar hukuman yang dikenakan terhadap mereka yang menjadi penyebar fitnah. Tidak masuk syurga! Jika tidak masuk syurga ke nerakalah tempatnya. Tidak ada istilah 'duduk ditengah-tengah' bagi mereka yang melakukan kejahatan.

Fitnah dalam bahasa Arab bermaksud ujian dan cubaan. Imam Ibnu Hajar menjelaskan bahawa makna asal fitnah ialah al-ikhtibar, al-imtihan iaitu ujian. Ibnu Manzur pula menyatakan fitnah itu adalahal-ibtila'(cubaan), al-imtihan dan al-ikhtibar (ujian). Manakala Jurjani memberikan definisinya iaitu "Perkara yang dilakukan untuk mengetahui kebaikan atau keburukan sesuatu."

Manakala makna fitnah menurut al-Quran pula membawa erti syirik dalam surah al-Baqarah yang bermaksud: "Dan perangilah mereka supaya tidak berlakunya syirik." Selain itu fitnah juga membawa makna ujian dan cubaan (surah Toha: 40 dan al-Ankabut:3), seksa (surahal-Ankabut:10, surah az-Zariat:14 dan surah an-Nahl:110), dosa(at-Taubah:49), kekufuran (at-Taubah:48 dan ali-Imran:7), kebinasaan(an-Nisa:101 dan Yunus:83), berpaling dari jalan yang benar(al-Maaidah:49 dan al-Isra':73), sesat (al-Maaidah:41 danas-Soffat:162), alasan (al-An'am:23, sebahagian tafsir memberi maksud jawapan), dan gila (al-Qalam:6).

Fitnah menurut as-Sunnah memberi maksud perselisihan dan peperangan,sebagaimana sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Akan berlaku perselisihandan peperangan, orang yang melihatnya lebih baik dari orang yang menyebabkannya ia berlaku." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Selain itu fitnah memberi maksud ujian dan cubaan, melalaikan dan melekakan,penyeksaan dan pembunuhan, berlaku kemungkaran dan kemaksiatan, memaksa untuk kembali kufur, dan menjauhkan dari agama.

Fitnah melibatkan manusia dan manusia yang lain. Tidak terjadi dikalangan haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Oleh itu dosa ini digolongkan dosa sesama manusia. Maka dosa ini tidak akan diampunkan oleh Allah melainkan meminta ampun orang yang difitnah. Kini, menyebar fitnah seolah-olah perkara yang kecil bagi manusia sekarang.

Orang yang difitnah akan pergi ke mahkamah dan mengemukakan saman serta menarik balik tuduhan yang dilontarkan. Bagi mereka yang melontarkan fitnah itu akan cuba melawan habis-habisan bagi mempertahankan tuduhannya atau akan menarik semula tuduhan tersebut setelah mengambil masa yang terlalu lama. Betapa ringannya dosa fitnah bagi mereka kerana semuanya disandarkan kepada mahkamah.

0 comments:

©2009 .:: Makalah Ilmu ::.. Hakcipta Ada Yang Terpelihara.
Diterbitkan Oleh : Amirul Amin. | Pengurusan Oleh : Malaysia Terjah. | Pautan Luaran Oleh : Afiqah Network Link.
PENAFIAN : Ini adalah laman Web ATAU Blog sokongan untuk tujuan PROMOSI ATAU SUMBANGAN sahaja.
Tiada kaitan dengan : Laman Web ATAU Blog Syarikat ATAU Agensi ATAU Individu ATAU Organisasi yang disertai.
Tiada mana-mana bahagian portal ini boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diuruskan
bagi tujuan komersil dalam apa bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada
Malaysia Terjah.